Memaparkan catatan dengan label Tips SEO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips SEO. Papar semua catatan

Rahsia Duit Online | Tips SEO | Anchor Text



Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online
Untuk post kali ni aku nak menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Anchor Text dan kelebihannya dalam teknik SEO.

Apa itu Anchor Text?
Anchor Text adalah teks yang mengandungi hyperlink kemana-mana website. Ini bermaksud, jika anda klik pada Anchor Text, secara automatik browser akan membawa anda ke website yang telah di link kan dengan Anchor Text tersebut. Contoh Anchor text yang selalu digunakan adalah 'Click Here', 'Buy Now' atau 'Dapatkan Sekarang'.

Perspektif Enjin Carian Terhadap Anchor Text
Enjin carian sangat suka dengan backlink yang mengandungi Anchor Text. Sebagai bukti, cuba anda search keyword 'click here' kat Google. Anda akan dapat melihat paparan hasil carian seperti di bawah.

Apa yang anda telah lakukan ialah, anda telah memasukkan keyword 'click here', tapi website yang berada pada ranking pertama SERP adalah website Adobe Reader.Jika anda explore website Adobe tersebut, saya yakin anda tidak akan menjumpai sebarang perkataan click here. Tapi mengapa website Adobe Reader menduduki ranking pertama Google? Ini lah yang dinamakan kuasa Anchor Text.Kebanyakan IM yang menjual ebook dalam format pdf akan menyertakan sekali link untuk muat turun perisian Adobe Reader dengan menggunakan Anchor Text 'Click Here'..

Setelah anda lihat keadaan ini, apakah yang akan anda fikiran? Ya, pengunnaan target keyword sebagai Anchor Text akan membuatkan Google mengangkat apa-apa saja website ke ranking yang terbaik. Ini la yang di namakan backlink yang berkualiti.

Bagaimana cara mendapatkan backlink berkualiti dengan Anchor Text

Terdapat 2 cara yang anda boleh gunakan untuk dapatkan backlink yang berkualiti iaitu secara percuma atau berbayar. Cara percuma adalah dengan menggunakan signature di forum. Join Forum Do Follow yang mempunyai Page Rank yang tinggi seperti Joomla.org. Guna keyword anda sebagai anchor teks dan link kan keyword tersebut dengan URL website anda. Jika signature anda terlalu panjang, maka anda cuma perlu hyperlink kan target keyword anda sebagai Anchor Text. Cara percuma yang kedua adalah dengan kaedah komen di blog yang mempunyai high PR. Gunakan keyword anda sebagai nama untuk meninggalkan komen. Penggunaan nama sebenar Anchor Text masih kurang kualitinya berbanding penggunaan keyword.

Cara yang berbayar adalah melalui pembelian text link. Text link boleh didapatkan dengan menghubungi admin website/blog yang mempunyai PR yang tinggi. Harga untuk untuk membeli text link biasanya ditentukan mengikut page rank semasa. Text link ini akan diletakkan di website mereka dengan dengan menggunakan keyword anda sebagai Anchor text nya.

Saya rasa sekarang ni mungkin anda sudah memahami apa yang dimaksudkan dengan Anchor Text.Jadi apa yang anda tunggu lagi? sila aplikasikan sekarang bagi mendapatkan lebih banyak backlink yang berkualiti.


Rahsia Duit Online | Tips SEO | Kaji Strategi Pesaing


Jika sesuatu website berada pada ranking teratas dalam keputusan carian, pastinya website itu telah di setupkan SEO nya supaya ia menjadi website yang sangat mesra enjin carian. Untuk merampas kedudukan pesaing anda, anda harus mengetahui strategi pesaing anda. Strategi pesaing yang saya maksudkan bukan lah strategi bagaimana beliau mereka website tersebut, tapi strategi bagaimana dia set up SEO untuk website tersebut. Jika anda tahu strategi pesaing, pastinya anda akan tahu kelemahan yang ada pada website pesaing anda. Pada post kali ni saya nak berkongsi tips bagaimana hendak mengkaji potensi sesuatu blog/website dari aspek SEO.

Kaji On Page Optimization - Lihat pengunaan Meta tag, Keyword Density dan keyword teks pada heading dan footer

Kaji Off Page Optimization - Lihat link building dan PR website yang memberi imbound link kepada website pesaing, dapatkan bilangan backlink website pesaing.

