Rahsia Duit Online | Isu Duit Online | Boleh Percaya Ke Beli Kat Internet Ni??


Salah sejahtera..
Diam tak diam dah semakin ramai Internet Marketer yang dilahirkan kat Malaysia ni. Diharap ianya akan bertambah dari semasa ke semasa. Penambahan ini juga haruslah selari dengan pertambahan mentaliti masyarakat Malaysia dengan teknologi Internet.

Jika dilihat dari nyata, memang ramai Internet Marketer di Malaysia yang berjaya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit untuk setiap produk yang mereka hasilkan. Mungkin pada pandangan kita semua yang nilai ini adalah sesuatu yang besar. Tapi tahukan anda semua yang nilai ini terlalu kecil berbanding Internet Marketer dari luar negara. Mereka rata-rata menjadi jutawan bila saja bergelar Internet Marketer walaupun mereka baru saja menghasilkan 1 produk. Kenapa perkara ini tak terjadi di Malaysia?

Antara sebab utama adalah mentaliti masyarakat Malaysia sendiri iaitu "Tidak Percaya Membeli Melalui Internet". Kenapa mentaliti ini terjadi.??Saya bukan memandang kearah orang yang tidak pernah melayari internet. Tapi saya lebih memandang kepada mereka yang selalu melayari internet. Cukup aktif di Facebook dan setiasa online setiap masa. Kebanyakan mereka yang tak percaya ini adalah datangnya dari mereka yang saya boleh katakan sebagai netters tegar. Apa yang menyebabkan mereka ini tidak percaya?mereka mempunyai fahaman yang pembelian melalui internet ini lebih menjerumus kepada penipuan.

Ada yang bertanya saya, "Boleh percaya ke beli kat Internet?","Nanti kalau dia tipu macam mana?, duit dah bayar, tapi barang tak hantar".Aduhai..apa lah mereka ni..Jika anda yang baca blog saya ni ada pemikiran macam tu..Meh sini saya nak terangkan..

Internet adalah hubungan manusia secara maya. Kita berhubung tanpa bersemuka. Kita berurusan hanya menggunakan jari dan mata. Saya yakin mungkin ada antara anda yang pernah tertipu dengan pembelian kat Internet ni. Sebab itu lah anda terus melabelkan yang pembelian melaui internet ini adalah salah satu penipuan. Tetapi, dalam kes ini siapakah yang patut dipersalahkan?adakah si penipu atau si ditipu(eh betul ke ayat aku ni..hee). Pada pendapat saya, si ditipu la yang bersalah dalam hal ni. Kerana apa?..Ini semua kerana ilmu. Si penipu mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari si ditipu. Sebab itulah si ditipu akan kena tipu dengan si penipu..Haha..padan muka si ditipu..siapa suruh malas belajar??kan dah kena tipu..hoho..
Kepada si ditipu, sebenarnya anda kena belajar bagaimana nak beli barang atau produk melalui internet ni sebelum gatal membeli melalui Internet..Nah..kat bawah ni saya bagi tips kat anda bagaimana nak beli produk melalui internet tanpa ditipu..Jika!! anda melihat mana-mana web jualan yang menawarkan produk yang anda cari..

Perkara pertama yang anda harus lihat adalah identiti penjual. Saya nak tanya satu soalan kepada anda, adakah anda akan berurusan jual beli dengan orang yang anda ragu-ragu identitinya..Pasti tidak bukan..sebab itulah identiti sangat penting untuk mengelakkan kita ditipu dari penyangak kat internet ni. Tapi, bagaimana nak tahu identiti mereka? Sangat mudah..iaitu melalui gambar penjual. Seorang penipu adalah bodoh jika meletakkan gambar mereka dengan tujuan untuk menipu orang. Jadi, jika anda lihat web jualan sesuatu produk tidak mempamerkan gambar penjual, ini bermakna anda sudah boleh mula berhati-hati. Namun begitu, ada juga Internet Marketer yang tak mahu dikenali wajah mereka (low profile konon). Mereka hanya meletakkan nama mereka atau nama pena mereka sahaja di dalam web jualan. Jika perkara ini terjadi, anda kenalah kaji selidik terlebih dahulu identiti sebenar mereka secara manual. Iaitu dengan menggunakan bantuan enjin carian. Anda boleh search kat Google nama pemilik web jualan tersebut. Dari situ jugalah anda boleh tahu siapa mereka sebenarnya. Dengan membaca result yang disenaraikan oleh pakcik Google, pasti anda akan berjumpa dengan result "Si Polan Penipu" atau "Si Polan kebas duit orang" atau pun "Bagus produk si polan ni" daripada mana2 forum atau blog-blog.. Jika result banyak memaparkan perkara yang negatif tentang internet marketer tersebut, ini bermakna Internet Marketer itu adalah seorang penipu dan seorang yang bermasalah. Secara logiknya, jika perniagaan internet mereka dilakukan dengan jujur, pasti tidak akan ada result yang berbaur negatif bukan.

