Rahsia Duit Online | Term Blog Rahsia Duit Online | Istilah Hakcipta Produk Digital

Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online. Pada entri kali ini saya nak berkongsi ilmu dengan anda tentang istilah-istilah hakcipta produk digital. Jika anda pernah membeli ebook, template atau apa-apa sahaja produk digital dari internet, anda pasti akan menjumpai istilah-istilah hakcipta produk digital seperti MRR, RR dan PLR. Istilah ini adalah digunakan sebagai perlindungan kepada hakcipta pembuat produk tersebut. Mari kita bincangkan satu persatu istilah hakcipta produk digital ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat 5 jenis istilah hakcipta produk digital di internet. Iaitu RR, MRR , PLR , DR dan Personal Use Only.

RR - Resell Right
Resell right adalah produk yang mana anda mendapat kebenaran dari pencipta produk untuk menjual produk yang anda beli pada peringkat satu level sahaja tanpa melakukan sebarang jenis pengubahsuaian. Gambaran untuk hakcipta Resell Right adalah seperti di bawah:-

Pencipta Produk--------------> Anda --------------> Pembeli anda
(Menawarkan RR) (Memiliki RR) (Tidak Memiliki RR)

Jika pencipta produk menawarkan RR untuk produk beliau, dan anda sebagai pembeli memiliki kelayakan RR untuk produk tersebut dari pencipta produk. Ini bermakna, anda boleh menjual produk yang anda beli dari pencipta produk dengan harga yang anda tentukan sendiri tanpa pengubahsuaian pada produk. Namun begitu, anda tidak boleh memberikan hakcipta RR kepada pembeli anda, kerana hakcipta RR hanya untuk anda sebagai pembeli produk dari pencipta produk. Oleh itu, pembeli anda hanya boleh menggunakan produk tersebut untuk kegunaan sendiri dan tidak boleh menjual produk tersebut kepada orang lain. Secara kebiasaannya produk digital yang disertai hakcipta Resell Right adalah lebih murah sedikit berbanding produk MRR

MRR - Master Resell Right
Master Resell Right adalah hakcipta jualan semula kepada setiap pembeli produk tersebut. Sila lihat situasi di bawah:-

Pencipta Produk>--------> Anda -------------> Pembeli anda
(Menawarkan MRR) (Memiliki MRR) ( Memiliki MRR atau RR)

Berdasarkan ilustrasi di atas, ini bermakna produk MRR boleh dijual dengan oleh sesiapa sahaja yang membeli produk MRR tersebut tanpa melakukan sebarang pengubahsuaian pada produk tersebut. Anda sebagai pembeli juga layak untuk memberikan hakcipta MRR atau RR kepada pembeli anda dan mengaut kesemua keuntungan daripada hasil jualan tersebut. Dari segi harga, produk MRR adalah lebih mahal dari produk RR dan lebih murah dari produk PLR.

PLR - Private Label Right
Private Label Right bermaksud anda membeli sesuatu produk digital termasuk dengan hakcipta sepenuhnya dari pencipta produk. Anda diberi kebenaran untuk membuat apa sahaja terhadap produk tersebut sama ada mengubah isi kandungan, rupa produk dan nama pencipta produk. Di samping itu juga, anda boleh menjualnya dalam apa bentuk sekalipun tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada pencipta produk.

DR - Distribution Right
Bagi produk yang ditawarkan dengan Distribution Right, anda tidak boleh menjualnya dalam apa jua bentuk sekalipun namun adan berhak mengedarkan produk tersebut tanpa mengubah rupa asal produk tersebut. Contoh produk yang disertakan dengan hakcipta DR ini adalah produk digital jenis laporan ringkas sesuatu produk lain. Kebiasaannya, produk DR banyak dihasilkan oleh Internet Marketer bagi menigkatkan promosi jualan produk mereka.

Personal Use Only
Untuk istilah ini, anda sebagai pembeli produk hanya boleh menggunakannya secara persendiran dan tidak boleh mensebarkanya secara percuma kepada rakan-rakan anda

5 istilah yang baru kita bincangkan tadi merupakan istilah hakcipta yang yang biasa digunakan oleh Internet Marketer seluruh dunia. Jika anda didapati menyalahgunakan hakcipta yang diberkan kepada anda, anda boleh di dakwa kerana melanggar Akta Hakcipta 1987 dan boleh dikenakan saman oleh pencipta produk.

Sekian dahulu pembelajaran kita pada post kali ini. Saya harap anda dapat menerima sedikit sebanyak ilmu tentang istilah hakcipta produk digital. Terima kasih kerana sudi membaca post ini dan jumpa lagi di lain tulisan..chow..



Pakej Lengkap PLR



0 ulasan:

Catat Ulasan