Google Adwords Target Prospek Yang Tepat

Salam sejahtera kepada pembaca blog Rahsia Duit Online..
Macam mana dengan blog/website? dah create ke? kalo belum tu, cepat2 la belajar buat blog and website ni. Tak rugi pun. Sebab ilmu internet ni luas sangat untuk kita kuasai. Bagi yang 'newbie' macam aku ni just pandai buat blog and website la..kepada sesiapa nak belajar buat blog boleh tengok kat kategori Internet Tools. Kat situ aku ada post kan entri cara nak create blog dengan blogger.com

Bagi yang sudah ada blog/website tu aku ucapkan tahniah la sebab korang dah mula langkah pertama. Ingat, langkah seribu bermula dengan langkah pertama. Jika langkah pertama kita masih sangkut, memang mustahil untuk kita dapat kedudukan pada langkah seribu. Sekarang ni mungkin korang dah ada blog kan..Tapi, siapa yang tahu kewujudan blog korang? Mungkin kawan2 korang yang ada dalam freind list laman web sosial je kan..Mungkin korang dah bagitahu mereka akan kewujudan blog korang.

Jika dalam satu hari, berapa ramai yang korang boleh bagi tahu akan kewujudan blog korang pada kawan2?10,20?Mungkin sanggup lagi..tapi boleh ke korang beritahu pada mereka yang tak kenal korang, yang tak add korang dalam facebook or myspace.?Mungkin boleh kan..dengan cara korang add diorang sebagai friend list korang..Tapi berapa je yang korang larat buat?kalo add guna FB pun takleh banyak, sebab FB akan warning spam kat korang bila add terlalu ramai friend list..

Disini aku cadangkan salah satu cara promosi yang paling berkesan untuk orang di luar sana mengetahui kewujudan blog korang. Mesti korang pernah dengar Google Adwords kan. Bagi yang tak pernah dengar, jangan risau sebab aku akan bagitahu korang. Korang tengok gambar kat bawah ni:-


Mesti korang pernah lihat kan iklan macam ni dekat laman carian Google. Ini la yang dinamakan Adwords. Google Adwords merupakan cara pengiklanan berbayar yang berkonsepkan Pay Per Click(PPC). PPC bermaksud pengiklan atau advertiser akan dikenakan bayaran sekiranya adwords mereka di klik oleh pelawat. Setiap Adwords ini mempunyai harga klik yang berbeza. Sebagai contoh, harga klik untuk adwords City Centre Hotel, Delhi mempunyai harga klik yang paling tinggi berbanding India Cheap Hotel dan Ginger Hotel. Disebabkan itu, Google.com telah meletakkan adwords City Centre Hotel, Delhi pada ranking teratas. Adwords yang teratas memberi peratusan klik yang lebih tinggi berbanding adwords di bawah.

Google juga meletakkan adwords mereka di blog-blog melalui Google Adsense. Ini bertujuan bagi meningkatkan peratusan klik pada adwords tersebut. Paparan adwords juga berdasarkan keyword search yang dimasukkan oleh internet user. Jika keyword yang dimasukkan adalah phone, maka semua adwords yang berkaitan dengan phone akan dipaparkan oleh Google. Ini membolehkan kita mendapat target prospek yang betul.
Sekarang korang dapat lihat kan bagaimana Adwords memainkan peranan dalam Online Marketing. Google Adwords mampu mendapatkan target visitor yang ada potensi untuk subscribe blog korang.

p/s Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Google Adwords, pastikan content blog korang mesti berkualiti bagi membolehkan visitor stay sebagai subscriber blog korang. Jika content yang tak berkualti, pastinya itulah kali terakhir mereka melawat blog korang.

0 ulasan:

Catat Ulasan