Rahsia Duit Online | Tips SEO | Anchor Text



Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online
Untuk post kali ni aku nak menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Anchor Text dan kelebihannya dalam teknik SEO.

Apa itu Anchor Text?
Anchor Text adalah teks yang mengandungi hyperlink kemana-mana website. Ini bermaksud, jika anda klik pada Anchor Text, secara automatik browser akan membawa anda ke website yang telah di link kan dengan Anchor Text tersebut. Contoh Anchor text yang selalu digunakan adalah 'Click Here', 'Buy Now' atau 'Dapatkan Sekarang'.

Perspektif Enjin Carian Terhadap Anchor Text
Enjin carian sangat suka dengan backlink yang mengandungi Anchor Text. Sebagai bukti, cuba anda search keyword 'click here' kat Google. Anda akan dapat melihat paparan hasil carian seperti di bawah.

Apa yang anda telah lakukan ialah, anda telah memasukkan keyword 'click here', tapi website yang berada pada ranking pertama SERP adalah website Adobe Reader.Jika anda explore website Adobe tersebut, saya yakin anda tidak akan menjumpai sebarang perkataan click here. Tapi mengapa website Adobe Reader menduduki ranking pertama Google? Ini lah yang dinamakan kuasa Anchor Text.Kebanyakan IM yang menjual ebook dalam format pdf akan menyertakan sekali link untuk muat turun perisian Adobe Reader dengan menggunakan Anchor Text 'Click Here'..

Setelah anda lihat keadaan ini, apakah yang akan anda fikiran? Ya, pengunnaan target keyword sebagai Anchor Text akan membuatkan Google mengangkat apa-apa saja website ke ranking yang terbaik. Ini la yang di namakan backlink yang berkualiti.

Bagaimana cara mendapatkan backlink berkualiti dengan Anchor Text

Terdapat 2 cara yang anda boleh gunakan untuk dapatkan backlink yang berkualiti iaitu secara percuma atau berbayar. Cara percuma adalah dengan menggunakan signature di forum. Join Forum Do Follow yang mempunyai Page Rank yang tinggi seperti Joomla.org. Guna keyword anda sebagai anchor teks dan link kan keyword tersebut dengan URL website anda. Jika signature anda terlalu panjang, maka anda cuma perlu hyperlink kan target keyword anda sebagai Anchor Text. Cara percuma yang kedua adalah dengan kaedah komen di blog yang mempunyai high PR. Gunakan keyword anda sebagai nama untuk meninggalkan komen. Penggunaan nama sebenar Anchor Text masih kurang kualitinya berbanding penggunaan keyword.

Cara yang berbayar adalah melalui pembelian text link. Text link boleh didapatkan dengan menghubungi admin website/blog yang mempunyai PR yang tinggi. Harga untuk untuk membeli text link biasanya ditentukan mengikut page rank semasa. Text link ini akan diletakkan di website mereka dengan dengan menggunakan keyword anda sebagai Anchor text nya.

Saya rasa sekarang ni mungkin anda sudah memahami apa yang dimaksudkan dengan Anchor Text.Jadi apa yang anda tunggu lagi? sila aplikasikan sekarang bagi mendapatkan lebih banyak backlink yang berkualiti.


0 ulasan:

Catat Ulasan