Rahsia Duit Online | Perniagaan Internet | Perniagaan Maklumat Melalui Ebook

Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online.
Sebelum saya berbincang dengan lebih lanjut tentang tajuk post kali ni, saya nak bagi anda satu teka-teki, dalam banyak-banyak 'I' , 'I' apakah yang paling mahal?bagi yang dah tahu tu, anda boleh la jawab dalam hati. Bagi anda yang tergaru-garu kepala tu, izinkan saya untuk membantu anda menggaru. 'I' yang paling mahal adalah idea.!! Kenapa saya cakap macam tu?mesti ada sebabnya. Idea atau Ilmu adalah sesuatu yang sukar untuk dicari dan dapat dimiliki selama-lamanya. Ia memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi untuk mendapatkanya secara sendiri. Mungkin Idea itu hanya ada pada orang yang tertentu sahaja..

Untuk pengetahuan anda, saya beri anda teka-teki ni adalah untuk mebuatkan anda terfikir akan kaintanya dengan tajuk post kali ni iaitu, Menjual Maklumat Melalui ebook. Maklumat adalah salah satu bentuk ilmu, idea dan pengalaman yang dimiliki oleh seseorang. Dan maklumat-maklumat ini adalah maklumat yang dicari2 oleh insan yang bernama manusia. Tanpa maklumat, kita akan sesat dalam apa jua yang kita buat. Situasi seperti ini telah mendatangkan permintaan yang tinggi dalam mencari maklumat. Di atas permintaan yang tinggi ini juga secara tak langsung telah mencetus pemikiran penerbit untuk membuat perniagaan berasaskan maklumat..maka terhasillah pelbagai buku maklumat di pasaran online mahupun offline. Untuk post kali ni saya akan menceritakan perniagaan maklumat secara online iaitu melalui kaedah perniagaan ebook.

Aktiviti perniagaan yang paling popular di internet dulu dan kini adalah aktiviti penjualan ebook. Mungkin pada mereka yang masih baru dalam dunia internet ni, saya akan bagi penerangan secara overview pasal Ebook ni dari ianya dihasilkan sehinggalah ianya terjual..ingat..overview saja..bukan kedekut ilmu, tapi nak anda cari lagi ilmu pasal ebook. Jangan hanya membaca overview sahaja.

Apakah Ebook?
Huruf 'E' mewakili internet. Mana-mana perkataan yang digabungkan dengan huruf 'E' didepannya ia adalah berkaitan dengan internet. Contoh lain sepeti e-dagang dan e-commerce. 'Book' pula membawa maksud yang anda sendiri pun tahu iaitu buku. Ebook adalah sama dengan buku..jika buku dalam bentuk fizikal yang mana anda boleh selak sambil baca dimana2, ebook pula buku yang korang tak boleh selak, tapi kena scroll mouse dan hanya boleh dibaca dengan menggunakan perisian Adobe Reader. Jika majalah lawak UJANG dijual dengan cara download di internet, maka nama majalah itu juga akan bertukar menjadi eUjang.(Ceh yer ker..pandai2 je saya..tak kisah la..yang penting mesti anda dapat gambarkan apa yang dimaksudkan dengan ebook..

Kandungan Ebook
Sama juga seperti buku. Jika buku mengadungi ilmu pengetahuan, maka ebook juga begitu, mengandungi ilmu pengetahuan. Untuk membuat ebook sangat mudah. Hanya convert hasil tulisan ke dalam bentuk pdf format kemudian upload ke dalam server dah cukup. Tapi perkara yang paling susah dalam menghasilkan ebook ini adalah untuk menulis isi kandungannya. Ini adalah kerana, isi kandungan ebook akan mempengaruhi harga sesuatu ebook. Kandungan ebook yang benar2 membantu pembaca adalah kanduangan yang berkualiti. Di bawah ini adalah contoh ebook.
Gambar buku seperti ini adalah mewakili sebuah ebook. walaupun ianya adalah buku, anda tak boleh selak pada gambar buku tersebut, tapi, anda boleh muat turun kandungan ebook tu dalam bentuk pdf. Perniagaan ebook sememangnya lumayan, tapi harus mengikut cara yang betul. Jika tidak, hasil ebook tersebut pasti tidak boleh terjual..

Now, mungkin korang dah faham apa yang dikatakan sebagai penjualan maklumat melalui ebook. Ramai antara kita nak buat perniagaan ebook, tapi tak tahu nak tulis apa dalam ebook tu. Saya sebenarnya tak berapa setuju dengan ayat ni..mustahil anda tak tahu nak tulis apa dalam ebook. Masing2 pasti mempunyai ilmu yang pasti memiliki kepakaran dalam bidang masing2..Sebagai contoh, jika anda pandai bermain gitar. Anda boleh tulis dalam ebook tu, 'Bagaimana Nak Pandai Main Gitar'..jika anda pandai masak, maka anda boleh tulis resipi masakan dalam ebook anda. Dari segi pengalaman, jika anda pernah ada pengalaman menawan puncak Gunung Kinabalu. Anda boleh menjual ebook tentang 'Tips Menawan Puncak Gunung Kinabalu'. Dan banyak lagi yang anda boleh isi dalam ebook sebenarnya..ia bukanlah khusus terhadap sesuatu ilmu sahaja.

Sekarang ni saya rasa mungkin anda dah jelas dengan kuasa perniagaan maklumat..Jadi, untuk apa tunggu lagi, senaraikan segala maklumat yang anda rasa expert. Dan tuliskan segala maklumat tu dalam sebuah ebook. Kerana pasti akan ada orang yang memerlukan maklumat anda yang berharga tu untuk dijadikan panduan..jadi, jangan tunggu lagi, lakukanlah perniagaan ebook anda sekarang..

Bila ebook anda dah terhasil, bagaimana pula anda nak jual ebook tersebut?..Pastinya secara promosi. Segala cara promosi saya ada terangkan serba sedikit di kategori Tips Online Marketing. Jadi, anda boleh refer pada post2 saya yang ada kat situ.

p/s Perniagaan ebook boleh mengaut keuntungan 100% disamping modal yang kecil dan keuntungan berlipat kali ganda.



0 ulasan:

Catat Ulasan