Hosting



Hosting adalah rumah website korang yang terdapat dalam server. Segala file korang akan disimpan di dalam hosting untuk membolehkan pengunjung membuka website korang. Hosting boleh dilanggan dengan harga yang berpatutan. Ia bergantung kepada kapasiti website korang. Semakin besar file website korang, semakin besar la hosting yang korang perlukan. Tanpa hosting, laman web korang tidak akan dapat dibuka oleh pengguna internet.

Hosting terbahagi kepada 4 jenis. Iaitu shared hosting, VPS Hosting, Dedicated Server dan Colocation server.




Domain


Domain adalah nama URL sesuatu website. Semua website mempunyai URL masing2. Pada asalnya URL adalah dalam bentuk abjad dan angka yang susah untuk diingat. Contohnya, di bawah ini adalah salah satu jenis URL

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=7264760576071704203

Jika URL seperti ini adakah korang rasa ia amat mudah untuk diingat.?Pasti tidak kan..Ini adalah kerana URL ini terlalu panjang dan serabut. Maka disebabkan itu, ramai IM telah menggunakan domain sebagai URL website mereka. Sebagai contoh URL diatas digantikan dengan www.binablog.com..'binablog' adalah domain. Maka URL ini pasti amat mudah diingat oleh pengunjung.

Rahsia Duit Online | Program Buat Duit Online | PPL Mudah Dapat Duit Online


Salam Sejahtera buat pembaca Blog Rahsia Duit Online. Pada post kali ni saya nak kongsikan tentang program duit online yang saya kira hot la sekarang ni. Program duit online ini dinamakan sebagai Pay Per Lead atau PPL.

Apa Itu PPL
PPL adalah satu program duit online yang mana bayaran dibuat untuk setiap referral. Ia berbeza dengan program affiliate jualan seperti eBay dan Clickbank. Sistem affiliate membayar komisyen dari hasil setiap jualan. Manakala PPL membayar sejumlah duit untuk setiap referral yang memuaturun laporan ringkas sesuatu produk yang dijual oleh pihak pengajur..
Contohnya, jika saya memperkenalkan kepada anda sesuatu web jualan. Web jualan biasanya akan menyediakan laporan percuma. Dan setiap laporan yang anda muaturun, pihak penganjur akan membuat pembayaran kepada saya.

Harga setiap referral tidak tetap kerana ia bergantung pada budget penganjur. Biasanya harga untuk setiap referral ni adalah sedikit. Jika anda terjumpa ada PPL yang menawarkan bayaran yang terlalu tinggi, ini bermakna anda perlu hati2. Boleh jadi ianya adalah SCAM. Tujuan penganjur menyediakan sistem PPL ini adalah bertujuan mengumpulkan list email bagi menjalankan email marketing.

Kelebihan PPL

Tidak perlu modal kerana untuk menyertai program PPL, anda hanya perlu mendaftar di ruang affiliate.

Mudah dapat duit kerana, referral yang kita bawa tidak perlu membuat sebarang
pembayaran untuk mendapatkan laporan dari penganjur.(Sikap manusia suka benda free.)

P.S Program PPL kebanyakannya anda boleh dapati dengan menyertai forum yang berkaitan dengan niche duit online seperti Wangcyber dan Carigold

Rahsia Duit Online | Program Duit Online | Cara Membuat Paypal


Salam Sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..
Kali ni saya nak berkongsi dengan anda apa itu Paypal. Mungkin ada antara anda pernah membuat transaksi secara online, anda mesti dah familiar dengan Paypal. Disini saya nak terangkan sikit pasal akaun Paypal ni dan kelebihannya..

Apa Itu Paypal
Paypal adalah satu perkhidmatan akaun simpanan duit di internet. Ia juga mempunyai fungsi yang sama seperti maybank2u dan CimbClicks. Cuma bezanya, Paypal boleh digunakan seluruh dunia berbanding maybank2u dan CimbClicks yang hanya boleh digunakan untuk beberapa negara sahaja. Paypal membolehkan kita melakukan urusan jual beli secara online dengan seluruh dunia. Pemindahan duit secara Paypal adalah melalui akaun Paypal ke Akaun Paypal.Paypal tidak melakukan transaksi dari akaun bank biasa ke atau Paypal penerima dan sebaliknya.

Ciri-ciri Paypal

Syarat yang mudah - Jika anda mahu membuka akaun Paypal, anda tidak akan dikenakan bayaran walau sesen pun. Pendaftaran adalah percuma. Selain itu, untuk membuka akaun Paypal, anda harus mempunyai alamat di negara yang menjalankan aktiviti kemasukan dan pengeluaran wang dengan menggunakan kad kredit atau kad debit.

Caj Paypal - Mungkin anda pelik bagaimana pihak Paypal tidak mengenakan bayaran terhadap anda langsung tatkala anda mahu mendaftar untuk membuka akaun di Paypal. Yang sebenarnya, pihak Paypal masih akan mengenakan charge terhadap anda. Caj yang saya maksudkan adalah caj transaksi. Bila anda menggunakan Paypal untuk melakukan sebarang transaksi secara online Paypal akan mengenakan caj terhadap transaksi tersebut. Caj ini Paypal akan kenakan pada pihak penerima. Ini bermakna, jika anda adalah sebagai pembeli yang ingin membuat bayaran melalui Paypal, anda tidak akan dikenakan caj. Sebaliknya si penerima akan dikenakan caj.

Cara transaksi - Jika anda mahu melakukan transaksi, disini ada beberapa situasi yang anda perlu faham. Jika anda membuat pemindahan wang dari akaun Paypal anda ke akaun Paypal yang lain, anda mungkin tidak akan menghadapi masalah untuk melakukan transaksi. Tapi jika anda menerima wang dari akaun Paypal yang lain, anda harus melakukan pengesahan kad kredit atau kad debit anda terlebih dahulu. Cara yang anda perlu buat adalah anda hanya perlu memasukkan no kad debit/kredit anda ke dalam akaun dan lakukan pengesahan. Selepas itu, anda sudah boleh menerima wang tersebut kedalam akaun Paypal anda. Tetapi anda harus melakukan pengesahan sepenuhnya dengan memasukkan nombor 4 digit yang dihantar oleh Paypal kepada penyata kad debit/kredit anda sebelum tempoh 30hari. Jika anda gagal melakukan pengesahan dalam tempoh yang diberi, pihak Paypal akan memulangkan kembali wang yang diterima oleh anda kepada pihak pemberi. Untuk melakukan pengesahan tersebut, anda akan di caj sebanyak USD 1.95. Setelah pengesahan sepenunya dilakukan, caj tersebut akan dipulangkan ke dalam akaun Paypal anda. Jika anda mahu melakukan pengeluaran secara tunai anda perlu memiliki kad debit yang mempunyai logo VISA dan keluarkan wang anda di mesin ATM

Refund Paypal - Perkara ini amat penting sekali jika anda adalah penjual yang menerima bayaran menerusi Paypal. Kemudahan Refund Paypal sesuai digunakan apabila pembeli mahu anda memulangkan kembali wang mereka jika mereka tidak berpuas hati dengan produk anda. Jika anda meletakkan TOS ke atas produk anda, anda harus meletakkan produk tersebut di bawah Refund Paypal dan memulangkan bayaran tersebut juga menerusi kemudahan Refund Paypal. Jangan melakukan refund wang pembeli secara manual. Ini akan menyebabkan pihak pembeli melakukan dispute terhadap transaksi bayaran tersebut.