Dari dua kaedah yang saya berikan, saya akan lebih tekankan bagaimana hendak mengkaji website pesaing dari segi Off Page Optimization. Untuk On Page Optimization ianya hanyalah untuk melihat kadar kemesraan enjin carian terhadap website pesaing. Dan kebanyakan website yang menduduki ranking teratas sudah pasti akan melakukan On Page Optimization pada website mereka.

Cara Bagaimana Nak Kaji Strategi Pesaing Secara Off Page Optimization
Seperti yang saya katakan sebelum ini, cara yang paling mudah untuk mengalahkan pesaing anda dengan mengkaji link building yang telah dibuat oleh website tersebut. Link building adalah rangkaian hubungan website tersebut dengan website-website yang lain. Semakin banyak link building website tersebut, maka semakin tinggi popularitinya. Dalam konteks link building, anda perlu tahu akan jenis-jenis link building yang ada. Link terbahagi kepada 3 jenis iaitu Outbound Link, Inbound Link dan Reciprocal Link(Exchange Link). Dalam ketiga-tiga link ini, link yang paling perlu dititiberatkan adalah Inbound Link atau nama lainnya Backlink. Link yang anda perlu elakkan adalah Outbound Link.

Strategi #1
Lihat jumlah backlink yang terdapat pada website pesaing anda. Anda boleh gunakan Software Backlink Checker Tool yang terdapat di laman web www.backlinkwatch.com. Setelah anda tahu jumlah backlink website pesaing anda, anda haruslah dapatkan lebih banyak backlink yang berkualiti dari jumlah tersebut. Ini adalah kerana pengunaan backlink yang berkualiti akan memudahkan website anda di lonjak ke ranking yang terbaik. Sebelum itu, sila pastikan website yang anda ingin dapatkan backlink itu bukanlah dari website yang sudah ban oleh Google. Ini adalah kerana, Google akan menganggap website anda adalah sekutu dengan website yang di ban..jadi pilih dengan betul..

Startegi #2
Hubungi website yang memberikan backlink kepada website pesaing anda, dan minta mereka memberikan backlink kepada anda. Jika mereka tidak mahu, anda boleh menawarkan untuk membeli text link dari mereka(jika mereka menawarkan exchange link, anda tak perlu layan mereka). Strategi yang kedua ini akan membolehkan anda bersaing dengan lebih sama, kerana website anda dan website pesaing anda mempunyai jumlah backlink yang hampir sama.

Startegi #3
Untuk strategi yang ketiga, saya cadangkan anda untuk menilai setiap Page Rank website yang memberikan inbound link kepada website pesaing anda. Cara ini memang agak leceh, tapi ia sebenarnya membantu anda dengan lebih mudah dalam usaha untuk mencari backlink. Setelah anda melihat senarai Page Rank yang ada, sila dapatkan nilai yang tertinggi. Jika nilai Page Rank yang tertinggi adalah 4~5, ini bermakna, anda harus mendapatkan backlink dari website yang mempunyai Page Rank yang lebih tinggi dari 5. Jika anda mendapatkan backlink dari website yang lebih dari 5, ini bermakna anda tidak memerlukan backlink yang terlalu banyak untuk di link kan ke website anda..Teori Backlink seperti dibawah:-

1 backlink yang datang dari website PR 6 adalah lebih baik dari 1000 backlink yang datang dari website PR4 dan 5.

Berdasarkan teori diatas, saya harap anda dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan kepada anda.

Ketiga-tiga strategi ini adalah strategi yang biasa dilakukan oleh para bloggers untuk mendapatkan tempat pertama dalam SERP Google.


Rahsia Duit Online | Tips SEO | Daftar Blog di Dalam Indeks Carian


Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..
Bila anda sudah membina blog, mungkin anda boleh dapat trafik dari promosi secara manual seperti memberikan URL ke pada kawan-kawan atau di signature forum. Dan trafik ini pastinya datang dari link yang anda letakkan di mana-mana website/blog. Tapi bagaimanakah nak dapat trafik yang berada luar daripada website/blog? Jawapanya adalah melalui SERP ( Search Engine Resul Page)

Untuk mendapatkan trafik percuma daripada SERP, anda harus menggunakan khidmat servis enjin carian seperti Google,Yahoo dan MSN.

Pada post kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendaftarkan Blog dalam indeks enjin carian. Jom kita belajar..

