Rahsia Duit Online | Affiliate | Pengertian Affiliate


Jika anda baru dalam dunia internet ni, pasti anda pernah dengar kan Program Buat Duit Online yang dinamakan Affiliate. Mungkin ramai yang masih tak tahu apa itu program affiliate yang sememangnya popular dalam menjalankan program duit online ni. Jom kita bincang sama2 tentang Affiliate ni.

Apa itu Program Affiliate
Affiliate lebih mudah saya definisikan sebagai program jualan produk melalui ejen jualan. Anda dilantik menjadi ejen jualan bagi sesuatu produk dan mendapat komisyen berdasarkan hasil jualan. Affiliate juga adalah salah satu teknik pemasaran yang gemar dilakukan oleh kebanyakan vendor untuk memasarkan produk mereka tanpa mengeluarkan sebarang kos untuk promosi kerana segala urusan promosi akan dilakukan oleh affiliate marketer. Contoh program affiliate yang paling popular adalah affiliate Clickbank.com

Affiliate VS MLM Online
Ramai yang ingat Affiliate ini adalah sama dengan MLM Online dari segi pembayaran komisyen. Means jika ada orang beli, kita akan dibayar komisyen. Yer memang betul. Konsep program Affiliate adalah sama dengan konsep MLM Online. Iaitu Sistem Piramid. Tapi perbezaan utama antara dua program ini adalah pembayaran komisyen untuk Affiliate hanya untuk satu level sahaja. Berbanding dengan program MLM Online yang mana pembayaran komisyen sehingga infinity. Antara perbezaan yang lain adalah, untuk menyertai program affiliate, anda tidak perlu untuk beli produk tersebut. Manakala, untuk menyertai program MLM Online, anda perlu melanggan produk tersebut sebelum dilantik menjadi ejen jualan. Dari segi pembayaran komisyen, sudah semestinya MLM Online akan memberikan pembayaran komisyen yang paling tinggi sehingga infinty level. Cara promosi affiliate dan MLM juga berbeza. Affiliate lebih menekankan kelebihan produk yang dijual. Berbanding MLM lebih menekankan cara untuk menjana pendapatan tanpa menghiraukan kelebihan produk.(boleh jatuh hukum haram)










0 ulasan:

Catat Ulasan