Rahsia Duit Online | Affiliate | Buat Duit Dengan Sistem Mohd Nizam


Salam sejahtera buat pembaca blog rahsia duit online. Macam mana puasa anda?Diharap semuanya baik-baik saja. Dalam tajuk Program buat duit online kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu program buat duit online yang mana anda boleh sertai dalam mencari pendapatan tambahan secara online.

Latar Belakang Program
Ini adalah sebuah program affiliate yang dimiliki oleh Mega Strategy Sdn Bhd di bawah keloalaan Mohd Nizam Bin Salimin. Program yang berusia 5 tahun ini sudah menghasilkan banyak kejayaan dalam hal ehwal pemasaran online mahupun gayapos. Antara mereka yang dah berjaya adalah Cikgu Hisyam dari Ipoh yang dah memperoleh komisyen jualan sehingga RM100K. Sehingga pada hari ini, jumlah jualan produk Formula Luar Biasa ini sudah mencecah sehingga RM1.5 juta. Komisyen jualan adalah RM100 bagi level pertama dan RM50 bagi level yang kedua. Pendaftaran affilate adalah berbayar. Iaitu memiliki produk tersebut baru layak untuk menerima komisyen dan bergelar affiliate program Mohd Nizam. Mungkin anda rasa rugi bukan kerana anda terpaksa bayar untuk daftar affilate. Tapi disini saya ingin menerangkan kepada anda adalah, apa yang Mohd Nizam syaratkan kepada affiliate mereka adalah perkara yang sangat tepat. Hal ini sebenarnya ingin membantu menaikkan keyakinan anda dalam hal mempromosi produk tersebut. Ayat mudahnya adalah "Bagaimana Kita Nak Beritahu Kebaikan Produk Kepada Orang Lain, Jika Kita Sendiri Tak Tahu Kebaikan Produk Tersebut" . Selain itu, jika anda ingin meningkatkan kadar komisyen, anda boleh upgrade kepada affiliate CD PLR. Melalui upgrade ini, anda akan diberikan kenaikkan komisyen sebanyak RM250 bagi setiap jualan Buku Formula Luar Biasa + CD PLR. Antara faedah tambahan jika anda upgrade kepada CD PLR, anda akan diberikan laman web anda sendiri beserta list nama pelanggan.

Jenis Produk
Produk yang telah dicipta oleh Saudara Mohd Nizam ini adalah sebuah buku panduan untuk memulakan perniagaan Gayapos dari rumah. Di dalam buku tersebut lengkap dengan langkah-langkah dan rahsia-rahsia yang mudah untuk difahami bagi membolehkan anda menjana pendapatan sampingan dalam pernigaan GayaPos. Menurut Saudara Nizam, segala yang terkandung dalam buku Formula Biasa adalah berdasarkan pengalaman beliau selama 10 tahun dalam perniagaan Gayapos. Rahsia dalam kejayaan Gayapos telah dibongkarkan bagi memberikan anda berpuas hati dengan produk beliau. Selain itu, Mohd Nizam juga ada menyediakan bonus tambahan produk digital yang lain yang bernilai ribuan ringgit untuk pelanggan.

Terlanjur saya menceritakan tentang program duit online Mohd Nizam ni, saya ingin menawarkan sesuatu yang hebat untuk anda jika anda memiliki produk FLB di melalui link saya. Tawaran yang pertama adalah saya akan membantu anda memberikan backlink percuma dari forum PR8 yang saya sertai. Untuk pengetahuan anda saya sangat aktif di laman forum tersebut. Tawaran kedua adalah, anda akan diberikan bantuan secara online selama anda menjadi ahli FLB Pro. Tawaran ini adalah tertakluk pada terma dan syarat. Kuota yang ditetapkan adalah 10 orang sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Klik link di bawah sekarang bagi menyertai saya menjana pendapatan sampingan.





Rahsia Duit Online | Affiliate | Cara Daftar Affiliate


Salam sejahtera pembaca blog rahsia duit online.
Baru sebentar tadi saya mempelajari tentang ilmu baru dalam bidang affiliate. Ilmu yang berharga ini telah didedahkan oleh Internet Marketer Malaysia iaitu Raja Kamil di dalam forum komuniti Usahawan Internet Wang Cyber.

Apa yang ditekankan oleh Raja Kamil adalah langkah awal apabila anda mahu menjadi affiliate seseuatu produk. Langkah awal ini ialah anda harus cari produk affiliate yang tidak memberikan ruangan daftar affiliate pada laman web produk affiliate tersebut. Raja Kamil menegaskan bahawa, mempromosikan produk yang mempunyai ruangan daftar affiliate akan menyebabkan anda affiliate marketer tersebut mengalami kerugian sedikit. Kerugian sedikit bermaksud anda mungkin tidak dapat komisyen dari hasil kerja promosi anda. Hal ini adalah lebih jelas jika anda melihat situasi di bawah.

Aziz mempunyai minat dalam memancing ikan tapi tidak mempunyai ilmu atau pengalaman dalam memancing ikan. Dia melayari internet untuk mencari ebook tentang soal-soal memancing ikan dan menjumpai link affiliate yang dimiliki oleh Hamdan. Aziz membuka laman web yang menjual tentang info memancing ikan melalui link affiliate Hamdan. Aziz meminati ebook tersebut dan ingin membelinya. Aziz mendapati laman web itu menyediakan ruangan pendaftaran affiliate. Apa yang dibuat Aziz, Aziz mendaftarkan diri sebagai affiliate produk ebook memancing di laman web tersebut dan melakukan pembelian melalui link affiliate beliau sendiri. Dengan cara ini, Aziz mendapat ebook tersebut dengan harga yang lebih murah kerana jika harga produk tersebut bernilai RM60 dan komisyen affiliate adalah RM30, maka Aziz berjaya mendapatkan ebook tersebut dengan separuh harga kerana RM30 akan diterima kembali berdasarkan pembayaran komisyen affiliate dari link beliau. Apakah yang diterima Hamdan selaku affiliate asal produk tersebut?

