Rahsia Duit Online | Tips Online Marketing | Search Engine Optimization (SEO)


Salam sejahtera buat pembaca Rahsia Duit Online..
Pada post kali ni saya ingin berbincang dengan anda tentang satu benda penting yang anda harus tahu dalam menjalankan online marketing. Iaitu melalui kaedah SEO..

Apa Itu SEO?
SEO adalah ringkasan bagi Search Engine Optimization. Sebelum kita bincang pasal SEO dengan lebih lanjut, kita harus tahu apakah itu search engine. Search Engine adalah satu laman web yang membuat carian untuk website yang berada dalam index mereka berdasarkan keyword yang dimasukkan. Sebagai contoh, jika keyword yang anda masukkan adalah keyword 'duit', maka enjin carian akan mencari website yang mempunyai perkataan 'duit+backlink berkualiti' dengan setepat mungkin. Keputusan carian akan disusunkan mengikut ranking yang betul berdasarkan SEO.Contoh laman web popular yang mempunyai search engine adalah seperti Google,Yahoo dan MSN.

SEO adalah teknik bagaimana anda mendapatkan tempat terbaik untuk website anda dalam SERP enjin carian. Kesimpulan mudah yang boleh saya katakan, semakin tinggi skill SEO anda, semakin tinggi la kedudukan website anda. Semakin tinggi website anda, semakin tinggi la trafik yang bakal anda terima(bergantung juga pada nilai permintaan keyword).

Kelebihan SEO
Apakah akibatnya jika blog atau website anda berada dalam ranking pertama dalam senarai SERP? Yer..akibat yang paling teruk adalah kebanjiran pengujung. Ini adalah kerana, secara normal, 95% pelawat akan klik pada website yang pertama dalam ranking keputusan carian. Untuk pengetahuan anda, trafik percuma dari SERP ini bukannya sedikit..jika 1000 orang membuat carian untuk keyword anda untuk sebulan, maka 950++ akan pasti melawat website anda.

Mungkin sekarang anda sudah jelas sedikit mengenai SEO ni..Ingat, untuk popularkan website anda, anda memang wajib mempelajari ilmu SEO. Saya akan sentiasa berkongsi dengan anda tentang teknik-teknik SEO yang saya tahu. Klik sini jika anda mahukan tips SEO.


2 ulasan:

east berkata...

So, bguske SEO nie???kalo smpi banjir blog???

Unknown berkata...

SEO membantu blog anda mendapat ranking di Google. Dengan SEO, blog anda boleh dikunjungi oleh pelawat seluruh dunia tanpa mengetahu URL blog anda. Jika blog anda mempunyai pelawat yang ramai, blog anda akan akan memberi pendapatan kepada anda. Check this out Buat Duit Dengan Blog

Catat Ulasan