Rahsia Duit Online | Googe Adsense | Buat Duit Tanpa Modal

Google merupakan salah satu enjin carian yang paling popular kat dunia. Jika anda melayari www.alexa.com, laman carian yang mengungguli carta Alexa adalah Google.com. Rating enjin carian Google.com telah mengalahkan enjin carian yang lain seperti Yahoo dan MSN.

Bagaimana Google meraih pendapatan?
Syarikat Google.Inc meraih pendapatan melalui program pengiklanan yang dinamakan Google Adwords. Google Adwords adalah satu kemudahan pengiklanan berbayar yang disediakan kepada para pengiklan(Advertiser) untuk mengiklankan produk mereka dalam bentuk teks atau gambar. Pengiklanan dengan Google Adwords ni diklasifikasikan sebagai pengiklanan yang berkonsepkan pay per click(PPC) yang mana Advertiser akan di caj berdasarkan bilangan klik yang terkena pada iklan tersebut. Bulatan merah di dalam gambar di bawah menunjukkan contoh google Adwords

PPC bermaksud advertiser akan dikenakan bayaran pengiklanan oleh Google sekiranya iklan mereka di klik oleh pelawat. Setiap adwords mempunyai nilai harga klik yang berbeza. Adwords yang teratas mempunyai harga klik yang paling tinggi berbanding iklan Adwords yang berada di bawah. Harga klik untuk satu adwords ada yang mencecah sehingga USD70 untuk satu klik. Jika 100 orang klik satu adwords USD7 untuk sehari, maka Google telah menjana pendapatan sebanyak USD7000. So dari situ la Google dapat buat duit melalui program Google Adwords. Google mempunyai pelanggan Adwords berpuluh juta dari seluruh dunia, jadi tidak hairan la pengasas Google.com ni kaya raya.

Pengasas Google.com. Larry Page dan Sergey Brin


Google Adwords vs Google Adsense
Google sentiasa mahukan supaya setiap adwords dari advertiser di klik oleh pengguna internet seluruh dunia. Jadi jika Google hanya memaparkan iklan adwords mereka di bahagian SERP laman carian Google, peratus pengguna internet yang akan klik pada adwords tersebut mungkin hanya 70% sahaja untuk satu jenis carian keyword. Disebabkan perkara itu, Google mahu meningkatkan kadar klik dari pengguna internet dengan cara memaparkan Adwords tersebut di halaman yang bukan milik Google seperti di blog dan website. Oleh sebab itu Google telah melancarkan satu lagi program yang diberi nama Google Adsense. Google Adsense adalah program yang mana Google akan membayar komisyen kepada tuan punya blog atau website sekiranya tuan blog/website mengizinkan iklan Google Adwords dipaparkan di balam blog mereka. Bayaran komisyen yang dibuat oleh Google kepada tuan punya blog adalah berdasarkan PPC. Contoh Google Adsense seperti dalam gambar di bawah.
Gambar diatas adalah salah satu blog yang khusus kepada penjagaan anjing. Dan disebelah kanan blog tersebut Google telah meletakkan Adwords melalui program Google Adsense. Tuan punya blog 'penjagaan anjing' ini akan menerima komisyen jika iklan adwords yang ada di blog beliau di klik oleh pelawat.

Cuba anda lihat bagaimana tuan punya blog itu menjana pendapatan dengan blog melalui program Google Adsense. Kerja yang mudah. Hanya buat satu blog kemudian buat permohonan Google Adesense je dah boleh dapat duit. Hasil dari Google Adsense dari blog ni akan terus memberi duit kepada tuan punya blog selagi blog ni masih ada pelawat dan bernyawa.

So, memang mudah untuk buat Google Adsense ni. Jadi pada anda yang baru nak belajar tu boleh la try2 Google Adsense ni. Percuma.. Cuma kena belajar sikit la cara nak buat blog.



0 ulasan:

Catat Ulasan