Setelah anda membaca situasi di atas pasti anda akan merasakan apa yang di beritahu oleh Raja Kamil itu merupakan sesuatu yang benar dan perlu diketahui oleh semua affiliate marketer. Kesimpulannya, anda dinasihatkan untuk tidak mempromosi laman web yang mempunyai ruang pendaftaran affiliate produk di laman web tersebut. Ini bagi mengelakkan anda tidak mendapat keuntungan yang maksimum melalui program affiliate yang anda sertai.

P/S Kepada Internet Marketer, anda dinasihatkan untuk tidak menyediakan ruangan daftar affiliate di dalam web jualan anda. Kasihanilah affiliate-affilate marketer yang menyertai program affiliate anda. Jika anda mahu mencari join venture, umumlah kepada mereka secara tertutup seperti di forum dan melalui mailing list anda.

Rahsia Duit Online | Term Blog Rahsia Duit Online | Istilah Hakcipta Produk Digital

Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online. Pada entri kali ini saya nak berkongsi ilmu dengan anda tentang istilah-istilah hakcipta produk digital. Jika anda pernah membeli ebook, template atau apa-apa sahaja produk digital dari internet, anda pasti akan menjumpai istilah-istilah hakcipta produk digital seperti MRR, RR dan PLR. Istilah ini adalah digunakan sebagai perlindungan kepada hakcipta pembuat produk tersebut. Mari kita bincangkan satu persatu istilah hakcipta produk digital ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat 5 jenis istilah hakcipta produk digital di internet. Iaitu RR, MRR , PLR , DR dan Personal Use Only.

RR - Resell Right
Resell right adalah produk yang mana anda mendapat kebenaran dari pencipta produk untuk menjual produk yang anda beli pada peringkat satu level sahaja tanpa melakukan sebarang jenis pengubahsuaian. Gambaran untuk hakcipta Resell Right adalah seperti di bawah:-

Pencipta Produk--------------> Anda --------------> Pembeli anda
(Menawarkan RR) (Memiliki RR) (Tidak Memiliki RR)

Jika pencipta produk menawarkan RR untuk produk beliau, dan anda sebagai pembeli memiliki kelayakan RR untuk produk tersebut dari pencipta produk. Ini bermakna, anda boleh menjual produk yang anda beli dari pencipta produk dengan harga yang anda tentukan sendiri tanpa pengubahsuaian pada produk. Namun begitu, anda tidak boleh memberikan hakcipta RR kepada pembeli anda, kerana hakcipta RR hanya untuk anda sebagai pembeli produk dari pencipta produk. Oleh itu, pembeli anda hanya boleh menggunakan produk tersebut untuk kegunaan sendiri dan tidak boleh menjual produk tersebut kepada orang lain. Secara kebiasaannya produk digital yang disertai hakcipta Resell Right adalah lebih murah sedikit berbanding produk MRR

MRR - Master Resell Right
Master Resell Right adalah hakcipta jualan semula kepada setiap pembeli produk tersebut. Sila lihat situasi di bawah:-

Pencipta Produk>--------> Anda -------------> Pembeli anda
(Menawarkan MRR) (Memiliki MRR) ( Memiliki MRR atau RR)

Berdasarkan ilustrasi di atas, ini bermakna produk MRR boleh dijual dengan oleh sesiapa sahaja yang membeli produk MRR tersebut tanpa melakukan sebarang pengubahsuaian pada produk tersebut. Anda sebagai pembeli juga layak untuk memberikan hakcipta MRR atau RR kepada pembeli anda dan mengaut kesemua keuntungan daripada hasil jualan tersebut. Dari segi harga, produk MRR adalah lebih mahal dari produk RR dan lebih murah dari produk PLR.

PLR - Private Label Right
Private Label Right bermaksud anda membeli sesuatu produk digital termasuk dengan hakcipta sepenuhnya dari pencipta produk. Anda diberi kebenaran untuk membuat apa sahaja terhadap produk tersebut sama ada mengubah isi kandungan, rupa produk dan nama pencipta produk. Di samping itu juga, anda boleh menjualnya dalam apa bentuk sekalipun tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada pencipta produk.

DR - Distribution Right
Bagi produk yang ditawarkan dengan Distribution Right, anda tidak boleh menjualnya dalam apa jua bentuk sekalipun namun adan berhak mengedarkan produk tersebut tanpa mengubah rupa asal produk tersebut. Contoh produk yang disertakan dengan hakcipta DR ini adalah produk digital jenis laporan ringkas sesuatu produk lain. Kebiasaannya, produk DR banyak dihasilkan oleh Internet Marketer bagi menigkatkan promosi jualan produk mereka.

Personal Use Only
Untuk istilah ini, anda sebagai pembeli produk hanya boleh menggunakannya secara persendiran dan tidak boleh mensebarkanya secara percuma kepada rakan-rakan anda

5 istilah yang baru kita bincangkan tadi merupakan istilah hakcipta yang yang biasa digunakan oleh Internet Marketer seluruh dunia. Jika anda didapati menyalahgunakan hakcipta yang diberkan kepada anda, anda boleh di dakwa kerana melanggar Akta Hakcipta 1987 dan boleh dikenakan saman oleh pencipta produk.

Sekian dahulu pembelajaran kita pada post kali ini. Saya harap anda dapat menerima sedikit sebanyak ilmu tentang istilah hakcipta produk digital. Terima kasih kerana sudi membaca post ini dan jumpa lagi di lain tulisan..chow..



