Rahsia Online Marketing

Ramai yang nak buka bisnes tapi tak tahu apa itu marketing. Untuk pengetahuan korang, untuk menjadi Internet Marketer yang berjaya, mereka harus memiliki skil online marketing yang tinggi. Tanpa marketing, diorang pasti takkan dapat sebarang hasil pun dari online business ni. Even dan berjaya dalam Google Adsense pun kena tahu online marketing. Nak tahu lebih lanjut?
Jom kita bincang pasal online marketing ni.

Apa itu Online marketing
Online marketing adalah pemasaran yang dibuat secara online. Bermaksud menghasilkan jualan kepada target prospek yang betul. Maksud target prospek yang betul adalah korang menjual produk kepada orang yang memerlukan. Sebagai contoh, jika korang menjual ebook tentang Tips Berhenti Merokok, takkan korang nak promosi kat orang yang korang memang dah tahu dia tak merokok. Betul tak ? Online marketing juga boleh ditakrifkan sebagai penyampaian maklumat tentang kewujudan produk korang. Tanpa online marketing, takkan ada orang yang tahu korang mempunyai produk untuk dijual even produk tu bagus sekalipun.

Objektif Online Marketing
Memberitahu pengguna internet tentang kewujudan anda di internet. Makin ramai yang kenal anda, makin besar peluang anda untuk menjalankan perniagaan online. Jika tiada yang kenal anda, maka anda dikira syok sendiri dalam dunia internet.


Kelebihan Online Marketing
Online marketing memainkan peranan yang sangat penting dalam bisnes online ni. Online Marketing boleh juga aku katakan sebagai tulang belakang dalam penghasilan sebarang jualan produk di internet. Berikut adalah kelebihan Online Marketing:-
  • Dapat memberi keyakinan kepada para pembeli produk korang melalui marketing web jualan
  • Mudah untuk mendapat prospek yang korang target melalui forum marketing.
  • Mengekalkan prospek yang sedia ada sebagai pembeli menerusi program langganan.Menerusi subscribe marketing
  • Menghasilkan jualan yang mendadak. Menerusi efektif marketing
  • Testimoni percuma dari blog-blog otai jika produk korang berkualiti. menerusi free marketing.
Banyak lagi kelebihan marketing ni. Sila baca entri yang aku masukkan dalam kategori Tips Online Marketing untuk dapatkan info menjalankan Marketing yang berkesan. Sila subscribe blog ini jika tak mahu terlepas sebarang tips2 yang berharga dari aku..hee

0 ulasan:

Catat Ulasan