Tahap keselamatan Paypal
Tahap keselamatan sama seperti internet banking yang lain. Iaitu sebarang transaksi akan diberitahu melalui email. Selain itu, jika akaun Paypal anda diceroboh dan berlaku kehilangan wang di dalam akaun anda, anda boleh mengemukakan aduan kepada Pihak Paypal dan jika didapati dakwaan anda benar, pihak Paypal akan mengantikan semula kesemua wang anda.

Tips Guna Akaun Paypal
Buat masa ini masih lagi tiada orang yang komplain dengan servis Paypal ni. Tapi bagi tujuan keselamatan yang korang mungkin tak boleh nak jangka, saya ada berikan beberapa tips bila anda mahu gunakan servis Paypal.

Jangan biarkan akaun Paypal penuh dengan duit. Seeloknya, keluarkan duit tersebut dan simpan di dalam akaun berasingan. Ini bagi mengelakkan anda bermasalah jika akaun anda diceroboh. Anda tidak perlu takut wang anda hilang biarpun akaun anda diceroboh.

Buat pembayaran melalui debit card. Kad debit tidak akan melakukan transaksi bila jumlah duit didalamnya tidak mencukupi. Dengan cara ini anda dapat mengawal pengeluaran duit anda. Berbanding kad kredit, nilai di dalam kad kredit selalunya banyak. Jadi jika pembayaran dilakukan dengan kad kredit, mungkin pembayarannya melebihi dari apa yang anda mahu.

Kerapkan menukar email untuk akaun Paypal. Jika anda nak lagi selamat, jangan gunakan email Paypal yang sama selama 6 bulan. Di khuatiri, penyangak yang hebat IT ni dapat menceroboh akaun email anda.

Jangan melaggar TOS Paypal. Kesilapan ini banyak yang dilakukan oleh pengguna Paypal. Antaranya menerima duit yang terlalu banya dalam satu masa. Pihak Paypal berhak menggantung akaun anda serta merta tidak kira berapa jumlah.


p/s Penggunaan Paypal masih lagi tidak begitu meluas di Malaysia. Tapi di US, ianya dah menjadi seperti fully trusted banking. Jadi saya rasa tiada masalah untuk anda menggunakan akaun Paypal ni untuk kemudahan dan keselamatan duit anda.




Rahsia Duit Online | Program Buat Duit Online | Buat Duit Dengan Blog


Salam Sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..
Hari ni saya ingin berkongsi anda semua cara nak buat duit dengan blog..
Bagi mereka fresh gila dalam blogging ni, saya sarankan supaya anda belajar dulu cara nak buat blog..Post kali ni saya akan lebih tertumpu bagaimana nak buat duit dengan blog

Berikut adalah langkah untuk buat duit dengan blog..

Bina Blog: Sekarang ni banyak website yang memberikan perkhidmatan blog. Website yang paling popular dalam menyediakan perkhidmatan ni adalah Blogger.com dan Wordpress.com. Untuk buat duit dengan blog, anda harus ada blog sendiri. Blog adalah lebih mudah nak dibina berbanding website. Untuk membina blog tidak memerlukan masa yang lama..Tak sampai pun 2,3 jam. Jadi bina lah blog anda sekarang.

Dapatkan trafik(Pelawat): Ini adalah perkara utama untuk buat duit dengan blog. Teori untuk buat duit dengan blog ni adalah sangat mudah..Ada trafik, ada duit..Cara untuk mendapatkan trafik adalah melalui online marketing. Macam mana nak buat online marketing, korang boleh rujuk post aku dalam kategori Tips Online Marketing. Untuk mendapatkan trafik adalah perkara yang paling rumit sekali. Ia memang memerlukan masa yang lama dan kesabaran yang tinggi. Jadi, persiapkan diri anda dengan sifat sabar yang tinggi. Proses ini biasanya perlu dilakukan selama 2~3 bulan tanpa henti..Jika anda sudah ada trafik, anda sudah boleh la mula buat duit dengan blog.

Join Affiliate : Jika sudah memiliki trafik dah maintain, Anda boleh mula berjiinak-jinak dengan affiliate. Nak join affiliate mestilah mengikut cara yang betul. Join Affiliate yang mempunyai niche yang sama dengan niche blog anda. Anda juga harus buat research sikit tentang affiliate tersebut. Pastikan ianya bukan SCAM. Untuk mendapatkan jualan yang lebih baik dalam program affiliate, anda harus post kan ulasan untuk produk affiliate tersebut

Join Google Adsense : Jika blog anda adalah blog Bahasa Inggeris, ini bermakna korang layak untuk buat duit dengan Google Adsense. Google Adsense akan memberi pendapatan pasif kepada anda. Untuk belajar buat Google Adsense, anda boleh review post saya pada kategori Google Adsense.

Sewakan ruang iklan : Jika trafik blog anda sudah semakin meningkat, anda sudah boleh mennyediakan ruang pengiklanan di dalam blog anda. Anda harus sediakan pakej dan harga yang berpatutan kepada pengiklan di blog anda. Jangan terlalu murah hati dalam menetapkan harga iklan. Harga iklan berdasarkan trafik..makin banyak trafik, makin banyak iklan..

5 langkah ini adalah step bagaimana nak buat duit dengan blog..Ianya adalah perkara yang sama yang dibuat oleh para blogger untuk menjana pendapatan mereka. Jika korang buat step ini dengan betul, aku jamin korang akan dapat buat duit dengan blog..

Akhir kata, selamat mencuba..

p/s Jika korang adalah ahli perniagaan MLM, korang perlu rujuk post aku di kategori MLM Online untuk mengatahui cara buat duit dengan blog untuk ahli MLM..



Rahsia Duit Online | Tips SEO | Anchor Text



Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online
Untuk post kali ni aku nak menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Anchor Text dan kelebihannya dalam teknik SEO.

Apa itu Anchor Text?
Anchor Text adalah teks yang mengandungi hyperlink kemana-mana website. Ini bermaksud, jika anda klik pada Anchor Text, secara automatik browser akan membawa anda ke website yang telah di link kan dengan Anchor Text tersebut. Contoh Anchor text yang selalu digunakan adalah 'Click Here', 'Buy Now' atau 'Dapatkan Sekarang'.

Perspektif Enjin Carian Terhadap Anchor Text
Enjin carian sangat suka dengan backlink yang mengandungi Anchor Text. Sebagai bukti, cuba anda search keyword 'click here' kat Google. Anda akan dapat melihat paparan hasil carian seperti di bawah.