Pakej Lengkap PLR



Rahsia Duit Online | Tips Online Marketing | Kuasa Forum


Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online.
Pada post kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda tentang satu tips promosi yang amat berkesan sekali dalam mempromosikan sebarang program duit online yang kita sertai. Cara promosi ini adalah sangat digemari oleh ramai Internet Marketer di seluruh dunia. Cara promosi yang saya maksudkan disini ialah cara promosi dengan berforum.

Apa Itu Forum?
Forum adalah pusat komuniti yang mana membincangkan apa-apa jua jenis topik yang berkaitan dalam dunia ini. Forum juga membantu kita memperolehi maklumat dan pelbagai ilmu dari ahli-ahli yang menyertai forum tersebut. Secara kebiasaanya, sesuatu forum itu mempunyai bilangan ahli yang ramai yang mana mahu berkongsi ilmu dan pendapat mengenai sesuatu isu. Internet Marketer menggunakan platform forum untuk mempopularkan diri mereka dan membina kredibiliti.

Tips Berforum
Pilih Forum Yang Sesuai - Jika anda hendak mempromosi kan melalui forum dengan lebih berkesan, anda harus pilih forum yang berkaitan dengan produk anda. Jangan join forum ibu mengandung jika anda menjual produk spare-part kereta.

Sentiasa aktif dalam forum - Dalam usaha untuk mempromosikan produk atau program duit online anda, anda haruslah aktif dalam sesuatu ruangan forum. Ini adalah kerana, forumer yang aktif akan lebih dikenali berbanding mereka yang tidak aktif. Maksud aktif disini adalah, anda rajin membalas sebarang pertanyaan dari forumer yang lain di samping membuka thread-thread baru. Bila anda sudah dikenali, anda akan peroleh kepercayaan dari ahli-ahli forum yang lain. Bila anda sudah berjaya membina kepercayaan dalam diri mereka, anda akan mudah untuk menjalankan urusan dengan mereka sama ada urusan perniagaan atau urusan-urusan lain.

Jangan sakiti hati ahli yang lain - Memang dah jadi lumrah yang mana mungkin anda tidak bersetuju dengan pendapat ahli yang lain, tapi anda tidak seharusnya mengatakan pendapat ahli-ahli yang lain itu adalah salah. Seeloknya anda bertanya mengapa mereka memberi pendapat sedemikian. Dan sentiasa berkongsi pendapat tanpa menyakitkan hati ahli- ahli yang lain. Anda harus ingat satu perkara, jika anda menjalankan perniagaan, kesemua orang di sekeliling anda adalah pelanggan anda. Jika anda pernah menyakiti hati pelanggan anda, bermakna anda akan kehilangan pelanggan anda. Oleh itu kita harus berjaga dengan perkataan kita ketika berforum.

Jangan SPAM di forum - SPAM di forum adalah melakukan post dengan banyak dalam satu masa. Tujuan orang yang melakukan SPAM adalah untuk mendapatkan backlink percuma dari forum tersebut. Jika aktiviti ini dapat dikesan, dengan selamba admin forum padam akaun forum anda. Ingat jangan SPAMMING.

Buat post yang terbaik - Untuk melakukan sebarang post, anda digalakkan untuk mengetahui serba sedikit tentang latar belakang sesuatu thread. Selain itu, anda juga digalakkan supaya membaca kesemua post-post dari ahli terdahulu. Ini bagi mengelakkan anda membuat post yang tidak berguna atau post yang sudah diberitahu dan dibincangkan oleh ahli-ahli yang lain. Post yang terbaik adalah post yang mempunyai ayat yang tersusun dan tidak terlalu panjang, tapi penuh dengan isi yang padat dan update. Cara ini mampu menarik trafik yang mudah ke laman web anda kerana mereka mahukan ilmu dari post-post di blog anda.

Kelebihan Berforum
Meramaikan kenalan - Bila anda menyertai sebarang forum dan sentiasa membalas pertanyaan dari ahli yang lain, anda akan lebih dikenali dan dipercayai oleh ahli tersebut. Secara tak langsung anda dapat membina kredibliti anda.

Menerima backlink percuma - Setiap forum ada menyediakan ruangan untuk ahli meletakkan signature. Di ruangan signature anda boleh meletakkan link anda secara percuma. Jika anda aktif dalam forum, semakin banyak la backlink yang bakal anda terima.(hanya untuk do follow forum)

Mudah untuk mendapat Joint Venture(JV) - Selain forum digunakan sebagai platform pemasaran, anda juga boleh mendapatkan JV dengan mudah. Dengan rekod yang bersih ketika berforum dan kredibiliti yang tinggi, mereka pasti tidak akan ragu-ragu untuk menyertai program affiliate anda.

Sekian saja cerita pasal forum yang boleh saya konsikan dengan anda. Jika saya dapat tahu tentang tips berforum yang lain, saya akan post kan di blog ini.



Rahsia Duit Online | Term Blog Rahsia Duit Online | Text Link

Text Link merupakan salah kaedah untuk kita mendapatkan inbound link atau backlink dengan cara membelinya dari website atau blog yang mempunyai PR yang tinggi. Text Link akan dipasangkan ke dalam website atau blog tersebut dengan cara meletakkan keyword target sebagai anchor text. Anda juga boleh membeli text link dari syarikat 3rd party seperti TextLinkAds.com, Textlinkbroker.com dan banyak lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan text link. Gambar di bawah merupakan salah satu contoh text link.




