Cara Promosi Di Internet

Promosi dan promosi..itu sahaja yang penting dalam perniagaan internet..Mungkin ramai antara korang dah mendapat cara promosi yang berkesan kan. Bagi yang masih tak tahu cara nak promosi, aku akan post dalam entri ni..Promosi secara online terbahagi kepada 2 iaitu promosi percuma dan promosi berbayar..Cara promosi ini aku akan cerita secara overview jer..untuk dapatkan secara detail, korang boleh tengok post aku yang lain dalam kategori Tips Online Marketing..

Cara promosi percuma
  • Email Marketing - Korang mesti ada email kan, jadi gunakan email korang sebagai tools untuk buat promosi secara percuma. Hantar email yang mempunyai kandungan isi yang boleh menarik pembaca email korang untuk melawat ke blog/website korang. Ingat, hantar email pada kenalan kita sahaja. Jangan sesekali melakukan SPAM. Tindakan melakukan email SPAM akan menyebabkan korang didakwa kerana melakukan jenayah siber. Dapatkan teknik Email Marketing yang aku dah sediakan di dalam kategori Tips Online Marketing.
  • Website iklan percuma - Sekarang ni banyak website yang menyediakan servis untuk pengiklanan secara percuma. Trafik iklan percuma kebiasaannya memang tinggi dan mempunyai ramai Page Visitor. Pengiklanan di website iklan percuma agak kurang efektif kerana korang hanya boleh meletakkan iklan dalam betuk Teks. Pengiklanan dalam bentuk banner kebanyakannya dari advertiser yang berbayar..Harga biasanya dalam RM50 kebawah sebulan.. Lagi satu, trafik yang hadir ke website pengiklanan percuma kebanyakannya bukan target prospek korang. Tapi lebih banyak dikalangan para pengiklan. Tapi pengiklanan di website seperti ini still boleh dapat visitor yang datang ke iklan korang melalui enjin carian..
  • Forum - Yes, forum juga mempunyai trafik yang ramai, kerana pengguna internet memang suka berforum..Tapi di forum korang hanya boleh melakukan promosi secara indirect promosi seperti meletakkan signature pada setiap post. Admin forum tak membenarkan korang melakukan promosi di forum kerana mereka telah menyediakan ruang iklan untuk disewa. Penglibatan dalam forum sebenarnya lebih khusus pada pembinaan kredibiliti di internet.
  • Laman Rangkaian sosial - Promosi di laman rangkaian sosial adalah paling mudah dilakukan sebab ramai pengguna internet yang suka lepak kat tempat2 macam ni. Melalui laman rangkaian sosial juga korang boleh meneliti target prospek korang melalui paparan info diri pengguna internet.
  • SEO - Mendapat ranking pertama atau dalam page pertama enjin carian Google merupakan cara pengiklanan yang percuma dan paling mudah mendapat target prospek selain pengunaan Google Adwords. SEO memberi kan blog/website trafik yang paling best bergantung pada keyword blog/website korang. Bagi sesiapa yang menjalankan Google Adsense, SEO adalah perkara paling mustahak dalam menjana duit melalui Adsense. Untuk melihat maksud SEO, sila baca di kategori Tips SEO.
  • Komen di Blog - Blog yang aku maksudkan bukan lah komen di blog korang, tapi komen di blog yang mempunyai niche yang sama dengan korang. Kalau korang komen di blog sendiri means korang syok sendiri la. Melalui komen di blog yang mempunyai trafik tinggi boleh membantu blog/website korang mendapat tempias dari blog tersebut. Walaupun korang tak boleh nak promosi dengan meletakkan anchor text, korang boleh gunakan content komen korang untuk memancing trafik.
  • Link Exchange - Promosi melalui link exchange juga bakal memberikan korang trafik percuma. Link exchange adalah penukaran link blog/website korang dengan blog yang lain. Jadi, rajin2 la berhubung dengan blog2 lain bagi buat exchange link dengan diorang.
Cara Promosi Berbayar
  • High Traffic Website - Website biasanya mempunyai ruang iklan untuk disewa kepada advertiser.Korang boleh sewa ruang iklan dalam bentuk banner di blog/website yang banyak trafik yang sama niche dengan korang. Harga sewaan biasanya bergantung kepada bilangan Unique Visitor blog/website tersebut. Semakin banyak Unique Visitor, semakin tinggi harga sewaan yang dikenakan. Contoh website yang mendapat banyak unique visitor seperti Berita Harian Online dan Mudah.my. Menyewa ruang iklan di high traffic website memerlukan modal pengiklanan yang besar. Tapi jangan takut, hasilnya berbaloi2
  • Google Adwords - Promosi melalui program Pay Per Click paling jimat dan mudah mendapat target prospek. Ia berbeza dengan menyewa iklan di high traffic website kerana caj untuk High Traffic Website adalah tetap dan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Admin. Tapi Pay per click. korang di caj berdasarkan bilangan iklan korang di klik oleh pelawat. Harga untuk satu klik biasanya RM0.30~RM1.00. Bengantung kepada persaingan bid per click dari Advertiser yang lain.
  • Sistem Affiliate - Affiliate ni aku senang takrifkan sebagai pengedaran. Ramai Internet Marketer yang menjalankan promosi secara affiliate. Affiliate amat memudahkan kerana korang tak perlu nak fikir untuk buat promosi di internet. Kerana tugas promosi dilakukan oleh ahli2 affiliate korang. Korang dikehendaki membayar gaji kepada ahli2 affiliate ni berdasarkan terma dan syarat korang. Sama ada korang mahu membayar secara komisyen produk atau secara pay per click.
Ini baru sedikit contoh promosi yang boleh dilakukan di internet. Ada banyak lagi cara nak promosi secara online ni. Aku akan beri cara promosi terbaru pada post akan datang. Setiap Cara promosi ini akan aku huraikan dengan lebih lanjut dalam post dalam kategori Tips Online Marketing.

Sila subscribe blog ini bagi mengelakkan korang terlepas info2 percuma dalam blog aku ni..
Sekian,

Selamat Berjaya.



0 ulasan:

Catat Ulasan