Apa yang anda telah lakukan ialah, anda telah memasukkan keyword 'click here', tapi website yang berada pada ranking pertama SERP adalah website Adobe Reader.Jika anda explore website Adobe tersebut, saya yakin anda tidak akan menjumpai sebarang perkataan click here. Tapi mengapa website Adobe Reader menduduki ranking pertama Google? Ini lah yang dinamakan kuasa Anchor Text.Kebanyakan IM yang menjual ebook dalam format pdf akan menyertakan sekali link untuk muat turun perisian Adobe Reader dengan menggunakan Anchor Text 'Click Here'..

Setelah anda lihat keadaan ini, apakah yang akan anda fikiran? Ya, pengunnaan target keyword sebagai Anchor Text akan membuatkan Google mengangkat apa-apa saja website ke ranking yang terbaik. Ini la yang di namakan backlink yang berkualiti.

Bagaimana cara mendapatkan backlink berkualiti dengan Anchor Text

Terdapat 2 cara yang anda boleh gunakan untuk dapatkan backlink yang berkualiti iaitu secara percuma atau berbayar. Cara percuma adalah dengan menggunakan signature di forum. Join Forum Do Follow yang mempunyai Page Rank yang tinggi seperti Joomla.org. Guna keyword anda sebagai anchor teks dan link kan keyword tersebut dengan URL website anda. Jika signature anda terlalu panjang, maka anda cuma perlu hyperlink kan target keyword anda sebagai Anchor Text. Cara percuma yang kedua adalah dengan kaedah komen di blog yang mempunyai high PR. Gunakan keyword anda sebagai nama untuk meninggalkan komen. Penggunaan nama sebenar Anchor Text masih kurang kualitinya berbanding penggunaan keyword.

Cara yang berbayar adalah melalui pembelian text link. Text link boleh didapatkan dengan menghubungi admin website/blog yang mempunyai PR yang tinggi. Harga untuk untuk membeli text link biasanya ditentukan mengikut page rank semasa. Text link ini akan diletakkan di website mereka dengan dengan menggunakan keyword anda sebagai Anchor text nya.

Saya rasa sekarang ni mungkin anda sudah memahami apa yang dimaksudkan dengan Anchor Text.Jadi apa yang anda tunggu lagi? sila aplikasikan sekarang bagi mendapatkan lebih banyak backlink yang berkualiti.


Rahsia Duit Online | Tips SEO | Kaji Strategi Pesaing


Jika sesuatu website berada pada ranking teratas dalam keputusan carian, pastinya website itu telah di setupkan SEO nya supaya ia menjadi website yang sangat mesra enjin carian. Untuk merampas kedudukan pesaing anda, anda harus mengetahui strategi pesaing anda. Strategi pesaing yang saya maksudkan bukan lah strategi bagaimana beliau mereka website tersebut, tapi strategi bagaimana dia set up SEO untuk website tersebut. Jika anda tahu strategi pesaing, pastinya anda akan tahu kelemahan yang ada pada website pesaing anda. Pada post kali ni saya nak berkongsi tips bagaimana hendak mengkaji potensi sesuatu blog/website dari aspek SEO.

Kaji On Page Optimization - Lihat pengunaan Meta tag, Keyword Density dan keyword teks pada heading dan footer

Kaji Off Page Optimization - Lihat link building dan PR website yang memberi imbound link kepada website pesaing, dapatkan bilangan backlink website pesaing.

Dari dua kaedah yang saya berikan, saya akan lebih tekankan bagaimana hendak mengkaji website pesaing dari segi Off Page Optimization. Untuk On Page Optimization ianya hanyalah untuk melihat kadar kemesraan enjin carian terhadap website pesaing. Dan kebanyakan website yang menduduki ranking teratas sudah pasti akan melakukan On Page Optimization pada website mereka.

Cara Bagaimana Nak Kaji Strategi Pesaing Secara Off Page Optimization
Seperti yang saya katakan sebelum ini, cara yang paling mudah untuk mengalahkan pesaing anda dengan mengkaji link building yang telah dibuat oleh website tersebut. Link building adalah rangkaian hubungan website tersebut dengan website-website yang lain. Semakin banyak link building website tersebut, maka semakin tinggi popularitinya. Dalam konteks link building, anda perlu tahu akan jenis-jenis link building yang ada. Link terbahagi kepada 3 jenis iaitu Outbound Link, Inbound Link dan Reciprocal Link(Exchange Link). Dalam ketiga-tiga link ini, link yang paling perlu dititiberatkan adalah Inbound Link atau nama lainnya Backlink. Link yang anda perlu elakkan adalah Outbound Link.

Strategi #1
Lihat jumlah backlink yang terdapat pada website pesaing anda. Anda boleh gunakan Software Backlink Checker Tool yang terdapat di laman web www.backlinkwatch.com. Setelah anda tahu jumlah backlink website pesaing anda, anda haruslah dapatkan lebih banyak backlink yang berkualiti dari jumlah tersebut. Ini adalah kerana pengunaan backlink yang berkualiti akan memudahkan website anda di lonjak ke ranking yang terbaik. Sebelum itu, sila pastikan website yang anda ingin dapatkan backlink itu bukanlah dari website yang sudah ban oleh Google. Ini adalah kerana, Google akan menganggap website anda adalah sekutu dengan website yang di ban..jadi pilih dengan betul..

Startegi #2
Hubungi website yang memberikan backlink kepada website pesaing anda, dan minta mereka memberikan backlink kepada anda. Jika mereka tidak mahu, anda boleh menawarkan untuk membeli text link dari mereka(jika mereka menawarkan exchange link, anda tak perlu layan mereka). Strategi yang kedua ini akan membolehkan anda bersaing dengan lebih sama, kerana website anda dan website pesaing anda mempunyai jumlah backlink yang hampir sama.

Startegi #3
Untuk strategi yang ketiga, saya cadangkan anda untuk menilai setiap Page Rank website yang memberikan inbound link kepada website pesaing anda. Cara ini memang agak leceh, tapi ia sebenarnya membantu anda dengan lebih mudah dalam usaha untuk mencari backlink. Setelah anda melihat senarai Page Rank yang ada, sila dapatkan nilai yang tertinggi. Jika nilai Page Rank yang tertinggi adalah 4~5, ini bermakna, anda harus mendapatkan backlink dari website yang mempunyai Page Rank yang lebih tinggi dari 5. Jika anda mendapatkan backlink dari website yang lebih dari 5, ini bermakna anda tidak memerlukan backlink yang terlalu banyak untuk di link kan ke website anda..Teori Backlink seperti dibawah:-

1 backlink yang datang dari website PR 6 adalah lebih baik dari 1000 backlink yang datang dari website PR4 dan 5.

Berdasarkan teori diatas, saya harap anda dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan kepada anda.

Ketiga-tiga strategi ini adalah strategi yang biasa dilakukan oleh para bloggers untuk mendapatkan tempat pertama dalam SERP Google.