Rahsia Duit Online | Perniagaan Internet | Buat List Cara Alternatif


Salam sejahtera buat semua pembaca Blog Rahsia Duit Online

Untuk post kali ini saya nak berkongsi sedikit idea yang mana untuk buat list dengan cara mudah. Bagaimana anda hendak buat list yang banyak selain membawa trafik ke website dengan menggunakan borang opt-in list. Cara alternatif ini saya telah terfikir sendiri ketika saya sedang memandu hendak membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan Taman Sri Duyong, Melaka.
Mungkin cara ini telah pun diketahui oleh orang lain, tapi tak mengapa. Ianya sebagai lesson learn saya dan kepada anda yang ingin belajar.

Cara Alternatif #1 Laman Rangkaian Sosial
Cipta satu profile tentang niche website anda dan add kawan-kawan seramai mungkin. Nama profile anda mestilah sama dengan niche website anda. Jika website anda tentang 'kereta', maka nama profile yang sesuai untuk anda gunakan adalah Jom Kereta. Sesiapa yang approve friends request anda, ini bermakna mereka adalah prospek anda dan bakal memberikan anda duit jika anda menjual sesuatu produk. Sekarang ni banyak aktiviti add friends dengan sesuka hati. Anda pun perlu lakukan perkara yang sama. Jika mereka menerima friends request anda, ini bermakna mereka berminat dalam hal yang berkaitan niche anda. Jika anda ingin melakukannya dengan cara pemasaran email, anda boleh boleh gunakan platform Facebook. Ini kerana, Facebook akan memaparkan email ahli-ahlinya di bahagian info. Jadi anda senaraikan mereka dalam list anda.

Cara Alternatif #2 Website Reseller
Sekarang ni berlambak sangat website reseller kat internet ni. Namun begitu, website reseller ini kebanyakannya untuk niche duit dan sewaktu dengannya. Jika niche website anda berkaitan kad kahwin, anda dinasihatkan untuk tidak menyertai program reseller ini. Antara program reseller yang popular seperti RM20segera.com, TunaiSegera.com, TurboRM.com dan macam-macam lagi. Caranya adalah, anda cari reseller yang termurah dan anda join reseller tersebut. Promosi dengan cara beretika. Cara promosi boleh dapatkan disini. Kebiasaanya website program reseller yang termurah akan memudahkan kita menerima banyak prospek. Selepas promosi dilakukan, anda akan menerima list nama yang mendaftarkan diri mereka sebagai downline anda(bergantung pada promosi yang anda lakukan). Jadi, senarai ini adalah senarai nama pencari peluang buat duit dan yang sewaktu dengannya.

Sekian dulu #2 cara alternatif yang saya terfikir dan sedang dalam usaha untuk menjalankannya untuk mengetahui kesannya. Keputusan eksperiman akan saya beritahu kelak.





Rahsia Duit Online | Reseller | Infinty Downline



Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..

Login Facebook Dapat RM100 sedang melanda laman sosial Facebook di Malaysia. Mungkin anda pernah melihat iklan-iklan program duit online ini di wall Facebook anda. Dan mungkin anda tertanya-tanya bagaimana dengan hanya Login Facebook boleh dapat RM100. Situasi itu turut terjadi kepada saya. Pening juga saya memikirkan apakah cara yang dilakukan oleh mereka yang mempromosikan program Login Facebook Dapat RM100 ni.

Saya pernah bertanya kepada salah seorang affiliate program ini yang hanya ingin dikenali sebagai 'M'. Saya telah menghubungi M dengan hanya menggunakan kemudahan chatting yang disediakan oleh Facebook. Bila saya mengemukakan soalan tentang program 'pelik' ini, beliau terus menyuruh saya memasukkan duit sebanyak RM100 kedalam akaun Maybank beliau sebagai bayaran untuk saya mengetahui Teknik Rahsia untuk dapatkan RM100 dengan FB. Bila saya dapat tahu nilai bayaran yang diminta itu adalah RM100, saya telah dapat gambaran awal tentang program duit online ni. Saya telah mula mengesayaki yang program Login Facebook Dapat RM100 ini merupakan salah satu program duit online yang berkonsepkan reseller. Sila baca di sini jika anda tidak tahu apa itu program duit online reseller.

Kebanyakan program reseller hanya membuat bayaran untuk satu level sahaja dan tiada ikatan networking antara Upline dan Downline. Hal ini berbeza sekali dengan Program Login Facebook Dapat RM100 kerana program ini merupakan program duit online yang yang berasaskan sistem reverse 2 up. Reverse 2 Up bermaksud, sekiranya anda dapat memperkenalkan program ini kepad 4 orang, 2 daripada prospek anda akan diambil oleh penaja. Ini bermaksud, RM100x2 akan diberikan kepada penaja anda manakala RM100x2 lagi akan menjadi hak milik anda.

Atas dasar keraguan terhadap program tersebut, saya telah melakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang laman web yang telah menyediakan sistem reverse 2 up ni. Dengan hanya menggunakan carian di Google, saya telah mendapati yang laman web Infinity Downline adalah punca utama program Login Facebook Dapat RM100 tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Program ini hanya bertopengkan sebuah program misteri yang kononnya Login Facebook boleh dapat RM100. Ini cuma ayat penipu untuk menarik perhatian orang ramai.

