Unstoppable klon Uptrend Network

Unstoppable adalah satu kumpulan yang menjalankan perniagaan MLM melalui produk Uptrend Network yang pernah popular pada masa dulu. Banyak ahli-ahli unstoppable yang kita jumpa skg ni bertaburan kat laman sosial terutamanya Tagged dan Facebook. Dulu bisnes Uptrend dijalankan secara offline. Mempelawa rakan atau saudara mara untuk join MLM Uptrend ni. Kini ianya dijalankan secara online dengan menggunakan laman sosial sebagai platform untuk dapatkan prospek. Cara mereka tetap sama dengan cara offline iaitu menunjuk-nunjuk kemewahan mereka dengan bergambar dengan duit yang berkepuk2 dan kereta mewah yang beratur.

Aku dulu hampir nak join Unstoppable team ni tapi nasib baik aku sempat buat researh pasal benda ni selama 2 bulan. Dan apa yang aku dapat melalui researh aku ni:-
  1. Unstoppable adalah klon Uptrend. Ini dibuktikan sendiri oleh ahli Unstoppable yang terlepas cakap masa aku telefon salah seorang ahli Unstoppable ni.
  2. Harga produk yang tak masuk akal. MLM adalah salah satu jenis jualan langsung. Maka produk yang perlu dibayar mestilah setimpal dengan harganya.. ini produk harga RM50 tapi sape nak join kena bayar 10 kali ganda.. ye la..nak bayar komisyen kat orang2 atas ye tak..
  3. Cara marketing yang tak efektif iaitu dengan bergambar bersama duit yang banyak dengan tujuan untuk menarik minat prospek. Tapi tanpa dia perasan bahawa cara mereka tu akan mengundang rasa tidak senang di kalangan kenalan mereka. Dalam MLM, orang yang paling berpotensti untuk join adalah orang yang kenal kita. Dengan cara bergambar tu pasti orang tak nak berkenalan dengan kita. Malah lebih menjauhkan diri Tak tahu rahsia markerting ker?
Aku tak tahula berapa lama lagi Unstoppable ni mampu bertahan. Nampak gaya macam dah kena cekaman hebat dari forum popular. Banyak yang kritik Unstoppable ni termasuk la ahli yang pernah join benda ni.

Aku pada dasarnya memang tak minat dengan MLM Unstoppable ni..Payah..Dulu buat Offline ramai yang gagal.. Tapi sekarang ni buat secara online pun sama jugak. Dok cari orang jer..buat la satu website yang ada auto responder untuk follow up, auto downline..baru la senang. Tak ramai yang gagal. Memang betul marketing secara online lebih berkesan sebab kepadatan prospek lebih tinggi dari offline. Tapi silap yang diorang tak tahu, kelemahan online adalah dari segi kepercayaan. So, kalo nak buat MLM online tu, build up kredebilti dulu untuk meyakinkan prospek. Ini tak, tak kenal tak apa..main terjah je ajak join..apalah diorang ni..

0 ulasan:

Catat Ulasan