Apa Itu Indeks Carian
Maksudnya secara spesifik saya tidak berapa pasti. Namun begitu saya cukup memahami dengan apa yang indeks carian. Jika diterangkan maksud bagi pandangan saya, indeks enjin carian ni lebih mudah saya katakan sebagai library enjin carian. Apa itu enjin carian saya dah terangkan dalam post SEO di dalam kategori Tips Online Marketing. Jadi anda boleh rujuk pada entri tersebut. Enjin carian seperti Google dan Yahoo akan membuat carian blog/website berdasarkan keyword yang diminta dari pelawat. Semua keputusan yang terpapar adalah yang berdaftar dalam Indeks Enjin Carian. Jika blog/website anda tidak didaftarkan dalam enjin carian, maka Enjin carian tidak akan memaparkan blog anda langsung. Bagaimana Google dan Yahoo nak kenal blog anda jika anda tidak memaklumkan kepada Google/Yahoo akan kewujudan blog/website anda..Berikut adalah cara untuk daftarkan URL anda di Google dan Yahoo.

Cara untuk daftarkan blog ke dalam Indeks Carian.(Goggle)
2.Masukkan URL blog/website anda
3.Masukkan komen mengenai blog/website anda. Untuk ruangan komen, saya sarankan anda untuk meletakkan target keyword blog anda.

Cara untuk daftarkan blog ke dalam Indeks Carian( Yahoo)
2.Masukkan URL anda
3.Anda juga boleh masukkan Site Feed korang di dalam Yahoo Search Explorer.

Setelah anda mendaftarkan blog/website anda di dalam Indeks carian..anda boleh periksa sama ada blog anda tu dah didaftarkan ke belum dalam indeks carian dengan cara di bawah. Cara yang saya beri ini adalah untuk enjin carian Google. Cara ini adalah sama untuk digunakan pada semua jenis enjin carian dan directory.Search URL blog korang di ruangan Search. Sebagai contoh, saya menaip perkataan duitonlinesecret.blogspot di dalam enjin carian Google
  1. Jika sudah didaftarkan, blog/website korang pasti akan keluar dalam senarai hasil carian
  2. Bila blog andan dah tersenarai, maka anda boleh la memulakan langkah memanjat ke tempat ranking teratas bagi keyword blog anda.
Selama Mencuba..

p/s Jika blog/website anda masih lagi tak terpapar, anda tidak perlu risau kerana Enjin Carian memerlukan masa untuk update Indeks Carian mereka

Rahsia Duit Online | Tips Online Marketing | Search Engine Optimization (SEO)


Salam sejahtera buat pembaca Rahsia Duit Online..
Pada post kali ni saya ingin berbincang dengan anda tentang satu benda penting yang anda harus tahu dalam menjalankan online marketing. Iaitu melalui kaedah SEO..

Apa Itu SEO?
SEO adalah ringkasan bagi Search Engine Optimization. Sebelum kita bincang pasal SEO dengan lebih lanjut, kita harus tahu apakah itu search engine. Search Engine adalah satu laman web yang membuat carian untuk website yang berada dalam index mereka berdasarkan keyword yang dimasukkan. Sebagai contoh, jika keyword yang anda masukkan adalah keyword 'duit', maka enjin carian akan mencari website yang mempunyai perkataan 'duit+backlink berkualiti' dengan setepat mungkin. Keputusan carian akan disusunkan mengikut ranking yang betul berdasarkan SEO.Contoh laman web popular yang mempunyai search engine adalah seperti Google,Yahoo dan MSN.

SEO adalah teknik bagaimana anda mendapatkan tempat terbaik untuk website anda dalam SERP enjin carian. Kesimpulan mudah yang boleh saya katakan, semakin tinggi skill SEO anda, semakin tinggi la kedudukan website anda. Semakin tinggi website anda, semakin tinggi la trafik yang bakal anda terima(bergantung juga pada nilai permintaan keyword).

Kelebihan SEO
Apakah akibatnya jika blog atau website anda berada dalam ranking pertama dalam senarai SERP? Yer..akibat yang paling teruk adalah kebanjiran pengujung. Ini adalah kerana, secara normal, 95% pelawat akan klik pada website yang pertama dalam ranking keputusan carian. Untuk pengetahuan anda, trafik percuma dari SERP ini bukannya sedikit..jika 1000 orang membuat carian untuk keyword anda untuk sebulan, maka 950++ akan pasti melawat website anda.