Apa Itu Infintity Downline
Sebuah website reseller yang dihasilkan oleh seorang pakai komputer yang bernama Jon Mroz dari USA. Dengan hanya berbekalkan produk ebook dan video percuma tentang dunia pemasaran online, Jon Mroz telah mencipta sistem reverse 2 up ini sebagai daya penarik untuk para affiliate menyertainya dalam menjana duit secara online. Secara asasnya, segala perjalanan dari pendaftaran sehinggalah pembayaran adalah saling tidak tumpah seperti program reseller yang ada di Malaysia ini seperti RM20segera, Dana50 dan macam-macam lagi. Jika anda tidak tahu apakah maksud reseller, sila klik di sini

Cara Promosi Infinity Downline di Facebook
Cara promosi yang dijalankan oleh ahli-ahli Infiniti Downline (terutamanya Malaysia) ini adalah dengan cara melakukan tag pada gambar iklan Login Facebook Dapat RM100. Apabila ada ahli-ahli rakan Facebook yang melihat iklan itu, mereka akan terus bertanya kepada pemilik gambar itu tentang bagaimana cara untuk mendapatkan RM100 dengan hanya login Facebook di ruangan komen yang disediakan. Pertanyaan itu akan dijawab dengan cara " Saya dah hantar info kat Inbox" oleh mana ahli Infinity Downline ini. Dengan cara ini, program ini akan dilihat seperti misteri dan menjadi lumrah manusia untuk mengetahi sesuatu yang misteri. Kebanyakan dari mereka akan berhubung dengan prospek melalui peti mesej Facebook. Dari situlah mereka akan menyuruh prospek membuat RM100 untuk mendapatkan rahsia tersebut. Selagi prospek tidak membuat sebarang bayaran kepada penaja-penaja affiliate Infinity Downline ni, selagi itulah mereka tidak akan memberitahu Rahsia Login Facebook Dapat RM100.(sebenarnya takde rahsia pun..poyo je lebih)

Segala maklumat mengenai Infinity Downline tidak akan diberikan percuma. Oleh kerana kekuatan perkataan "RAHSIA" itulah yang membuatkan ramai antara kita ingin tahu akan cara program itu berjalan. Saya telah memiliki ebook Teknik Rahsia tersebut dengan cara membuat pembayaran untuk menjadi ahli Infinity Downline. Setelah saya membaca ebook tersebut, saya melihat yang teknik tersebut adalah teknik spamming. Tag gambar sesuka hati dan hubungi pada yang berminat(macam ahli Infinty Downline tersebut).

Infinity Downline Malaysia Hebat
Bayaran maksimum yang sepatutnya dikenakan oleh Jon Mroz kepada ahli baru Infinity Downline adalah berjumlah USD25. Oleh kerana yuran pendaftaran adalah dalam nilai matawang USD, disamping perubahan matawang USD terhadap Ringgit Malaysia yang tidak tetap, komuniti Infinity Downline di Malaysia telah menetapkan harga penyertaan adalah sebanyak RM100. Wah. Dah la pakai sistem orang, suka-suka hati pula nak letak harga RM100. Kenapa tak letak RM200 ataupun RM300. Bukannya tak boleh pun. Melalui konsep Reseller, kesemua prospek akan membayar wang pendaftaran secara terus ke dalam akaun Penaja tanpa melalui Admin. Nilai RM200 atau RM2000 pun boleh digunakan untuk jadi ahli. So lagi untung. Bila ditanya kenapa meletakkan harga RM100, jawapannya mudah..Senang..orang pun tak susah nak join dan keluarkan duit. Kalau begitu, baik letakkan harga pendaftaran sebanyak RM50, lagi murah..jawapan yang diterima pula, eh rugi la..bila nak kaya..hampeh betul saya cakap..hoho..



Setakat ini sahaja yang saya tahu tentang program Login Facebook Dapat RM100. Jika ada update terbaru saya akan postkan pada entri akan datang. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca post kali ni..

Arioss..

Rahsia Duit Online | Affiliate | Duit Online Ebay


Salam sejahtera kepada pembaca blog Rahsia Duit Online,

Terdapat beribu-ribu orang di Malaysia telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan hasil berurus niaga di eBay.

Ada yang menjual tudung, pakaian, wang kertas lama, setem, buku terpakai, cermin mata, minyak wangi, ubat kesihatan, alatan sukan, video dan CD, produk makanan kering dan sebagainya.

Tahukah anda,

Laman web eBay adalah satu platform terbaik untuk anda mengembangkan perniagaan anda atau menghasilkan pendapatan melalui jualan yang dihasilkan.

di eBay, pintu perniagaan tanpa sempadan. Anda boleh
menerima transaksi dari pelanggan seperti negara Brunei, Indonesia, Thailand, Australia, Jepun, Canada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Brazil, Itali, Greece, Iceland, Russia dan sebagainya

Inilah kehebatan kuasa jual beli di eBay.

Apa pun, untuk berniaga di eBay ia bukanlah satu perkara yang terlalu mudah kerana ia melibatkan beberapa perkara teknikal seperti membuat iklan produk, menerima transaksi dan hubungan pelanggan.

Semua ini tidak akan ketahui melainkan anda mempelajarinya samada melalui pembacaan atau menyertai mana-mana seminar eBay.

Apa pun, kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana hari ini terdapat sebuah ebook panduan asas bagaimana anda boleh memulakan bisnes pertama anda di eBay dengan cara membaca info-info bermaklumat yang terkandung di dalam ebook kuasalelong tulisan daripada saudara Noorizam Shah

Untuk pengetahuan anda, saudara Noorizam Shah merupakan seorang usahawan eBay yang terkenal di Malaysia dan beliau sendiri telah menerima tauliah sebagai "eBay Education Specialist Trained by eBay" pada tahun 2008, beliau diberi kelayakan untuk membimbing rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari bisnes di eBay melalui proses jual dan beli.

Boleh dikatakan, ramai usahawan internet di Malaysia mengenali beliau dan hari ini telah beratus orang merupakan bekas peserta seminar beliau, berjaya menghasilkan pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time hanya menjual produk di eBay.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ebook ini, anda boleh layari web:


Dapatkan segera panduan hebat ini, dan pastikan anda tidak melengah-lengahkan waktu kerana sebelum ini, ebook ini telah dinaikkan harga.

Jangan tunggu sehingga ebook ini dinaikkan harga lagi dan anda terlepas peluang untuk mendapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dari beliau.

