Rahsia Duit Online | Perniagaan Internet | Buat List Cara Alternatif


Salam sejahtera buat semua pembaca Blog Rahsia Duit Online

Untuk post kali ini saya nak berkongsi sedikit idea yang mana untuk buat list dengan cara mudah. Bagaimana anda hendak buat list yang banyak selain membawa trafik ke website dengan menggunakan borang opt-in list. Cara alternatif ini saya telah terfikir sendiri ketika saya sedang memandu hendak membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan Taman Sri Duyong, Melaka.
Mungkin cara ini telah pun diketahui oleh orang lain, tapi tak mengapa. Ianya sebagai lesson learn saya dan kepada anda yang ingin belajar.

Cara Alternatif #1 Laman Rangkaian Sosial
Cipta satu profile tentang niche website anda dan add kawan-kawan seramai mungkin. Nama profile anda mestilah sama dengan niche website anda. Jika website anda tentang 'kereta', maka nama profile yang sesuai untuk anda gunakan adalah Jom Kereta. Sesiapa yang approve friends request anda, ini bermakna mereka adalah prospek anda dan bakal memberikan anda duit jika anda menjual sesuatu produk. Sekarang ni banyak aktiviti add friends dengan sesuka hati. Anda pun perlu lakukan perkara yang sama. Jika mereka menerima friends request anda, ini bermakna mereka berminat dalam hal yang berkaitan niche anda. Jika anda ingin melakukannya dengan cara pemasaran email, anda boleh boleh gunakan platform Facebook. Ini kerana, Facebook akan memaparkan email ahli-ahlinya di bahagian info. Jadi anda senaraikan mereka dalam list anda.

Cara Alternatif #2 Website Reseller
Sekarang ni berlambak sangat website reseller kat internet ni. Namun begitu, website reseller ini kebanyakannya untuk niche duit dan sewaktu dengannya. Jika niche website anda berkaitan kad kahwin, anda dinasihatkan untuk tidak menyertai program reseller ini. Antara program reseller yang popular seperti RM20segera.com, TunaiSegera.com, TurboRM.com dan macam-macam lagi. Caranya adalah, anda cari reseller yang termurah dan anda join reseller tersebut. Promosi dengan cara beretika. Cara promosi boleh dapatkan disini. Kebiasaanya website program reseller yang termurah akan memudahkan kita menerima banyak prospek. Selepas promosi dilakukan, anda akan menerima list nama yang mendaftarkan diri mereka sebagai downline anda(bergantung pada promosi yang anda lakukan). Jadi, senarai ini adalah senarai nama pencari peluang buat duit dan yang sewaktu dengannya.

Sekian dulu #2 cara alternatif yang saya terfikir dan sedang dalam usaha untuk menjalankannya untuk mengetahui kesannya. Keputusan eksperiman akan saya beritahu kelak.





0 ulasan:

Catat Ulasan