Perkara kedua adalah, profesionalisme. Apa yang boleh dikaitkan profesional dalam membeli produk melalui internet ni? Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikaitkan. Tapi pada entri kali ni saya akan lebih tertumpu kepada ciri-ciri profesional sesebuah web jualan(sebab ramai yang mula ditipu melalui web jualan). Ciri-ciri web jualan yang profesional adalah mereka menggunakan domain sendiri untuk web jualan mereka. Jika anda perhatikan yang mereka hanya menggunakan platform Blogger, Worpress, Webs atau mana - mana blog yang percuma yang lain ini bermakna anda sedang dipancing oleh penipu. Seorang Internet Marketer yang jujur pasti mampu untuk menanggung kos domain dan hosting sendiri(yang hanya beberapa sen sahaja) dan tidak memerlukan platform percuma untuk meletakkan produk mereka. Profesionalisme juga boleh merujuk kepada aktiviti si penipu di internet. Sorang Internet Marketer yang jujur sudah semestinya akan aktif dalam dunia online. Maksud aktif disini adalah aktif di forum-forum dan laman-laman sosial. Ini berlainan sungguh dengan sikap si penipu yang sedaya upaya melindungi identiti diri mereka dari diketahui masyarakat Online.

Perkara yang ketiga adalah testimoni. Ramai antara kita akan mula percaya pada sesuatu web jualan berdasarkan testimoni. Anda kena ingat, testimoni adalah suatu senjata web jualan yang berupaya mempengaruhi emosi manusia. Orang akan lebih mudah membeli jika terdapat banyak testimoni. Tetapi, jika testimoni yang anda jumpa tu adalah testimoni yang anda rasa anda boleh buat sendiri, jadi anda seharusnya tidak boleh percaya dengan web jualan tersebut. Testimoni yang jujur adalah testimoni yang disertakan dengan cara yang mana anda boleh menghubungi pemberi testimoni tersebut. Ini termasuklah no hp, email, atau blog pemberi testimoni tersebut.

Berdasarkan apa yang saya susunkan ini, saya harap ia dapat membantu anda sedikit sebanyak panduan sebelum membeli produk di Internet. Semalam ada lagi sahabat saya yang bertanya tentang produk Jamal Pakar Ebook. Dia kata " Mungkin dia akan menipu walaupun dia dah terkenal. Kita tak tahu hati budi dia". Saya cuma tersenyum. Mungkin dia tak tahu apakah akibatnya jika seseorang Internet Marketer cuba menipu pelanggannya. Lantas saya terangkan kat dia kesan buruk yang bakal diterima kepada Internet Marketer yang menipu ni:-

Kesan yang pertama adalah dia akan kehilangan pelanggan. Mungkin anda rasa yang kehilangan seorang pelanggan tidak akan mendatangkan kesan langsung pada mereka. Untuk pengetahuan anda, kesemua Internet Marketer kebanyakannya berjaya melakukan jualan produk melalui pelanggan yang sama. Jika hari ini anda menjadi pelanggan mereka, mungkin beberapa bulan lagi anda akan menjadi lagi pelanggan mereka sekali lagi. Jadi, jika mereka kehilangan anda sebagai pelanggan, ini bermakna, sampai mati pun anda takkan lagi jadi pelanggan mereka. Hal ini sama seperti kehilangan list. Kalau anda nak tahu, rahsia utama Internet Marketer berjaya adalah disebabkan list mereka. Jika mereka kehilangan list, bermakna mereka akan mengalami banyak kerugian. Ini adalah kerana, kerja membina list memerlukan kos yang tinggi dan masa yang sangat lama. Cabaran utama seseorang Internet Marketer pada peringkat awal menjalankan perniagaan internet adalah membina list.

Kesan yang kedua adalah dari segi kredibiliti. Apa itu kredibiliti, sila klik sini. Bila kredibiliti seseorang Internet Marketer itu jatuh, ini bermakna perniagaan internet yang diusahakan juga bakal jatuh. Ini adalah disebabkan tiada lagi orang yang bakal percaya dengan web jualan dia. Anda kena ingat, dunia online ini adalah dunia maya. Kredibiliti sangat penting dalam dunia maya.

Kesan ketiga adalah kesan kehilangan para affiliate mereka. Untuk info anda, antara kejayaan Internet Marketer mendapatkan jualan puluhan ribu ringgit adalah melalui kaedah affiliate. Jika tak tahu apa itu affiliate klik sini. Secara kebiasaannya, hampir 70%~80% jualan banyak dilakukan melalui program Affiliate. Jika ramai pelanggan dari senarai list yang mengadu tentang keburukan produk, ini bermakna, para affiliate pasti akan mengahadapi kesusahan untuk mempromosi produk tersebut. Ye la bagaimana nak melakukan jualan jika ramai yang complaint.

