Rahsia Duit Online | Tips Online Marketing | Email Marketing


Email marketing adalah cara promosi percuma yang paling mudah untuk kita lakukan. Email marketing lebih efektif bila kita hantar ke dalam senarai friend list kita. Ini adalah kerana, kita sudah dikenali oleh friend list kita, jadi email dari kita tidak akan diaangap SPAM oleh mereka. Jadi, mereka pasti akan buka dan baca email kita lalu menghubungi kita. Dalam content email tersebut mestilah sesuatu yang menarik agar mereka tidak menganggap kita cuba menjadikan mereka sebagai customer. Di bawah ini saya ada sertakan tips promosi dengan email marketing.

5 Tips Email Marketing

Letak Gambar dan no. phone pada bahagian signature - Meletakkan identiti diri pada sinature email adalah merupakan tips penting dalam mendapatkan kepercayaan rakan kita. Mungkin senarai friendlist kita adalah dikalangan mereka yang kita kenal masa chatting atau melalui laman rangkaian sosial. Jadi, bagi meyakinkan mereka dengan diri kita, kita harus memperkenalkan diri kita kepada mereka.

Guna Vacation reply - Dalam setiap fungsi email sepeti yahoomail or gmail ada disediakan tool Vacation Reply. Vacation Reply berfungsi untuk membalas email pada orang yang menghantar email kepada kita dengan kadar segera secara automatik. Di dalam Vacation Reply, anda hanya perlu meletakkan content email marketing anda. Ini akan membuatkan penghantar email tersebut terus membuka email vacation reply anda.

Penulisan subject yang betul - Ramai yang saya lihat mempromosi melalui email marketing banyak melakukan kesilapan dalam penulisan subjek. Subjek adalah perkara pertama akan dibaca oleh penerima email tatkala menerima email daripada kita. Jika subjek kita ditulis sambil lewa, penerima email kita barangkali langsung tidak berminat untuk membaca content email kita. Tajuk email mestilah berkaitan dengan content email kita. Gunakan tajuk yang mudah menarik perhatian pembaca seperti, "PERHATIAN..!!", "GEMPAR!!" dan macam2 lagi yang anda rasakan sesuai.

Promosi email marketing hanya sekali - Harus diingat, promosi email marketing yang profesional adalah promosi untuk pertama kali. Jangan promosi terlalu kerap kerana anda mungkin akan kelihatan terdesak dalam mendapatkan trafik atau customer. Perkara seperti ini juga akan membuatkan penerima email menjadi tidak selesa dengan anda. Pelihara kredibiliti anda dengan promosi secara profesional.

Dapatkan mail list yang baru - Kita sentiasa berhubung di laman rangkaian sosial. Rangkain sosial juga membolehkan kita mendapatkan maklumat email rakan baru kita. Jadi, sila tambah kenalan anda dan kumpulkan mail list mereka untuk tujuan email marketing. Sebelum itu, pastikan anda telah menjalin hubungan baik dengan tuan punya email tersebut bagi mengelakkan anda dituduk melakukan SPAM. Sekali anda melakukan SPAM, akaun email anda pasti akan di ban. Kalo tak percaya, cuba la..hehe


Setakat ini saja tips yang aku berikan untuk post kali ni. Nanti kalau ada tips2 yang terbaru, aku akan kongsikan kat blog ni. Jangan lupa subscribe blog Rahsia Duit Online bagi mengelakkan korang terlepas membaca info terbaru dalam blog ini.

Sekian..



0 ulasan:

Catat Ulasan