Rahsia Duit Online | Reseller | Reseller Mudah dan Murah

Salam sejahtera buat pembaca setia blog Rahsia Duit Online(eh ada ke pembaca setia?hoho). Kali ini saya ingin dengan anda tentang cara mencari duit online yang paling mudah dan murah. Pernah tak anda dengar program Reseller?.

Apa Itu Program Reseller
Reseller adalah satu program yang mana anda diberi hak jualan semula produk beserta sistem reseller sekali. Program Reseller amat berbeza sekali dengan Master Resell Right (MRR). Saya harap anda tidak keliru dengan kedua jenis program buat duit ni. MRR merupakan lesen yang diberi kepada anda untuk menerima hasil dari jualan semula produk tersebut. Kebiasaanya, produk yang beserta dengan lesen MRR ini adalah produk digital seperti ebook, software, template dan sebagainya. Tapi, Program Reseller adalah program yang mana anda diberi ebook percuma beserta MRR dan SISTEM RESELLER untuk jualan semula. Jadi ia amat memudahkan anda untuk melakukan jualan semula. Anda tidak perlu pening kepala untuk bina website dan upload ke server. Menyertai reseller adalah semudah ABC. ho ho

Kelebihan Program Reseller
Program reseller sememangnya banyak kelebihan. Berikut adalah kelebihan program reseller

Tiada maintain bulanan - Anda tak perlu nak gila2 promosi sangat just nak kejar sale sebab nak bayar maintain bulanan. Dalam reseller tak perlu semua tu. Just promosi bila anda rasa free je. Tips promosi boleh dilihat di kategori Tips Online Marketing.

Tiada risiko dalam program reseller - Risiko tak dapat bayaran dari ahli baru takkan terjadi kerana referred client anda akan terus direct bank in ke nombor akaun anda dan tidak melalui nombor akaun admin. Risiko admin tutup page program reseller takkan terjadi kerana admin dapat banyak duit hasil dari sewa iklan. Selagi ahli program reseller memberi traffik, selagi tu la admin takkan tutup page tu. Jadi, rajin2 kan la promosi supaya admin dapat trafik dan anda dapat income.

Kos permulaan rendah - Untuk menarik traffik yang banyak, admin akan meletakkan harga yang rendah sebagai kemudahan untuk anda mula jana pendapatan melalui program reseller ni. Kebiasaannya, program reseller akan meletakkan harga bawah dari RM100.

Bantuan promosi diberi percuma - Bantuan seperti banner dan cara promosi biasanya akan dibekalkan oleh admin secara percuma. Jadi, anda cuma ikut je. Dan tunggulah client contact anda.

Tak perlu jadi pakar IT - Sistem jualan diberi percuma, jadi anda tak perlu nak belajar cara mereka sistem jualan yang baru. Hanya fokus dalam online marketing sahaja. Akak suri rumah yang tengah tumbuk lesung pun boleh buat.

100% komisyen - Jika bayaran sistem reseller adalah RM30, jadi RM30 la income anda. Selain itu, anda juga boleh menawarkan harga yang lebih murah kepada prospek yang baru bagi menggalakkan mereka membeli sistem itu.

Reseller bukan MLM atau affiliate
MLM mengamalkan konsep piramid dalam menjana pendapatan. Sementara affiliate pula penerimaan komisyen dari hasil jualan. Segala pembayaran yang dilakukan dalam program MLM dan affiliate pasti akan melalui admin. Dalam reseller, tiada bayaran menerusi admin. Hasil jualan akan dimasukkan terus ke akaun bank anda 100%.
Mana-mana client yang berminat dengan program reseller ni akan berhubung terus dengan anda untuk membeli sistem reseller tersebut. Jadi bayaran akan dibuat oleh client secara terus ke dalam akaun bank anda..Anda tak boleh dapat komisyen dari prospek yang ditaja oleh downline anda. Ini adalah kerana, sistem reseller bukan MLM, jadi downline anda pun akan dapat komisyen 100%. So siapa yang kuat promosi, dapat la RM

Bagaimana Admin Sistem Reseller dapat income sedangkan hasil jualan tidak melalui admin?
Mungkin ramai yang tertanya tentang soalan ni. Dan ada juga yang merasa cuak untuk join. Admin still dapat duit dari sistem reseller ni. Caranya duit dari traffik. Biasanya setiap pages program reseller akan diletakkan hit counter untuk menilai bilangan pages visit dari pelawat. Jika anda dapat lihat, traffik sistem reseller sememangnya tinggi. Ada sehingga 2000 pages visit sehari. Jadi, dari trafik tersebut, admin sistem reseller menjana pendapatan melalui sewa iklan. Disebabkan itu kalau anda perasan yang pages sistem reseller ni sememangnya penuh dengan iklan di bahagian sidebar. Sama ada di side bar kiri dan kanan. Untuk traffik yang tinggi, kadar sewaan iklan sangat mahal. Sebab tu admin sanggup buat sistem ni untuk anda supaya dalam masa yang sama anda dapat menarik traffik ke pages sistem reseller tersebut. Selain trafik dari link anda, admin juga mendapat client melalui carian Google.

Setelah anda baca post ni pasti anda akan tertarik dengan program ni bukakan. Memang betul pun, sebab utama adalah program ni murah. Setakat bawah RM100 tu bila2 pun boleh bayar. Takde maintain bulanan pulak tu. Tapi buat apa nak ambil yang mahal kan?ambil jer yang murah. Mudah nak dapat client. Saya ada contoh program reseller yang murah untuk anda. Klik sini untuk lihat program reseller tu.

Selamat berjaya


0 ulasan:

Catat Ulasan