Rahsia Duit Online | Term Blog Rahsia Duit Online | Page Rank PR

Page Rank(PR) adalah tahap populariti sesuatu website di internet. Tahap populariti ini di mempunyai nilai 0~10. Nilai Page Rank juga menunjukkan nilai kualiti backlink. Jika anda mahu mencari backlink untuk website anda, anda harus tahu tahap populariti sesuatu website tersebut.

Untuk pengtahuan anda, Page Rank sesuatu website ditentukan oleh Spider Google. Jadi, untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat dalam menentukan nilai Page Rank, saya sarankan anda untuk menggunakan perisian yang telah disediakan oleh Google sendiri iaitu Google Toolbar. Gambar di bawah adalah contoh Google Toolbar yang saya gunakan apabila mahu mencari nilai Page Rank sesuatu website.


selain dari menggunakan Google Toolbar, anda juga boleh menggunakan laman web yang menyediakan perkhidmatan penentuan Page Rank secara percuma seperti www.prehecker.info.




Selamat mencuba.



P.S Untuk mendapatkan backlink yang betul-betul berkualiti, anda harus menadapatkan inbound link dari website yang mempunyai PR yang tinggi dari PR website anda. Mendapatkan inbound link dari PR yang rendah akan menyebabkan nilai PR anda merosot.





Rahsia Duit Online | Google Adsense | Jangan Pilih Niche Goreng Pisang Panas


Salam sejahtera buat pembaca Blog Rahsia Duit Online.
Mungkin dari tajuk post ni pasti ada yang boleh meneka apakah yang akan saya sampaikan pada entri kali ni. Disamping gambar goreng pisang yang menggiurkan..hoho
Niche atau nama lainnya adalah bidang. Niche Market pula adalah bidang pasaran. Jika niche blog anda adalah tentang pewangi badan, maka dalam blog anda haruslah menceritakan tentang produk pewangi badan sahaja. Penentuan niche yang betul akan membantu blog anda dalam mencari ranking di enjin carian.

Jika membina membina blog dengan sesuatu niche, pasti anda mahu blog anda sentiasa ada pelawat betul even tak selalu di update.Untuk melakukan perkara ini, pemilihan niche yang betul akan memainkan peranan. Maksud saya adalah niche untuk long term use..contoh niche yang long term adalah 'kereta'..niche seperti ini pasti akan ada permintaan bagi setiap masa. Jika anda buat duit dengan Adsense, anda perlu membina blog dengan niche yang selalu menjadi permintaan ramai. Pemilihan niche yang hanya mempunyai permintaan yang sekejap adalah niche yang tak sesuai anda gunakan untuk buat duit dengan Google Adsense. Ini adalah kerana blog dengan niche yang selalu menjadi permintaan ramai akan menjana pendapatan pasif kepada tuan punya blog tersebut.

Google Trend harus digunakan dalam usaha mencari niche market yang mempunyai potensi dalam jangka panjang. Contoh niche goreng pisang panas adalah seperti World Cup, Krismas atau sebarang event yang hanya popular dalam masa tertentu sahaja..



Rahsia Duit Online | Tips SEO | Daftar Blog di Dalam Indeks Carian


Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..
Bila anda sudah membina blog, mungkin anda boleh dapat trafik dari promosi secara manual seperti memberikan URL ke pada kawan-kawan atau di signature forum. Dan trafik ini pastinya datang dari link yang anda letakkan di mana-mana website/blog. Tapi bagaimanakah nak dapat trafik yang berada luar daripada website/blog? Jawapanya adalah melalui SERP ( Search Engine Resul Page)

Untuk mendapatkan trafik percuma daripada SERP, anda harus menggunakan khidmat servis enjin carian seperti Google,Yahoo dan MSN.

Pada post kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendaftarkan Blog dalam indeks enjin carian. Jom kita belajar..

Apa Itu Indeks Carian
Maksudnya secara spesifik saya tidak berapa pasti. Namun begitu saya cukup memahami dengan apa yang indeks carian. Jika diterangkan maksud bagi pandangan saya, indeks enjin carian ni lebih mudah saya katakan sebagai library enjin carian. Apa itu enjin carian saya dah terangkan dalam post SEO di dalam kategori Tips Online Marketing. Jadi anda boleh rujuk pada entri tersebut. Enjin carian seperti Google dan Yahoo akan membuat carian blog/website berdasarkan keyword yang diminta dari pelawat. Semua keputusan yang terpapar adalah yang berdaftar dalam Indeks Enjin Carian. Jika blog/website anda tidak didaftarkan dalam enjin carian, maka Enjin carian tidak akan memaparkan blog anda langsung. Bagaimana Google dan Yahoo nak kenal blog anda jika anda tidak memaklumkan kepada Google/Yahoo akan kewujudan blog/website anda..Berikut adalah cara untuk daftarkan URL anda di Google dan Yahoo.

Cara untuk daftarkan blog ke dalam Indeks Carian.(Goggle)
2.Masukkan URL blog/website anda
3.Masukkan komen mengenai blog/website anda. Untuk ruangan komen, saya sarankan anda untuk meletakkan target keyword blog anda.

Cara untuk daftarkan blog ke dalam Indeks Carian( Yahoo)
2.Masukkan URL anda
3.Anda juga boleh masukkan Site Feed korang di dalam Yahoo Search Explorer.

Setelah anda mendaftarkan blog/website anda di dalam Indeks carian..anda boleh periksa sama ada blog anda tu dah didaftarkan ke belum dalam indeks carian dengan cara di bawah. Cara yang saya beri ini adalah untuk enjin carian Google. Cara ini adalah sama untuk digunakan pada semua jenis enjin carian dan directory.Search URL blog korang di ruangan Search. Sebagai contoh, saya menaip perkataan duitonlinesecret.blogspot di dalam enjin carian Google
  1. Jika sudah didaftarkan, blog/website korang pasti akan keluar dalam senarai hasil carian
  2. Bila blog andan dah tersenarai, maka anda boleh la memulakan langkah memanjat ke tempat ranking teratas bagi keyword blog anda.
Selama Mencuba..

p/s Jika blog/website anda masih lagi tak terpapar, anda tidak perlu risau kerana Enjin Carian memerlukan masa untuk update Indeks Carian mereka

Rahsia Duit Online | Tips Online Marketing | Search Engine Optimization (SEO)


Salam sejahtera buat pembaca Rahsia Duit Online..
Pada post kali ni saya ingin berbincang dengan anda tentang satu benda penting yang anda harus tahu dalam menjalankan online marketing. Iaitu melalui kaedah SEO..

Apa Itu SEO?
SEO adalah ringkasan bagi Search Engine Optimization. Sebelum kita bincang pasal SEO dengan lebih lanjut, kita harus tahu apakah itu search engine. Search Engine adalah satu laman web yang membuat carian untuk website yang berada dalam index mereka berdasarkan keyword yang dimasukkan. Sebagai contoh, jika keyword yang anda masukkan adalah keyword 'duit', maka enjin carian akan mencari website yang mempunyai perkataan 'duit+backlink berkualiti' dengan setepat mungkin. Keputusan carian akan disusunkan mengikut ranking yang betul berdasarkan SEO.Contoh laman web popular yang mempunyai search engine adalah seperti Google,Yahoo dan MSN.

