Rahsia Duit Online | Reseller | Infinty Downline



Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..

Login Facebook Dapat RM100 sedang melanda laman sosial Facebook di Malaysia. Mungkin anda pernah melihat iklan-iklan program duit online ini di wall Facebook anda. Dan mungkin anda tertanya-tanya bagaimana dengan hanya Login Facebook boleh dapat RM100. Situasi itu turut terjadi kepada saya. Pening juga saya memikirkan apakah cara yang dilakukan oleh mereka yang mempromosikan program Login Facebook Dapat RM100 ni.

Saya pernah bertanya kepada salah seorang affiliate program ini yang hanya ingin dikenali sebagai 'M'. Saya telah menghubungi M dengan hanya menggunakan kemudahan chatting yang disediakan oleh Facebook. Bila saya mengemukakan soalan tentang program 'pelik' ini, beliau terus menyuruh saya memasukkan duit sebanyak RM100 kedalam akaun Maybank beliau sebagai bayaran untuk saya mengetahui Teknik Rahsia untuk dapatkan RM100 dengan FB. Bila saya dapat tahu nilai bayaran yang diminta itu adalah RM100, saya telah dapat gambaran awal tentang program duit online ni. Saya telah mula mengesayaki yang program Login Facebook Dapat RM100 ini merupakan salah satu program duit online yang berkonsepkan reseller. Sila baca di sini jika anda tidak tahu apa itu program duit online reseller.

Kebanyakan program reseller hanya membuat bayaran untuk satu level sahaja dan tiada ikatan networking antara Upline dan Downline. Hal ini berbeza sekali dengan Program Login Facebook Dapat RM100 kerana program ini merupakan program duit online yang yang berasaskan sistem reverse 2 up. Reverse 2 Up bermaksud, sekiranya anda dapat memperkenalkan program ini kepad 4 orang, 2 daripada prospek anda akan diambil oleh penaja. Ini bermaksud, RM100x2 akan diberikan kepada penaja anda manakala RM100x2 lagi akan menjadi hak milik anda.

Atas dasar keraguan terhadap program tersebut, saya telah melakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang laman web yang telah menyediakan sistem reverse 2 up ni. Dengan hanya menggunakan carian di Google, saya telah mendapati yang laman web Infinity Downline adalah punca utama program Login Facebook Dapat RM100 tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Program ini hanya bertopengkan sebuah program misteri yang kononnya Login Facebook boleh dapat RM100. Ini cuma ayat penipu untuk menarik perhatian orang ramai.

Apa Itu Infintity Downline
Sebuah website reseller yang dihasilkan oleh seorang pakai komputer yang bernama Jon Mroz dari USA. Dengan hanya berbekalkan produk ebook dan video percuma tentang dunia pemasaran online, Jon Mroz telah mencipta sistem reverse 2 up ini sebagai daya penarik untuk para affiliate menyertainya dalam menjana duit secara online. Secara asasnya, segala perjalanan dari pendaftaran sehinggalah pembayaran adalah saling tidak tumpah seperti program reseller yang ada di Malaysia ini seperti RM20segera, Dana50 dan macam-macam lagi. Jika anda tidak tahu apakah maksud reseller, sila klik di sini

Cara Promosi Infinity Downline di Facebook
Cara promosi yang dijalankan oleh ahli-ahli Infiniti Downline (terutamanya Malaysia) ini adalah dengan cara melakukan tag pada gambar iklan Login Facebook Dapat RM100. Apabila ada ahli-ahli rakan Facebook yang melihat iklan itu, mereka akan terus bertanya kepada pemilik gambar itu tentang bagaimana cara untuk mendapatkan RM100 dengan hanya login Facebook di ruangan komen yang disediakan. Pertanyaan itu akan dijawab dengan cara " Saya dah hantar info kat Inbox" oleh mana ahli Infinity Downline ini. Dengan cara ini, program ini akan dilihat seperti misteri dan menjadi lumrah manusia untuk mengetahi sesuatu yang misteri. Kebanyakan dari mereka akan berhubung dengan prospek melalui peti mesej Facebook. Dari situlah mereka akan menyuruh prospek membuat RM100 untuk mendapatkan rahsia tersebut. Selagi prospek tidak membuat sebarang bayaran kepada penaja-penaja affiliate Infinity Downline ni, selagi itulah mereka tidak akan memberitahu Rahsia Login Facebook Dapat RM100.(sebenarnya takde rahsia pun..poyo je lebih)

Segala maklumat mengenai Infinity Downline tidak akan diberikan percuma. Oleh kerana kekuatan perkataan "RAHSIA" itulah yang membuatkan ramai antara kita ingin tahu akan cara program itu berjalan. Saya telah memiliki ebook Teknik Rahsia tersebut dengan cara membuat pembayaran untuk menjadi ahli Infinity Downline. Setelah saya membaca ebook tersebut, saya melihat yang teknik tersebut adalah teknik spamming. Tag gambar sesuka hati dan hubungi pada yang berminat(macam ahli Infinty Downline tersebut).

Infinity Downline Malaysia Hebat
Bayaran maksimum yang sepatutnya dikenakan oleh Jon Mroz kepada ahli baru Infinity Downline adalah berjumlah USD25. Oleh kerana yuran pendaftaran adalah dalam nilai matawang USD, disamping perubahan matawang USD terhadap Ringgit Malaysia yang tidak tetap, komuniti Infinity Downline di Malaysia telah menetapkan harga penyertaan adalah sebanyak RM100. Wah. Dah la pakai sistem orang, suka-suka hati pula nak letak harga RM100. Kenapa tak letak RM200 ataupun RM300. Bukannya tak boleh pun. Melalui konsep Reseller, kesemua prospek akan membayar wang pendaftaran secara terus ke dalam akaun Penaja tanpa melalui Admin. Nilai RM200 atau RM2000 pun boleh digunakan untuk jadi ahli. So lagi untung. Bila ditanya kenapa meletakkan harga RM100, jawapannya mudah..Senang..orang pun tak susah nak join dan keluarkan duit. Kalau begitu, baik letakkan harga pendaftaran sebanyak RM50, lagi murah..jawapan yang diterima pula, eh rugi la..bila nak kaya..hampeh betul saya cakap..hoho..



Setakat ini sahaja yang saya tahu tentang program Login Facebook Dapat RM100. Jika ada update terbaru saya akan postkan pada entri akan datang. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca post kali ni..

Arioss..

0 ulasan:

Catat Ulasan