Pandangan negatif terhadap MLM

Bila sebut je MLM semua macam nak muntah dengar. Semua kalau boleh nak elakkan diri daripada menyertai MLM ni. Kenapa boleh ada pandangan negatif yer? Mengikut pandangan aku, MLM dipandang negatif bukanlah disebabkan perniagaan MLM tu, tapi ahli MLM sendiri yang buat perniaagaan MLM ni dipandang negatif.

Bila sebut je MLM semuat pakat SCAM, penipu, upline pembohong dan macam2 lagi. Memang kita semua akui, bahawa bukan semua MLM tu ada yang betul. Ada juga yang SCAM, tapi tu atas kita la untuk selidik latar belakang syarikat yang menjalankan MLM ni. Pastikan kesahihan syarikat dari sudut undang2 dan hukum.
Itu semua tanggungjawab kita sebelum menyertai sesuatu perniagaan MLM.

Mari kita lihat punca MLM dipandang negatif yang disebabkan oleh ahli mereka sendri:-
  • Tak Profesional - Salah satu yang menunjukkan ahli MLM ni tak profesional adalah dalam usaha membina rangkaian perniagaan. Jika nak approach orang pun jangan terlalu mendadak. Nampak sangat yang ahli MLM tu terdesak nak prospek. Jika profesioanal, jalinkan hubungan baik dengan prospek, dalam masa yang sama promosi secara lembut. Jangan cuba2 mengajak prospek, kerana prospek akan mudah merasa tak selesa lebih2 lagi bila baru je berkenalan. Biarkan prospek bertanya sendiri tentang bisnes kita. Tak profesional juga boleh dikategorikan melalui first impression. First impression ni terjadi bila prospek ajak berjumpa. Even korang buat MLM online sekalipun, jangan memberi alasan untuk tidak boleh berjumpa. Jika benar pun tak boleh, sila beri alasan yang difikirkan munasabah supaya prospek tidak mengecop anda sebagai upline yang tidak bertanggungjawab. Prospek atau downline adalah aset penting kita dalam menjalankan bisnes MLM. Jadi, tunjuk kepada mereka contoh yang baik, supaya mereka kagum dengan kita. Sentiasa berada di samping mereka di saat mereka memerlukan.
  • Gagal dalam MLM - Memang kalau diikut fakta di Malaysia sekarang, 95% ahli MLM akan gagal. Ini adalah disebabkan tiada kesungguhan dalam menjalankan perniagaan sebenarnya. Punca kegagalan takkan boleh dituding kepada upline atau syarikat MLM sendiri. Kena faham konsep MLM. Jika tidak mahu beriklan, tidak mahu membina rangkaian dengan mencari sahabat2 baru dan tidak mahu close dengan Upline. Memang tidak kemana la jawabnya. Dalam MLM, rapat dengan upline adalah kunci kejayaan dalam peniaagaan MLM. Tanpa upline, korang pasti tak akan dapat ilmu dan cara bagaimana menjalankan program MLM ni dengan lebih efektif. Iklan merupakan sesuatu platform penting dalam mempromosikan perniagaan MLM. Tidak kira sama ada iklan berbayar atau pun percuma, kita harus terus beriklan. Formula mudah MLM adalah dibawah
Stop Iklan=Stop Income

  • Amal konsep 'dapat modal balik dah la' - Ini yang selalu aku dapat lihat dalam sesuatu rangkaian perniagaan MLM. Sikap ini biasanya berpunca daripada upline. Upline sebegini memang selalu akan menjadi mangsa sumpahan daripada downline. Downline yang berada dibawah upline seperti ini pasti akan marah dan kecewa. Bukan marah kepada syarikat, tapi marah kepada upline yang memberikan janji kosong. Apakah janji kosong tu? BIMBINGAN. Sebelum join, upline mesti akan berjanji kosong dengan memberi bimbingan sehingga berjaya. Namun, selepas join, upline senyap je buat tak tau. Terkontang kanting la downline tu keseorangan. Tak tahu nak mengadu pada sesiapa. Kalo nak mengadu pun mengadu la kat forum2. Kalo mengadu tu bukan ayat yang sedih2, tapi ayat maki hamun. Mula la bercakap company tipu la, upline pembohong la. Korang mesti dah nampakkan, hanya disebabkan perkara itu habis semua forumer black list company MLM tu.
Sebenarnya ada banyak lagi punca MLM ni di pandang negatif. Aku akan update post ni dari semasa ke semasa. Sila subscribe blog jika korang tak nak terlepas sebarang info dari blog Rahsia Duit Online.

0 ulasan:

Catat Ulasan