SEO adalah teknik bagaimana anda mendapatkan tempat terbaik untuk website anda dalam SERP enjin carian. Kesimpulan mudah yang boleh saya katakan, semakin tinggi skill SEO anda, semakin tinggi la kedudukan website anda. Semakin tinggi website anda, semakin tinggi la trafik yang bakal anda terima(bergantung juga pada nilai permintaan keyword).

Kelebihan SEO
Apakah akibatnya jika blog atau website anda berada dalam ranking pertama dalam senarai SERP? Yer..akibat yang paling teruk adalah kebanjiran pengujung. Ini adalah kerana, secara normal, 95% pelawat akan klik pada website yang pertama dalam ranking keputusan carian. Untuk pengetahuan anda, trafik percuma dari SERP ini bukannya sedikit..jika 1000 orang membuat carian untuk keyword anda untuk sebulan, maka 950++ akan pasti melawat website anda.

Mungkin sekarang anda sudah jelas sedikit mengenai SEO ni..Ingat, untuk popularkan website anda, anda memang wajib mempelajari ilmu SEO. Saya akan sentiasa berkongsi dengan anda tentang teknik-teknik SEO yang saya tahu. Klik sini jika anda mahukan tips SEO.


Rahsia Duit Online | Perniagaan Internet | Perniagaan Maklumat Melalui Ebook

Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online.
Sebelum saya berbincang dengan lebih lanjut tentang tajuk post kali ni, saya nak bagi anda satu teka-teki, dalam banyak-banyak 'I' , 'I' apakah yang paling mahal?bagi yang dah tahu tu, anda boleh la jawab dalam hati. Bagi anda yang tergaru-garu kepala tu, izinkan saya untuk membantu anda menggaru. 'I' yang paling mahal adalah idea.!! Kenapa saya cakap macam tu?mesti ada sebabnya. Idea atau Ilmu adalah sesuatu yang sukar untuk dicari dan dapat dimiliki selama-lamanya. Ia memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi untuk mendapatkanya secara sendiri. Mungkin Idea itu hanya ada pada orang yang tertentu sahaja..

Untuk pengetahuan anda, saya beri anda teka-teki ni adalah untuk mebuatkan anda terfikir akan kaintanya dengan tajuk post kali ni iaitu, Menjual Maklumat Melalui ebook. Maklumat adalah salah satu bentuk ilmu, idea dan pengalaman yang dimiliki oleh seseorang. Dan maklumat-maklumat ini adalah maklumat yang dicari2 oleh insan yang bernama manusia. Tanpa maklumat, kita akan sesat dalam apa jua yang kita buat. Situasi seperti ini telah mendatangkan permintaan yang tinggi dalam mencari maklumat. Di atas permintaan yang tinggi ini juga secara tak langsung telah mencetus pemikiran penerbit untuk membuat perniagaan berasaskan maklumat..maka terhasillah pelbagai buku maklumat di pasaran online mahupun offline. Untuk post kali ni saya akan menceritakan perniagaan maklumat secara online iaitu melalui kaedah perniagaan ebook.

Aktiviti perniagaan yang paling popular di internet dulu dan kini adalah aktiviti penjualan ebook. Mungkin pada mereka yang masih baru dalam dunia internet ni, saya akan bagi penerangan secara overview pasal Ebook ni dari ianya dihasilkan sehinggalah ianya terjual..ingat..overview saja..bukan kedekut ilmu, tapi nak anda cari lagi ilmu pasal ebook. Jangan hanya membaca overview sahaja.

Apakah Ebook?
Huruf 'E' mewakili internet. Mana-mana perkataan yang digabungkan dengan huruf 'E' didepannya ia adalah berkaitan dengan internet. Contoh lain sepeti e-dagang dan e-commerce. 'Book' pula membawa maksud yang anda sendiri pun tahu iaitu buku. Ebook adalah sama dengan buku..jika buku dalam bentuk fizikal yang mana anda boleh selak sambil baca dimana2, ebook pula buku yang korang tak boleh selak, tapi kena scroll mouse dan hanya boleh dibaca dengan menggunakan perisian Adobe Reader. Jika majalah lawak UJANG dijual dengan cara download di internet, maka nama majalah itu juga akan bertukar menjadi eUjang.(Ceh yer ker..pandai2 je saya..tak kisah la..yang penting mesti anda dapat gambarkan apa yang dimaksudkan dengan ebook..

Kandungan Ebook
Sama juga seperti buku. Jika buku mengadungi ilmu pengetahuan, maka ebook juga begitu, mengandungi ilmu pengetahuan. Untuk membuat ebook sangat mudah. Hanya convert hasil tulisan ke dalam bentuk pdf format kemudian upload ke dalam server dah cukup. Tapi perkara yang paling susah dalam menghasilkan ebook ini adalah untuk menulis isi kandungannya. Ini adalah kerana, isi kandungan ebook akan mempengaruhi harga sesuatu ebook. Kandungan ebook yang benar2 membantu pembaca adalah kanduangan yang berkualiti. Di bawah ini adalah contoh ebook.
Gambar buku seperti ini adalah mewakili sebuah ebook. walaupun ianya adalah buku, anda tak boleh selak pada gambar buku tersebut, tapi, anda boleh muat turun kandungan ebook tu dalam bentuk pdf. Perniagaan ebook sememangnya lumayan, tapi harus mengikut cara yang betul. Jika tidak, hasil ebook tersebut pasti tidak boleh terjual..

Now, mungkin korang dah faham apa yang dikatakan sebagai penjualan maklumat melalui ebook. Ramai antara kita nak buat perniagaan ebook, tapi tak tahu nak tulis apa dalam ebook tu. Saya sebenarnya tak berapa setuju dengan ayat ni..mustahil anda tak tahu nak tulis apa dalam ebook. Masing2 pasti mempunyai ilmu yang pasti memiliki kepakaran dalam bidang masing2..Sebagai contoh, jika anda pandai bermain gitar. Anda boleh tulis dalam ebook tu, 'Bagaimana Nak Pandai Main Gitar'..jika anda pandai masak, maka anda boleh tulis resipi masakan dalam ebook anda. Dari segi pengalaman, jika anda pernah ada pengalaman menawan puncak Gunung Kinabalu. Anda boleh menjual ebook tentang 'Tips Menawan Puncak Gunung Kinabalu'. Dan banyak lagi yang anda boleh isi dalam ebook sebenarnya..ia bukanlah khusus terhadap sesuatu ilmu sahaja.

Sekarang ni saya rasa mungkin anda dah jelas dengan kuasa perniagaan maklumat..Jadi, untuk apa tunggu lagi, senaraikan segala maklumat yang anda rasa expert. Dan tuliskan segala maklumat tu dalam sebuah ebook. Kerana pasti akan ada orang yang memerlukan maklumat anda yang berharga tu untuk dijadikan panduan..jadi, jangan tunggu lagi, lakukanlah perniagaan ebook anda sekarang..