Sekali lagi,

Untuk dapatkan ebook panduan ini, sila klik pada link ini:



Rahsia Duit Online | Affiliate | Jadilah Affiliate Yang Bijak


Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..
Mungkin pada Newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan affiliate marketer merasakan mereka boleh dapat duit yang mudah dengan hanya menjadi ejen jualan mana-mana produk. Kepada newbie, saya nak berkongsi serba sedikit pengalaman saya sendiri menjadi affiliate marketer.

Pada awal pembabitan saya dalam menjadi affiliate marketer saya menjadi excited kerana saya merasakan memang mudah jadi affiliate ni. Tak perlu ada produk, tak perlu nak belajar buat website, cuma iklankan saja. Oleh kerana saya ni jenis yang agak malas, saya telah memilih untuk menggunakan iklan Google Adwords sebagai medium pengikalanan saya. Just set up dan tinggal saja. Selepas sebulan dari pada itu, saya telah mengira keuntungan yang saya dapat melalui affiliate ni.

Komisyen Affiliate - Kos Google Adwords = Keuntungan
RM450 - RM1200 = -RM750

Hmm..-RM750 je yang saya dapat.. ni bukan keuntungan.. tapi kerugian yang saya dapat..Hoho..padan muka saya..dah la tiada ilmu. Gatal pula nak pakai Google Adwords. Menggunakan sistem pengiklanan Google Adwords sememangnya memerlukan kos yang agak tinggi. Lebih-lebih lagi kalau keywords yang kita guna untuk adwords tersebut mempunyai persaingan yang tinggi dari advertiser yang lain.

Berikutan dari kerugian yang saya alami, saya telah membuat sedikit kajian kenapa saya gagal untuk membuat affiliate dengan menggunakan Google Adwords. Akhirnya kesimpulan yang saya dapat adalah seperti berikut:-

Google Adwords tidak sesuai digunakan oleh affiliate marketer. Saya hanya dibayar komisyen yang sedikit. Kos membawa trafik ke web jualan dengan menggunakan link affiliate saya memang akan merugikan saya jika komisyen yang saya terima untuk satu jualan hanya RM50 kebawah. Ini berbeza jika saya mempromosikan produk yang mempunyai nilai komisyen RM100 dan ke atas. Nilai ini saya kirakan adalah amat berbaloi dengan kos Adwords yang perlu saya tanggung. Formula yang saya dapat adalah seperti di bawah:-

Kos Adwords untuk 1000 klik = RM800++(bergantung kepada competition advertiser)
Secara teorinya, 1% dari jumlah klik akan menghasilkan jualan.
(bergantung kepada web jualan)

1% = 10 orang x komisyen RM50 = RM500
1% = 10 orang x komisyen RM100 = RM1000

1% adalah nilai yang maksimum. Dan jarang-jarang untuk korang capai
kalau menggunakan Adwords. Alang-alang nak pakai Adwords,
lebih baik cari produk yang memberi nilai komisyen yang tinggi.

Sebenarnya pengiklanan menerusi Google Adwords adalah cara pengiklanan untuk para Internet Marketer. Apakah kerugian yang saya bakal terima jika mengiklankan untuk Google Adwords.? Saya hanya dibayar komisyen untuk saya melariskan jualan dan membina list yang percuma untuk pemilik produk tersebut. Menggunakan Google Adwords memang mampu untuk meningkatkat bilangan klik yang banyak, namun mungkin ada pengunjung yang melakukan klik tersebut tidak berminat dengan tawaran yang diberikan oleh beliau dan hanya mendaftarkan email untuk menjadi list sahaja. Disitu lah kerugian besar yang saya alami. Saya rugi kos pengiklanan dan saya rugi list. Jika selepas ini saya nak mengiklankan untuk produk yang lain, saya terpaksa membina list kembali. Aduh..Rugi2..

Tidak melakukan keyword research. Ini la kesilapan yang saya buat. Keyword research adalah perkara yang sangat penting dalam hal beriklan dengan Adwords. Jika iklan anda mengenai perniagaan kain langsir, adakah keyword yang anda patut letak adalah "kereta"?Jika anda menggunakan keyword kereta ini bermakna yang iklan anda akan dipaparkan di dalam blog-blog yang berkaitan dengan kereta melalui program Google Adsense. Adakah relevan iklan mengenai kain langsir berada di dalam blog tersebut. Pembaca setia blog kereta kereta tersebut yang membaca iklan anda akan dengan sengaja melakukan klik terhadap iklan tersebut. Dan secara tak langsung anda akan di kenakan bayaran untuk membawa pengunjung yang tiada potensi ke web jualan anda.

Disebabkan dari kerugian di atas, saya telah mempelajari sesuatu ilmu yang baru mengenai affiliate marketing. Affiliate yang bijak akan menggunakan kos yang minimum untuk pengiklanan dan mendapatkan komisyen yang maksimum untuk jualan. Jadi di sini saya ingin berkongsi bagaimana cara untuk menjadi Affiliate Marketer yang bijak.

Mengenal pasti margin keuntungan. Macam yang saya terangkan sebelum ni, kalau nak mempromosikan sesuatu produk, profit margin perlu diambil kira. Jika kos yang perlu dikeluarkan adalah sebanyak RM1, paling kurang korang kena hasilkan jualan sebanyak RM2 dan menerima keuntungan sebanyak RM1. Apabila profit margin bawah 50%, kita mungkin masih lagi mendapat keuntungan, tapi masa yang terbuang adalah tidak ternilai harganya.

Blogging. Mungkin ada yang tak sedar blogging merupakan cara yang paling bagus untuk meminimumkan kos pengiklanan. Ini adalah kerana, jika anda dah lama melibatkan diri dalam dunia blogging, anda pasti akan memiliki pembaca setia untuk blog anda. Di samping itu juga anda akan lebih mudah melariskan jualan kerana dari kalangan pembaca setia blog anda. Teori yang mudah. Pembeli akan mudah untuk membeli dari penjual yang dikenali.