Mungkin sekarang anda sudah jelas sedikit mengenai SEO ni..Ingat, untuk popularkan website anda, anda memang wajib mempelajari ilmu SEO. Saya akan sentiasa berkongsi dengan anda tentang teknik-teknik SEO yang saya tahu. Klik sini jika anda mahukan tips SEO.


Rahsia Duit Online | Tips SEO | Teknik Backlink Support SEO



Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online.
Soalan aku ni ditujukan kepada newbie. Sepanjang korang blogging ni, pernah tak korang tahu apa itu backlink? Jika korang masih tak tahu, kira korang bernasib baik sebab dapat baca post aku pasal teknik backlink ni..buat duit online

Sebelum kita belajar pasal backlink ni, aku nak tanya satu soalan kat korang, adakah penyanyi popular Siti Nurhaliza kenal korang?(yang mana kawan atau saudara Siti Nurhaliza tu, korang diharamkan menjawab soalan aku.hehe). Mesti korang akan cakap tak kenal kan..tapi korang kenal tak Siti Nurhaliza?Mesti la kenal..apakah kesanya bila ramai yang kenal Siti Nurhaliza, tapi Siti Nurhaliza tak kenal pun sesiapa dalam yang ramai2 tu?
Kesan utama dalam situasi seperti ini adalah Siti Nurhaliza akan menjadi popular, kerana korang sentiasa bercerita pasal Siti Nurhaliza, tapi Siti Nurhaliza tak pernah bercerita pasal korang..mesti korang pelik kan kenapa aku menceritakan situasi ini dalam tajuk backlink, dan mungkin korang dah beranggapan yang aku telah tersasar dari tajuk post aku ni..

Yang sebenarnya, aku tidak lari tajuk.situasi yang aku ceritakan tu mempunyai konsep yang sama dengan konsep backlink. Perkataan backlink adalah sinonim dengan imbound link. Untuk pengetahuan korang, setiap blog boleh di link kan dengan blog/website yang lain..sebagai contoh, jika korang pernah baca blog yang mempunyai iklan, dan bila korang klik pada iklan tersebut, browser akan membawa korang ke website iklan berkenaan. Jadi ini maknanya, blog yang korang baca tadi mempunyai link dengan website iklan yang korang klik tu. Link yang ini la dinamakan sebagai backlink.buat duit
Gambar di bawah menunjukkan contoh backlink
3 website B telah memberikan baclink kepada website A. Ini bermakna admin website B telah mengetahui akan kewujudan Website A tanpa admin website A mengetahui kewujudan website B. Sekiranya website A memberi link kepada salah satu website B, ia sudah dikira exchange link kerana website A telah mengenali website B. Populariti sesuatu blog dinilai berdasarkan Page Rank(PR). Dan nilai PR ini pula menunjukkan tahap populariti sesuatu blog/website. Jadi, kesimpulanya seperti dibawah:-buat duit online

Banyak backlink----> Page Rank tinggi ----> Ranking carian Google tinggi(Popular)

Robot Google amat menitikberatkan kuantiti dan kualiti backlink untuk sesuatu blog/website. Semakin banyak backlink yang diterima, Robot Google akan menganggap website itu adalah website yang popular. Jadi, dengan senang hatinya, Robot Google akan menaikkan website tersebut ke ranking hasil carian yang terbaik..selalunya yang pertama..

Semua mungkin dah tahu bagaimana caranya Robot Goggle membuat carian, tapi masih tak tahu bagaimana nak mendapatkan backlink. Adakah perlu contact setiap admin blog/website untuk mendapatkan backlink?Itu adalah salah satu caranya, tapi aku rasa takkan ada admin blog/website yang akan memberi backlink kepada korang secara percuma. Ini kerana pemberian backlink akan menjatuhkan PR blog/website mereka. Paling tidak mereka mesti mahukan exchange link antara blog. Namun korang tak perlu risau. Di bawah ni aku senaraikan cara paling simple nak dapat banyak backlink percuma dari PR yang tinggi:-buat duit