Bila ebook anda dah terhasil, bagaimana pula anda nak jual ebook tersebut?..Pastinya secara promosi. Segala cara promosi saya ada terangkan serba sedikit di kategori Tips Online Marketing. Jadi, anda boleh refer pada post2 saya yang ada kat situ.

p/s Perniagaan ebook boleh mengaut keuntungan 100% disamping modal yang kecil dan keuntungan berlipat kali ganda.



Rahsia Duit Online | Tips SEO | Teknik Backlink Support SEO



Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online.
Soalan aku ni ditujukan kepada newbie. Sepanjang korang blogging ni, pernah tak korang tahu apa itu backlink? Jika korang masih tak tahu, kira korang bernasib baik sebab dapat baca post aku pasal teknik backlink ni..buat duit online

Sebelum kita belajar pasal backlink ni, aku nak tanya satu soalan kat korang, adakah penyanyi popular Siti Nurhaliza kenal korang?(yang mana kawan atau saudara Siti Nurhaliza tu, korang diharamkan menjawab soalan aku.hehe). Mesti korang akan cakap tak kenal kan..tapi korang kenal tak Siti Nurhaliza?Mesti la kenal..apakah kesanya bila ramai yang kenal Siti Nurhaliza, tapi Siti Nurhaliza tak kenal pun sesiapa dalam yang ramai2 tu?
Kesan utama dalam situasi seperti ini adalah Siti Nurhaliza akan menjadi popular, kerana korang sentiasa bercerita pasal Siti Nurhaliza, tapi Siti Nurhaliza tak pernah bercerita pasal korang..mesti korang pelik kan kenapa aku menceritakan situasi ini dalam tajuk backlink, dan mungkin korang dah beranggapan yang aku telah tersasar dari tajuk post aku ni..

Yang sebenarnya, aku tidak lari tajuk.situasi yang aku ceritakan tu mempunyai konsep yang sama dengan konsep backlink. Perkataan backlink adalah sinonim dengan imbound link. Untuk pengetahuan korang, setiap blog boleh di link kan dengan blog/website yang lain..sebagai contoh, jika korang pernah baca blog yang mempunyai iklan, dan bila korang klik pada iklan tersebut, browser akan membawa korang ke website iklan berkenaan. Jadi ini maknanya, blog yang korang baca tadi mempunyai link dengan website iklan yang korang klik tu. Link yang ini la dinamakan sebagai backlink.buat duit
Gambar di bawah menunjukkan contoh backlink
3 website B telah memberikan baclink kepada website A. Ini bermakna admin website B telah mengetahui akan kewujudan Website A tanpa admin website A mengetahui kewujudan website B. Sekiranya website A memberi link kepada salah satu website B, ia sudah dikira exchange link kerana website A telah mengenali website B. Populariti sesuatu blog dinilai berdasarkan Page Rank(PR). Dan nilai PR ini pula menunjukkan tahap populariti sesuatu blog/website. Jadi, kesimpulanya seperti dibawah:-buat duit online

Banyak backlink----> Page Rank tinggi ----> Ranking carian Google tinggi(Popular)

Robot Google amat menitikberatkan kuantiti dan kualiti backlink untuk sesuatu blog/website. Semakin banyak backlink yang diterima, Robot Google akan menganggap website itu adalah website yang popular. Jadi, dengan senang hatinya, Robot Google akan menaikkan website tersebut ke ranking hasil carian yang terbaik..selalunya yang pertama..

Semua mungkin dah tahu bagaimana caranya Robot Goggle membuat carian, tapi masih tak tahu bagaimana nak mendapatkan backlink. Adakah perlu contact setiap admin blog/website untuk mendapatkan backlink?Itu adalah salah satu caranya, tapi aku rasa takkan ada admin blog/website yang akan memberi backlink kepada korang secara percuma. Ini kerana pemberian backlink akan menjatuhkan PR blog/website mereka. Paling tidak mereka mesti mahukan exchange link antara blog. Namun korang tak perlu risau. Di bawah ni aku senaraikan cara paling simple nak dapat banyak backlink percuma dari PR yang tinggi:-buat duit

  1. Promosi URL di lama rangkaian sosial - Meletakkan Achor Teks dengan URL korang di Facebook, Tagged, Friendster dan My Space. Laman sosial biasnya mempunyai PR sekitar 7~9
  2. Submit URL ke direktori - Ini juga dikatakan backlink yang mudah disebabkan PR yang tinggi.
  3. Letak URL pada signature - Bila berforum, pastikan letak URL pada signature. Kerana Forum juga mempunyai Page Rank yang cukup tinggi.
  4. Banyakkan komen di blog yang mempunyai Page Rank yang tinggi
  5. Jual produk melalui sistem affiliate - Ini paling mudah dapat backlink kerana, backlink akan dibuat sendiri oleh para affiliate marketer untuk menghasilkan jualan. Blog affiliate marketer juga kebanyakannya adalah blog yang mempnyai PR yang cukup bagus sekitar 2~4.
  6. Menggunakan laman web artikel percuma untuk meletakkan URL blog/website - Laman web seperti Enzine Article
Backlink Berkualiti
Nak dapatkan backlink yang berkualiti sememangnya susah kerana backlink yang berkualiti datangnya dari blog/website yang mempunyai niche yang sama dengan blog korang. Namun korang masih boleh mendapatkan backlink yang berkualiti dengan cara komen di blog yang sama niche dengan korang. Tapi cara ni nampak tak profesional walaupun kesannya sangat la memberangsangkan. Aku galakkan korang untuk komen di blog yang sama niche dengan korang tapi tidak boleh kerap dilakukan. Ini adalah ditakuti admin blog tersebut perasan yang tujuan korang komen di blognya adalah untuk mendapatkan backlink semata2. Bila tujuan korang telah dihidu, dengan selambanya dia akan menukar backlink tersebut kepada exchange link dengan cara komen di blog korang pulak..takpun, dia akan delete semua komen korang yang ada kat blog dia. Cara ini memang berkesan, cuma kena pandai2 la..jangan sampai kantoi..hehe buat duit online
Kini korang dah tahukan teknik backlink. Sila aplikasikan teknik ini bagi mengambil hati Robot Google untuk letak blog/website kita pada rangking teratas. Sekian terima kasih..



Rahsia Duit Online | Google Adsense | Tips Buat Blog Yang Bagus Untuk Adsense

Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online

Sekarang ni ramai newbie yang baru-baru dalam Google Adsense ni membina blog hanya dengan tujuan untuk meraih pendapatan dari Google Adsense sahaja tanpa mengira kualiti sesuatu blog. Maksud kualiti yang saya ingin tekankan pada post kali ini bukanlah kualiti blog dari segi PR. Tapi kualiti blog dari segi design.

