Income Google Adsense sikit

Cek dari Google Adsense

Ramai sekarang ni yang dah cuba2 buat Google Adsense. Dan ada juga yang dah dapat bayaran cek dari Google.com. Mungkin bayaran itu sama ada besar atau kecil. Bagi yang besar tu mungkin aku tak nak cerita la sebab yang dapat besar2 tu kebanyakannya otai2 lama yang dah banyak ilmu pasal Adsense ni. Bagi yang kecik2 ni aku nak tolong bagi tips sikit.


Kenapa Income Adsense sikit atau tiada langsung
  1. Pertama sekali aku nak cerita Google Adsense menjalankan program pay per click(PPC). Jadi siapa yang memberi pendapatan korang melalui Google Adsense ni? Sudah semestinya pelawat blog korang. Jika blog korang tiada pelawat, jadi siapakah yang akan klik pada adwords tu. So, punca utama Google Adsense korang kurang menjana duit adalah bilangan pelawat. Pelawat memainkan peranan penting dalam buat duit dengan Adsense ni. Makin banyak pelawat kat blog korang, maka makin tinggi peratus pelawat yang akan klik pada Adwords blog korang.
  2. Kedua adalah kerana pemilihan keyword blog korang. Keyword sangat penting dalam Google meletakkan Adwords mereka dalam blog korang. Jika keywords korang adalah keyword untuk adwords yang murah, maka kominsyen korang semestinya murah. Untuk memulakan blog, pemilihan keyword yang tepat adalah sangat mustahak untuk menentukan hasil Adsense korang. Ramai otai Internet Marketer mengambil masa yang lama untuk buat keyword research. Sebab diorang tau yang keyword memainkan peranan penting dalam menarik Adrwords yang mahal dalam blog diorang.
Cara meningkatkan Income Adsense
  1. Jika punca pertama yang aku cerita tadi adalah disebabkan kekurangan pelawat, jadi jalan penyelesaian nya adalah dengan menarik lebih banyak pelawat datang ke blog korang. Blog korang perlu di popularkan. Cara untuk popular adalah melalui promosi terus menerus blog korang dalam internet ni. Cara promosi akan aku post kan pada kategori Online Marketing
  2. Keyword research perlu ditingkatkan lagi. Sila gunakan Keyword Tool yang telah disediakan oleh Google untuk menjalankan keyword research. Pilih long keyword yang tinggi permintaannya dan mahal harganya. Cara untuk buat Keyword Research aku akan beritahu pada post yang akan datang.

1 ulasan:

KamilSalleh berkata...

Satu info yg menarik untuk dipraktikkan. TQ

Catat Ulasan