  1. Promosi URL di lama rangkaian sosial - Meletakkan Achor Teks dengan URL korang di Facebook, Tagged, Friendster dan My Space. Laman sosial biasnya mempunyai PR sekitar 7~9
  2. Submit URL ke direktori - Ini juga dikatakan backlink yang mudah disebabkan PR yang tinggi.
  3. Letak URL pada signature - Bila berforum, pastikan letak URL pada signature. Kerana Forum juga mempunyai Page Rank yang cukup tinggi.
  4. Banyakkan komen di blog yang mempunyai Page Rank yang tinggi
  5. Jual produk melalui sistem affiliate - Ini paling mudah dapat backlink kerana, backlink akan dibuat sendiri oleh para affiliate marketer untuk menghasilkan jualan. Blog affiliate marketer juga kebanyakannya adalah blog yang mempnyai PR yang cukup bagus sekitar 2~4.
  6. Menggunakan laman web artikel percuma untuk meletakkan URL blog/website - Laman web seperti Enzine Article
Backlink Berkualiti
Nak dapatkan backlink yang berkualiti sememangnya susah kerana backlink yang berkualiti datangnya dari blog/website yang mempunyai niche yang sama dengan blog korang. Namun korang masih boleh mendapatkan backlink yang berkualiti dengan cara komen di blog yang sama niche dengan korang. Tapi cara ni nampak tak profesional walaupun kesannya sangat la memberangsangkan. Aku galakkan korang untuk komen di blog yang sama niche dengan korang tapi tidak boleh kerap dilakukan. Ini adalah ditakuti admin blog tersebut perasan yang tujuan korang komen di blognya adalah untuk mendapatkan backlink semata2. Bila tujuan korang telah dihidu, dengan selambanya dia akan menukar backlink tersebut kepada exchange link dengan cara komen di blog korang pulak..takpun, dia akan delete semua komen korang yang ada kat blog dia. Cara ini memang berkesan, cuma kena pandai2 la..jangan sampai kantoi..hehe buat duit online
Kini korang dah tahukan teknik backlink. Sila aplikasikan teknik ini bagi mengambil hati Robot Google untuk letak blog/website kita pada rangking teratas. Sekian terima kasih..



Rahsia Duit Online | Tips SEO | Submit URL ke Direktori


Salam sejahtera buat pembaca semua..
Banyak cara promosi yang telah saya bincangkan dalam blog Rahsia Duit Online..mungkin ada yang berkesan dan mungkin ada yang tidak..Teori saya senang je..banyak promosi,banyak pelawat..dan banyak pelawat..banyak la income..
Kali ni saya nak terangkan lagi cara untuk promosi dalam internet..iaitu menghantar URL blog ke direktori..

Apa itu Direktori?
Definisi paling tepat bagi saya adalah 'pusat pengumpulan URL'. Semua URL kebanyakannya akan dihantar ke ruangan ini. Kenapa banyak blogger yang menghantar URL mereka ke dalam direktori?teruskan membaca..
Kebanyakan direktori mempunyai high trafik setiap hari. Direktori ini juga berfungsi seperti laman web enjin carian seperti Google. Cuma yang bezanya, direktori hanya membuat carian di dalam website mereka sahaja..sebagai contoh..website A1WebDirectory.org. Direktori ini membenarkan anda untuk submit link URL blog anda dalam kategori yang sesuai dengan tema blog anda.

Kelebihan Penggunaan Direktori
Direktori merupakan satu laman web yang sangat mesra enjin carian seperti Google, Yahoo dan MSN. Enjin carian sangat berminat dengan laman web yang mempunyai PR yang tinggi. PR yang tingggi membawa maksud tahap populariti sesuatu laman web. Pengiraan tahap populariri ini pula berdasarkan hits yang terkena pada direktori tersebut. Jadi jika link URL korang berada dalam direktori PR yang tinggi, maka enjin carian akan menggeledah direktori tersebut yang mana didalam direktori tersebut terdapat link ke blog anda.

Promosi dengan direktori dianggap kos murah dan berkesan. Kerana untuk submit link ke direktori, anda tidak akan dikenakan bayaran walau sesen pun. Kerana ianya adalah percuma. Ada juga yang berbayar. Namun pada pemerhatian saya, kesan SEO untuk penggunaan direktori yang berbayar adalah lebih kurang sama dengan yang percuma. Jadi buat apa kita nak pakai yang berbayar.
Di bawah ni saya ada senaraikan beberapa direktori dari Malaysia yang mempunyai page rank yang tinggi..