Cara Menentukan Persaingan Keyword Untuk Google Adsense

Salam sejahtera untuk pembaca setia Rahsia Duit Online.
Pemilihan keyword yang betul adalah penentu kejayaan sesuatu program Google Adsense. Post kali ni aku nak berkongsi sedikit tips bagaimana nak dapatkan keyword yang bagus untuk menjana income adsense ni dengan lebih mudah.

Pilih keyword yang kurang saingan.
Jika korang mengikuti blog aku ni, Aku pernah post kan tentang kenapa Income Adsense sedikit. Ia disebabkan kekurangan pelawat ke blog korang. Untuk mendapatkan pelawat, korang perlu dapatkan tempat di page pertama dalam hasil carian Google. Sebagai permulaan dalam Google Adsense, adalah lebih wajar untuk korang menggunakan keyword yang kurang saingan. Terdapat 3 jenis keyword yang korang perlu tahu. Yang pertama 'short keyword', yang kedua 'long keyword' dan yang ketiga 'long tail keyword' Maksud aku keyword yang kurang saingan adalah long tail keyword. Sebagai contoh, mari kita ambil short keyword 'hanphone'.

Page hasil carian keyword hp ini diambil pada 12 Jun 2010 jam 13:08..hasil carian adalah sebanyak 43 juta pages yang ada dalam indeks carian Google. 43 juta hasil carian aku dah kirakan sebagai saingan tinggi kerana untuk mendapat tempat pertama ke2 atau ke 3 dalam hasil carian memerlukan teknik SEO yang tinggi. Jadi blog korang pasti akan tiada pelawat langsung, ini adalah kerana 95% pelawat akan klik pada hasil carian yang pertama, kedua dan ketiga. Jika skil SEO korang dah cukup tinggi, mungkin boleh la korang bersaing untuk short keyword ni.

Sekarang ni kita lihat pula untuk long tail keyword. Long tail keyword adalah keyword yang mempunyai lebih dari 2 perkataan. Sebagai contoh, keyword 'handphone nokia for sale'. Sila rujuk gambar di bawah.

Hasil carian cuma 3 juta pages sahaja. Ini bermakna, persaingan dah semakin kurang. Jadi untuk mendapatkan takhta teratas tidak la sesulit untuk hasil carian bagi 43 juta tadi. Betul tak..hee..
Aku sarankan kalau boleh cuba dapatkan long tail keyword yang kurang daripada 10,000 hasil carian. Ini kerana, untuk dapatkan tempat pertama dalam enjin carian akan menjadi lebih mudah.

Okay, sekarang keyword korang dah jumpa. Macam mana plak dengan harga PPC Google Adsense? Adakah lumayan? Sekarang kita buat research harga PPC bagi long tail keyword 'handphone nokia for sale' . Caranya korang pergi pada website Google Keyword Research Tool. dan masukkan long tail keyword ni. Jika harga nya tak memuaskan, korang boleh pilih keyword yang lain. Cara yang aku tunjukkan ini adalah hanya untuk menentukan persaingan keyword dalam enjin carian google sahaja.

Untuk mendapakan keyword yang mempunyai harga PPC yang mahal aku akan post pada entri akan datang. Sekian..terima kasih kerana sudi membaca.

0 ulasan:

Catat Ulasan