Ketiga-tiga ini adalah perkara yang amat ditakuti oleh semua Internet Marketer tak kira di Malaysia ataupun di luar negara. Jadi anda tak perlu risau..Ketakutan mereka berada dalam tangan anda. So, anda sebagai pembeli lebih berkuasa.haha

Sebelum saya menutup entri ni, saya nak berpesan kepada mereka khususnya yang pernah ditipu dengan macam2 web jualan tu. Sila berhati-hati dalam membeli produk di Internet, dan juga jangan berhenti membeli dari Internet supaya anda tidak dikatakan K****T..hehe..Chow.




2 ulasan:

KhalTamarPlus berkata...

Humm.. jujur je senang dan bila orang dah mula percaya, semua kerja boleh jadi senang.

jafri berkata...

Salam Sejahtera Saudara dan Saudari...

WAZZUB ! JOM KITA UNTUNG SAMA2...

Cuma KLIK link dan SIGN-UP saja ! TAK kena bayar apa apa.. saya pun dah sign up ! Cuba saje lah sebab bayaran nya pun LUMAYAN.. Diaorg ni nak Launching WEBSITE BARU, so , diaorg mintak tolong kita war2 kan SITE dorang. Lagi ramai register, lagi banyak payment katanya, nak tahu lagi ? Meh KLIK link ni dan register ....

http://signup.wazzub.info/?lrRef=cb910

KENAPA SAYA DAFTAR? SEBAB TAK PAYAH KELUAR DUIT.. TU YANG SAYA DAFTAR . CUBALAH !! MANA TAHU ADA INCOME DISINI . CUMA BUAT IKLAN UNTUK DIA ORG SAJA .=)

Ape ke bende Wazzub ni?

Wazzub ni akan menjadi PESAING baru kepada google, yahoo, msn dan lain2 laman website di internet. Yang bagusnya, die ade PROFIT SHARING dgn semua pengguna2 die. Tapi untuk mase yang TERHAD saja.. So saye mengajak you all semua supaya menjadi yang TERAWAL untuk join bende ni. So kalau betul, kita akan dapat share profit tu. Tak mcm google, kite gune google, google yang makin kaya. Kita tak dpt ape2 pun. Kalau yang ni, katekan walau dibayar $50 sekalipun, kita masih dapat sesuatu dari diorang.

Jadi, sekali lagi saya ajak kawan2 semua, marilah join bende ni. Tak susah, cume sign up je. FREE JE. 1 SEN PUN TAK KENA BAYAR, FOREVER !!!. Dari kita duduk layan internet tak untung apa2, baiklah kite cari peluang nak tambah pendapatan. Tak perlu bnyk pun, dapat sikit pun jadilah. Kate tambah pendapatan kan..

Renung2kan dan selamat menyertai Wazzub.

CONTOH ANDA AJAK 5 KAWAN DAN KAWAN AJAK LAGI 5 KAWAN2 DAN
SETERUSNYA...
1st. Generation 5 x $1.00 =$5.00
2nd. Generation 25 x $1.00 =$25.00
3rd. Generation 125 x $1.00 =$125.00
4th. Generation 625 x $1.00 =$625.00
5th. Generation 3125 x $1.00 =$3,125.00
ANDA AKAN TERIMA PASIF INCOME SETIAP BULAN $3,125.00 SETIAP BULAN
SEUMUR HIDUP.
KALAU ANDA TAJA 10 ORG x10 SEHINGGA 5 GENERATIONS..BAGAIMANA.. ANDA AKAN DAPAT
$111,110.00 per month in passive residual income for LIFE!

Kalau anda masih ragu2 dan tak nak percaya atau tak mahu beri masa anda sedikit kat sini, tak mengapa lah.... saya macam ni juga... mungkin 90 hari lagi saya ada pendapatan disini, ANDA ??? Tetap di tempat yang sama kan?

JADI APA TUNGGU LAGI JOM DAFTAR RAMAI-RAMAI DISINI :

http://signup.wazzub.info/?lrRef=cb910

AJAK RAKAN SERAMAI MUNGKIN,,SEMAKIN BANYAK RAKAN YANG DAFTAR DIBAWAH ANDA SEMAKIN BANYAK PENDAPATAN YANG ANDA TERIMA...


CHECK EMAIL [VERIFICATION]. KLIK LINK [VERIFICATION] UNTUK PENGESAHAN..
JIKA TIADA DI INBOX EMAIL CARI DI SPAM/JUNK FOLDER EMAIL ANDA.


SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA…... REZEKI ADA DIMANA-MANA !!!!!

Catat Ulasan