Untuk mendapatkan klik yang maintain pada iklan adsense anda, anda perlu mendapatkan pembaca setia untuk blog tersebut. Pembaca setia adalah golongan yang akan memberikan klik yang banyak pada iklan adsense anda berbanding pelawat yang baru. Blog yang harus anda buat janganlah blog yang mengandungi artikel(dari enzine article) dan iklan adsense semata-semata. Ini jelas menunjukkan kepada pelawat yang anda menghasilkan blog dengan tidak bersungguh2. Kesan utamanya adalah, pelawat tersebut akan melawat blog korang hanya untuk sekali sahaja. Ini adalah kerana sememangnya menjadi fitrah mata manusia yang suka pada pandangan yang indah. Bagi memenuhi fitrah ini, anda haruslah membina blog dengan cara yang betul. Berikut merupakan tips yang saya boleh kongsi tentang tips blogging yang simple.

Pilih design dengan tema yang betul dengan niche. Jangan biarkan blog anda nampak kosong dan tidak menarik. Seeloknya pilih warna putih sebagai background blog tersebut. Pemilihan warna gelap memberikan pandangan yang tidak jujur tentang blog anda.

Mengunakan template yang teratur. Jangan serabutkan kepala pelawat sehingga pelawat susah nak membaca info tentang blog korang. Kurangkan iklan bergambar dan lebihkan iklan berbentuk teks bagi menyenangkan pembaca.

Gunakan gaya tulisan yang profesional. Jangan gunakan font tulisan yang bersambung-sambung. Gaya tulisan juga haruslah teratur dan mudah difahami.

Banyakan gambar. Pelawat amat suka pada benda yang dilihat di gambar berbanding dari benda yang dibaca. Melalui gambar, dapat meberikan gambaran awal tentang sesuatu post tersebut. Jadi ini bakal memudahkan pelawat untuk menerima apa yang anda ingin sampaikan dalam post tersebut.

Mungkin anda pernah menghadapi masalah permohonan akaun Adsense tidak diterima Google Inc.Antara sebab utama adalah pihak Google Adsense akan membuat tinjauan untuk setiap blog yang memohon akaun Adsense secara manual, jadi..jika blog anda itu dilihat tidak menarik pada first impression, pastinya Google Inc tanpa segan silu untuk tidak meluluskan permohonan anda. Jadi, buatlah blog dengan bersungguh-sungguh..


Rahsia Duit Online | Google Adsense | Tips Meletakkan Iklan Adsense


Salam sejahtera buat pembaca setia Rahsia Duit Online..
Kali ni saya nak berkongsi bagaimana nak meletakkan iklan Adsense pada blog anda. Tips ini saya belajar dari Raja Adsense.

Untuk memahami tips ini, anda perlu letakkan diri anda sebagai visitor sesuatu blog. Jika anda melawat blog bloggers lain, apakah perkara utama yang pasti akan anda cari? Seharusnya jawapan yang diberikan adalah sama, iaitu mencari info tentang keyword yang anda search kan..

Jadi, bagi sesuatu blog, segala info akan diletakkan di bahagian posting kan..ini adalah kerana, visitor akan membaca pada bahagian posting sahaja berbanding bahagian sidebar yang kebanyakannya pernuh dengan iklan. Ingat! Visitor paling tidak suka iklan. Jadi mereka akan mengelak untuk membaca iklan. Bagi memaksa mereka membaca iklan, anda boleh letak iklan adsense anda di bahagian akhir setiap post yang terbaru. Gambar dibawah merupakan contoh posisi iklan adesense yang betul. Jika seorang pelawat membaca post itu, secara tak langsung iklan adsense akan turut dibaca oleh oleh pelawat tersebut. Dan secara tak langsung juga, pembaca akan klik pada iklan adsense tersebut..ini la rahsia bagaimana nak mendapatkan klik yang banyak untuk program duit online adsense.




Cara Menentukan Persaingan Keyword Untuk Google Adsense

Salam sejahtera untuk pembaca setia Rahsia Duit Online.
Pemilihan keyword yang betul adalah penentu kejayaan sesuatu program Google Adsense. Post kali ni aku nak berkongsi sedikit tips bagaimana nak dapatkan keyword yang bagus untuk menjana income adsense ni dengan lebih mudah.

Pilih keyword yang kurang saingan.
Jika korang mengikuti blog aku ni, Aku pernah post kan tentang kenapa Income Adsense sedikit. Ia disebabkan kekurangan pelawat ke blog korang. Untuk mendapatkan pelawat, korang perlu dapatkan tempat di page pertama dalam hasil carian Google. Sebagai permulaan dalam Google Adsense, adalah lebih wajar untuk korang menggunakan keyword yang kurang saingan. Terdapat 3 jenis keyword yang korang perlu tahu. Yang pertama 'short keyword', yang kedua 'long keyword' dan yang ketiga 'long tail keyword' Maksud aku keyword yang kurang saingan adalah long tail keyword. Sebagai contoh, mari kita ambil short keyword 'hanphone'.

Page hasil carian keyword hp ini diambil pada 12 Jun 2010 jam 13:08..hasil carian adalah sebanyak 43 juta pages yang ada dalam indeks carian Google. 43 juta hasil carian aku dah kirakan sebagai saingan tinggi kerana untuk mendapat tempat pertama ke2 atau ke 3 dalam hasil carian memerlukan teknik SEO yang tinggi. Jadi blog korang pasti akan tiada pelawat langsung, ini adalah kerana 95% pelawat akan klik pada hasil carian yang pertama, kedua dan ketiga. Jika skil SEO korang dah cukup tinggi, mungkin boleh la korang bersaing untuk short keyword ni.

Sekarang ni kita lihat pula untuk long tail keyword. Long tail keyword adalah keyword yang mempunyai lebih dari 2 perkataan. Sebagai contoh, keyword 'handphone nokia for sale'. Sila rujuk gambar di bawah.

Hasil carian cuma 3 juta pages sahaja. Ini bermakna, persaingan dah semakin kurang. Jadi untuk mendapatkan takhta teratas tidak la sesulit untuk hasil carian bagi 43 juta tadi. Betul tak..hee..
Aku sarankan kalau boleh cuba dapatkan long tail keyword yang kurang daripada 10,000 hasil carian. Ini kerana, untuk dapatkan tempat pertama dalam enjin carian akan menjadi lebih mudah.

Okay, sekarang keyword korang dah jumpa. Macam mana plak dengan harga PPC Google Adsense? Adakah lumayan? Sekarang kita buat research harga PPC bagi long tail keyword 'handphone nokia for sale' . Caranya korang pergi pada website Google Keyword Research Tool. dan masukkan long tail keyword ni. Jika harga nya tak memuaskan, korang boleh pilih keyword yang lain. Cara yang aku tunjukkan ini adalah hanya untuk menentukan persaingan keyword dalam enjin carian google sahaja.

Untuk mendapakan keyword yang mempunyai harga PPC yang mahal aku akan post pada entri akan datang. Sekian..terima kasih kerana sudi membaca.

