Rahsia Duit Online | Tips Online Marketing | Kuasa Forum


Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online.
Pada post kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda tentang satu tips promosi yang amat berkesan sekali dalam mempromosikan sebarang program duit online yang kita sertai. Cara promosi ini adalah sangat digemari oleh ramai Internet Marketer di seluruh dunia. Cara promosi yang saya maksudkan disini ialah cara promosi dengan berforum.

Apa Itu Forum?
Forum adalah pusat komuniti yang mana membincangkan apa-apa jua jenis topik yang berkaitan dalam dunia ini. Forum juga membantu kita memperolehi maklumat dan pelbagai ilmu dari ahli-ahli yang menyertai forum tersebut. Secara kebiasaanya, sesuatu forum itu mempunyai bilangan ahli yang ramai yang mana mahu berkongsi ilmu dan pendapat mengenai sesuatu isu. Internet Marketer menggunakan platform forum untuk mempopularkan diri mereka dan membina kredibiliti.

Tips Berforum
Pilih Forum Yang Sesuai - Jika anda hendak mempromosi kan melalui forum dengan lebih berkesan, anda harus pilih forum yang berkaitan dengan produk anda. Jangan join forum ibu mengandung jika anda menjual produk spare-part kereta.

Sentiasa aktif dalam forum - Dalam usaha untuk mempromosikan produk atau program duit online anda, anda haruslah aktif dalam sesuatu ruangan forum. Ini adalah kerana, forumer yang aktif akan lebih dikenali berbanding mereka yang tidak aktif. Maksud aktif disini adalah, anda rajin membalas sebarang pertanyaan dari forumer yang lain di samping membuka thread-thread baru. Bila anda sudah dikenali, anda akan peroleh kepercayaan dari ahli-ahli forum yang lain. Bila anda sudah berjaya membina kepercayaan dalam diri mereka, anda akan mudah untuk menjalankan urusan dengan mereka sama ada urusan perniagaan atau urusan-urusan lain.

Jangan sakiti hati ahli yang lain - Memang dah jadi lumrah yang mana mungkin anda tidak bersetuju dengan pendapat ahli yang lain, tapi anda tidak seharusnya mengatakan pendapat ahli-ahli yang lain itu adalah salah. Seeloknya anda bertanya mengapa mereka memberi pendapat sedemikian. Dan sentiasa berkongsi pendapat tanpa menyakitkan hati ahli- ahli yang lain. Anda harus ingat satu perkara, jika anda menjalankan perniagaan, kesemua orang di sekeliling anda adalah pelanggan anda. Jika anda pernah menyakiti hati pelanggan anda, bermakna anda akan kehilangan pelanggan anda. Oleh itu kita harus berjaga dengan perkataan kita ketika berforum.

Jangan SPAM di forum - SPAM di forum adalah melakukan post dengan banyak dalam satu masa. Tujuan orang yang melakukan SPAM adalah untuk mendapatkan backlink percuma dari forum tersebut. Jika aktiviti ini dapat dikesan, dengan selamba admin forum padam akaun forum anda. Ingat jangan SPAMMING.

Buat post yang terbaik - Untuk melakukan sebarang post, anda digalakkan untuk mengetahui serba sedikit tentang latar belakang sesuatu thread. Selain itu, anda juga digalakkan supaya membaca kesemua post-post dari ahli terdahulu. Ini bagi mengelakkan anda membuat post yang tidak berguna atau post yang sudah diberitahu dan dibincangkan oleh ahli-ahli yang lain. Post yang terbaik adalah post yang mempunyai ayat yang tersusun dan tidak terlalu panjang, tapi penuh dengan isi yang padat dan update. Cara ini mampu menarik trafik yang mudah ke laman web anda kerana mereka mahukan ilmu dari post-post di blog anda.

Kelebihan Berforum
Meramaikan kenalan - Bila anda menyertai sebarang forum dan sentiasa membalas pertanyaan dari ahli yang lain, anda akan lebih dikenali dan dipercayai oleh ahli tersebut. Secara tak langsung anda dapat membina kredibliti anda.

Menerima backlink percuma - Setiap forum ada menyediakan ruangan untuk ahli meletakkan signature. Di ruangan signature anda boleh meletakkan link anda secara percuma. Jika anda aktif dalam forum, semakin banyak la backlink yang bakal anda terima.(hanya untuk do follow forum)

Mudah untuk mendapat Joint Venture(JV) - Selain forum digunakan sebagai platform pemasaran, anda juga boleh mendapatkan JV dengan mudah. Dengan rekod yang bersih ketika berforum dan kredibiliti yang tinggi, mereka pasti tidak akan ragu-ragu untuk menyertai program affiliate anda.

Sekian saja cerita pasal forum yang boleh saya konsikan dengan anda. Jika saya dapat tahu tentang tips berforum yang lain, saya akan post kan di blog ini.



0 ulasan:

Catat Ulasan