Membina list sendiri. Bagaimana cara membina list sendiri? Cara yang paling murah adalah menggunakan subscriber form yang disediakan oleh Feed Burner. Dengan cara itu, anda boleh membina list dengan cara mudah. Kalau nak yang berbayar, anda boleh menggunakan Sistem Autoresponder berbayar seperti Get Response, Aweber dan Norabots. Disamping itu juga, dengan membina list, anda akan lebih mudah untuk menghasilkan jualan bagi produk2 baru.

Jika beriklan dengan Google Adwords, pastikan anda mengambil kira profit margin dan melakukan keyword research bagi meminimumkan kos pengiklanan anda. Tips Adword ini akan saya berikan pada post yang akan datang.

Sekian dulu post saya untuk kali ini. Saya berharap post yang tak seberapa ni dapat membantu anda mengelakkan diri dari mengalami kerugian yang saya alami. Akhir kata dari saya. Tingkatkat Ilmu Tingkatkan Nilai Diri..

Arios..

Rahsia Duit Online | Isu Duit Online | Boleh Percaya Ke Beli Kat Internet Ni??


Salah sejahtera..
Diam tak diam dah semakin ramai Internet Marketer yang dilahirkan kat Malaysia ni. Diharap ianya akan bertambah dari semasa ke semasa. Penambahan ini juga haruslah selari dengan pertambahan mentaliti masyarakat Malaysia dengan teknologi Internet.

Jika dilihat dari nyata, memang ramai Internet Marketer di Malaysia yang berjaya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit untuk setiap produk yang mereka hasilkan. Mungkin pada pandangan kita semua yang nilai ini adalah sesuatu yang besar. Tapi tahukan anda semua yang nilai ini terlalu kecil berbanding Internet Marketer dari luar negara. Mereka rata-rata menjadi jutawan bila saja bergelar Internet Marketer walaupun mereka baru saja menghasilkan 1 produk. Kenapa perkara ini tak terjadi di Malaysia?

Antara sebab utama adalah mentaliti masyarakat Malaysia sendiri iaitu "Tidak Percaya Membeli Melalui Internet". Kenapa mentaliti ini terjadi.??Saya bukan memandang kearah orang yang tidak pernah melayari internet. Tapi saya lebih memandang kepada mereka yang selalu melayari internet. Cukup aktif di Facebook dan setiasa online setiap masa. Kebanyakan mereka yang tak percaya ini adalah datangnya dari mereka yang saya boleh katakan sebagai netters tegar. Apa yang menyebabkan mereka ini tidak percaya?mereka mempunyai fahaman yang pembelian melalui internet ini lebih menjerumus kepada penipuan.

Ada yang bertanya saya, "Boleh percaya ke beli kat Internet?","Nanti kalau dia tipu macam mana?, duit dah bayar, tapi barang tak hantar".Aduhai..apa lah mereka ni..Jika anda yang baca blog saya ni ada pemikiran macam tu..Meh sini saya nak terangkan..

Internet adalah hubungan manusia secara maya. Kita berhubung tanpa bersemuka. Kita berurusan hanya menggunakan jari dan mata. Saya yakin mungkin ada antara anda yang pernah tertipu dengan pembelian kat Internet ni. Sebab itu lah anda terus melabelkan yang pembelian melaui internet ini adalah salah satu penipuan. Tetapi, dalam kes ini siapakah yang patut dipersalahkan?adakah si penipu atau si ditipu(eh betul ke ayat aku ni..hee). Pada pendapat saya, si ditipu la yang bersalah dalam hal ni. Kerana apa?..Ini semua kerana ilmu. Si penipu mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari si ditipu. Sebab itulah si ditipu akan kena tipu dengan si penipu..Haha..padan muka si ditipu..siapa suruh malas belajar??kan dah kena tipu..hoho..
Kepada si ditipu, sebenarnya anda kena belajar bagaimana nak beli barang atau produk melalui internet ni sebelum gatal membeli melalui Internet..Nah..kat bawah ni saya bagi tips kat anda bagaimana nak beli produk melalui internet tanpa ditipu..Jika!! anda melihat mana-mana web jualan yang menawarkan produk yang anda cari..

Perkara pertama yang anda harus lihat adalah identiti penjual. Saya nak tanya satu soalan kepada anda, adakah anda akan berurusan jual beli dengan orang yang anda ragu-ragu identitinya..Pasti tidak bukan..sebab itulah identiti sangat penting untuk mengelakkan kita ditipu dari penyangak kat internet ni. Tapi, bagaimana nak tahu identiti mereka? Sangat mudah..iaitu melalui gambar penjual. Seorang penipu adalah bodoh jika meletakkan gambar mereka dengan tujuan untuk menipu orang. Jadi, jika anda lihat web jualan sesuatu produk tidak mempamerkan gambar penjual, ini bermakna anda sudah boleh mula berhati-hati. Namun begitu, ada juga Internet Marketer yang tak mahu dikenali wajah mereka (low profile konon). Mereka hanya meletakkan nama mereka atau nama pena mereka sahaja di dalam web jualan. Jika perkara ini terjadi, anda kenalah kaji selidik terlebih dahulu identiti sebenar mereka secara manual. Iaitu dengan menggunakan bantuan enjin carian. Anda boleh search kat Google nama pemilik web jualan tersebut. Dari situ jugalah anda boleh tahu siapa mereka sebenarnya. Dengan membaca result yang disenaraikan oleh pakcik Google, pasti anda akan berjumpa dengan result "Si Polan Penipu" atau "Si Polan kebas duit orang" atau pun "Bagus produk si polan ni" daripada mana2 forum atau blog-blog.. Jika result banyak memaparkan perkara yang negatif tentang internet marketer tersebut, ini bermakna Internet Marketer itu adalah seorang penipu dan seorang yang bermasalah. Secara logiknya, jika perniagaan internet mereka dilakukan dengan jujur, pasti tidak akan ada result yang berbaur negatif bukan.