Rahsia Duit Online | Tips Pemasaran Online | Autoresponder Menangkap Prospek


Salam sejahtera buat pembaca Rahsia Duit Online..
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda tentang tips bagaimana untuk mendapatkan jualan yang bagus dalam pasaran internet dengan menggunakan fungsi sistem Autoresponder. Memang tidak sah bagi seorang Internet Marketer untuk memiliki sistem autoresponder mereka sendiri.

Apa Itu Autoresponder?
Autoresponder adalah satu sistem yang menyediakan perkhidmatan pemasaran email secara berjadual. Jika anda pernah subscribe dari mana-mana web jualan, email anda akan diletakkan dalam senarai opt-in list yang mana dihubungkan dengan sistem Autoresponder. Sistem ini akan menghantar email secara berjadual mengikut kesukaan admin web jualan yang anda telah daftar. Sila rujuk gambar di atas.

Kelebihan Autoresponder

Mengelakkan kehilangan prospek - Mana2 prospek yang pernah melawati web jualan anda pasti akan mengingati anda bila mereka mendaftarkan email mereka dalam ruangan opt in list form. Mereka akan diberi info susulan tentang produk anda melalui pemasaran email secara automatik.

Meningkatkan keyakinan prospek - Segala content dalam email yang bakal dihantar mampu meningkatkan keyakinan prospek korang. Jika content tersebut menerangkan tentang kerugian yang bakal diorang hadapi jika tak mendapatkan produk anda, pasti mereka akan bertindak secepat mungkin untuk mendapatkan produk. Selain itu, pemasaran email juga boleh di set up agar email yang dihantar kepada prospek akan kelihatan lebih personal. Ini akan memudahkan prospek lebih mengenali anda. Anda akan lebih mudah melakukan jualan bila prospek mengenali anda dengan lebih rapat.

Menjimatkan masa - Memang betul, autoresponder bertindak sebagai kerani anda. Anda cuma perlu membayar gaji kepada sistem autoresponder ini dengan harga yang amat murah. Autoresponder akan melakukan follow up kepada semua prospek anda.

Mengumpul Mail List dengan mudah - Semua mail list yang anda terima pastilah target prospek yang berminat terhadap produk anda. Selain itu, jika anda mempunyai produk yang baru dan mempunyai niche yang sama dengan Mail List anda, anda boleh melakukan pemasaran email terhadap mail list anda dengan mudah tanpa perlu promosi secara advance. Sebagai contoh, sekiranya produk anda sebelum ini adalah ebook Tips Memancing dan anda telah mengumpul mail list yang banyak dari web jualan ebook Tips Memancing, anda boleh gunakan mail list tersebut untuk menjual produk yang berkaitan dengan memancing yang lain dengan lebih mudah.

P/S Autoresponder adalah Rahsia Utama Internet Marketer melakukan jualan yang banyak untuk setiap produk.


Rahsia Duit Onlie | Tips Online Markerting | Email SPAM Kritikal



Sejak 2 bulan yang lepas, akaun email yahoo saya (material_steel@yahoo.com) telah banyak kali didatangi dengan email2 SPAM yang mempromosikan RMInfinity.com. Kehadiran email SPAM ini berikutan dari penjualan alamat email saya kepada ahli yang menyertai RMInfinity.com. Saya mengesyaki perkara ini adalah kerana kebanyakan email SPAM yang saya terima datangnya dari promosi produk yang sama. RMInfinity ni salah satu program reseller. Saya akan bincang tentang program ni di dalam kategori Reseller.

Melakukan email marketing secara SPAM lebih lengkap saya katakan sebagai tingkah laku yang tak bertanggungjawab dan tak beretika. Kerana apa, senarai penerima email bukanlah datang opt-in list yang di bina sendiri dan bukan lah dari prospek yang berminat, tapi sebaliknya dikumpul secara haram dan dijual kepada mereka yang tak bertanggungjawab dengan harga yang sangat murah. Kejadian ini berlaku kerana Spammer yang terlibat mahu menjimatkan modal untuk melakukan promosi dan modal untuk autoresponder. Dengan harga serendah RM50, mereka akan menerima 50,000 email list. Untuk pengetahuan anda, penggunaan list email yang dibeli ini tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada ahli perniagaan tersebut, sebaliknya akan mengundang menerima sumpahan dan makian dari si penerima email SPAM. Di bawah ni saya ada tulis kelebihan Email list yang dibina sendiri dan email list yang dibeli.

Email List Sendiri VS Email List Beli
Mempromosikan sesuatu produk melalui email list yang dibina sendiri adalah lebih mudah menghasilkan jualan berbanding email list yang diberi. Teori yang mudah adalah, promosi ke 1000 email list sendiri mampu menghasilkan 50% jualan berbanding email list yang dibina sendiri yang hanya mungkin menghasilkan jualan sekitar 1% atau tiada langsung. Ini adalah disebabkan, email list yang dibina sendiri merupakan email list yang benar dan meminati produk tersebut, manakala email list yang dibeli adalah secara paksaan.

Pengunaan email list yang dibeli juga bakal menjatuhkan kredibiliti sesuatu program duit online oleh kerana cara promosi yang tidak profesional. Sebagai contoh RMinfinity.com, kesan utama yang akan membuatkan kredibiliti program duit online ini jatuh adalah akan munculnya aduan dan artikel tidak puas hati di forum2-forum dan juga di blog-blog seperti yang saya sedang lakukan sekarang. Saya telah menyatakan rasa tidak puas hati saya tentang cara promosi yang dilakukan oleh ahli RMinfinity.com ni. Sekiranya pembaca blog saya ni membaca artikel ini, pasti ianya akan mengundang impression yang buruk terhadap program buat duit online tersebut.

Email list sendiri merupakan target prospek yang paling tepat kerana prospek telah mendaftarkan email mereka di borang opt-in di dalam web jualan. Manakala email list sendiri adalah email list yang dah expired yang dijual daripada IM yang lama kepada IM yang tidak mahu mengeluarkan modal dalam melakukan promosi.
Kepada sesiapa yang terlibat menjual list email yang dibina sendiri, anda ingatlah. anda telah berjanji untuk memegang amanah bagi melindungi privasi email pelanggan anda daripada terlibat dengan aktiviti SPAM. Tetapi apa yang berlaku? Anda telah mengkhianati amanah tersebut dengan cara menjual list email anda. Anda harus tahu, senarai customer anda pasti akan merasa syak terhadap anda kerana mereka pasti ingat kepada siapakah email mereka telah diberi. Ini secara tak langsung akan menjatuhkan kredibiliti anda juga wahai si penjual email list.

Kepada yang telah membeli list email tu atau bercadang nak membeli email list tu, seeloknya anda hentikan la.Memang mungkin anda dapat menghasilkan jualan dari 1% senarai list anda, tapi yang 99% lagi akan menghasilkan sumpahan dan cacian buat anda. Anda nak macam tu ker? So, pikir la seeloknya..jadi..sama-samalah kita hentikan email SPAM ni sebab saya dah penat nak delete sampai 10~20 email SPAM sehari. Katakan tidak pada SPAM