Perkara kedua adalah, profesionalisme. Apa yang boleh dikaitkan profesional dalam membeli produk melalui internet ni? Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikaitkan. Tapi pada entri kali ni saya akan lebih tertumpu kepada ciri-ciri profesional sesebuah web jualan(sebab ramai yang mula ditipu melalui web jualan). Ciri-ciri web jualan yang profesional adalah mereka menggunakan domain sendiri untuk web jualan mereka. Jika anda perhatikan yang mereka hanya menggunakan platform Blogger, Worpress, Webs atau mana - mana blog yang percuma yang lain ini bermakna anda sedang dipancing oleh penipu. Seorang Internet Marketer yang jujur pasti mampu untuk menanggung kos domain dan hosting sendiri(yang hanya beberapa sen sahaja) dan tidak memerlukan platform percuma untuk meletakkan produk mereka. Profesionalisme juga boleh merujuk kepada aktiviti si penipu di internet. Sorang Internet Marketer yang jujur sudah semestinya akan aktif dalam dunia online. Maksud aktif disini adalah aktif di forum-forum dan laman-laman sosial. Ini berlainan sungguh dengan sikap si penipu yang sedaya upaya melindungi identiti diri mereka dari diketahui masyarakat Online.

Perkara yang ketiga adalah testimoni. Ramai antara kita akan mula percaya pada sesuatu web jualan berdasarkan testimoni. Anda kena ingat, testimoni adalah suatu senjata web jualan yang berupaya mempengaruhi emosi manusia. Orang akan lebih mudah membeli jika terdapat banyak testimoni. Tetapi, jika testimoni yang anda jumpa tu adalah testimoni yang anda rasa anda boleh buat sendiri, jadi anda seharusnya tidak boleh percaya dengan web jualan tersebut. Testimoni yang jujur adalah testimoni yang disertakan dengan cara yang mana anda boleh menghubungi pemberi testimoni tersebut. Ini termasuklah no hp, email, atau blog pemberi testimoni tersebut.

Berdasarkan apa yang saya susunkan ini, saya harap ia dapat membantu anda sedikit sebanyak panduan sebelum membeli produk di Internet. Semalam ada lagi sahabat saya yang bertanya tentang produk Jamal Pakar Ebook. Dia kata " Mungkin dia akan menipu walaupun dia dah terkenal. Kita tak tahu hati budi dia". Saya cuma tersenyum. Mungkin dia tak tahu apakah akibatnya jika seseorang Internet Marketer cuba menipu pelanggannya. Lantas saya terangkan kat dia kesan buruk yang bakal diterima kepada Internet Marketer yang menipu ni:-

Kesan yang pertama adalah dia akan kehilangan pelanggan. Mungkin anda rasa yang kehilangan seorang pelanggan tidak akan mendatangkan kesan langsung pada mereka. Untuk pengetahuan anda, kesemua Internet Marketer kebanyakannya berjaya melakukan jualan produk melalui pelanggan yang sama. Jika hari ini anda menjadi pelanggan mereka, mungkin beberapa bulan lagi anda akan menjadi lagi pelanggan mereka sekali lagi. Jadi, jika mereka kehilangan anda sebagai pelanggan, ini bermakna, sampai mati pun anda takkan lagi jadi pelanggan mereka. Hal ini sama seperti kehilangan list. Kalau anda nak tahu, rahsia utama Internet Marketer berjaya adalah disebabkan list mereka. Jika mereka kehilangan list, bermakna mereka akan mengalami banyak kerugian. Ini adalah kerana, kerja membina list memerlukan kos yang tinggi dan masa yang sangat lama. Cabaran utama seseorang Internet Marketer pada peringkat awal menjalankan perniagaan internet adalah membina list.

Kesan yang kedua adalah dari segi kredibiliti. Apa itu kredibiliti, sila klik sini. Bila kredibiliti seseorang Internet Marketer itu jatuh, ini bermakna perniagaan internet yang diusahakan juga bakal jatuh. Ini adalah disebabkan tiada lagi orang yang bakal percaya dengan web jualan dia. Anda kena ingat, dunia online ini adalah dunia maya. Kredibiliti sangat penting dalam dunia maya.

Kesan ketiga adalah kesan kehilangan para affiliate mereka. Untuk info anda, antara kejayaan Internet Marketer mendapatkan jualan puluhan ribu ringgit adalah melalui kaedah affiliate. Jika tak tahu apa itu affiliate klik sini. Secara kebiasaannya, hampir 70%~80% jualan banyak dilakukan melalui program Affiliate. Jika ramai pelanggan dari senarai list yang mengadu tentang keburukan produk, ini bermakna, para affiliate pasti akan mengahadapi kesusahan untuk mempromosi produk tersebut. Ye la bagaimana nak melakukan jualan jika ramai yang complaint.

Ketiga-tiga ini adalah perkara yang amat ditakuti oleh semua Internet Marketer tak kira di Malaysia ataupun di luar negara. Jadi anda tak perlu risau..Ketakutan mereka berada dalam tangan anda. So, anda sebagai pembeli lebih berkuasa.haha

Sebelum saya menutup entri ni, saya nak berpesan kepada mereka khususnya yang pernah ditipu dengan macam2 web jualan tu. Sila berhati-hati dalam membeli produk di Internet, dan juga jangan berhenti membeli dari Internet supaya anda tidak dikatakan K****T..hehe..Chow.