Rahsia Duit Online | Tips Pemasaran Online | Autoresponder Menangkap Prospek


Salam sejahtera buat pembaca Rahsia Duit Online..
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda tentang tips bagaimana untuk mendapatkan jualan yang bagus dalam pasaran internet dengan menggunakan fungsi sistem Autoresponder. Memang tidak sah bagi seorang Internet Marketer untuk memiliki sistem autoresponder mereka sendiri.

Apa Itu Autoresponder?
Autoresponder adalah satu sistem yang menyediakan perkhidmatan pemasaran email secara berjadual. Jika anda pernah subscribe dari mana-mana web jualan, email anda akan diletakkan dalam senarai opt-in list yang mana dihubungkan dengan sistem Autoresponder. Sistem ini akan menghantar email secara berjadual mengikut kesukaan admin web jualan yang anda telah daftar. Sila rujuk gambar di atas.

Kelebihan Autoresponder

Mengelakkan kehilangan prospek - Mana2 prospek yang pernah melawati web jualan anda pasti akan mengingati anda bila mereka mendaftarkan email mereka dalam ruangan opt in list form. Mereka akan diberi info susulan tentang produk anda melalui pemasaran email secara automatik.

Meningkatkan keyakinan prospek - Segala content dalam email yang bakal dihantar mampu meningkatkan keyakinan prospek korang. Jika content tersebut menerangkan tentang kerugian yang bakal diorang hadapi jika tak mendapatkan produk anda, pasti mereka akan bertindak secepat mungkin untuk mendapatkan produk. Selain itu, pemasaran email juga boleh di set up agar email yang dihantar kepada prospek akan kelihatan lebih personal. Ini akan memudahkan prospek lebih mengenali anda. Anda akan lebih mudah melakukan jualan bila prospek mengenali anda dengan lebih rapat.

Menjimatkan masa - Memang betul, autoresponder bertindak sebagai kerani anda. Anda cuma perlu membayar gaji kepada sistem autoresponder ini dengan harga yang amat murah. Autoresponder akan melakukan follow up kepada semua prospek anda.

Mengumpul Mail List dengan mudah - Semua mail list yang anda terima pastilah target prospek yang berminat terhadap produk anda. Selain itu, jika anda mempunyai produk yang baru dan mempunyai niche yang sama dengan Mail List anda, anda boleh melakukan pemasaran email terhadap mail list anda dengan mudah tanpa perlu promosi secara advance. Sebagai contoh, sekiranya produk anda sebelum ini adalah ebook Tips Memancing dan anda telah mengumpul mail list yang banyak dari web jualan ebook Tips Memancing, anda boleh gunakan mail list tersebut untuk menjual produk yang berkaitan dengan memancing yang lain dengan lebih mudah.

P/S Autoresponder adalah Rahsia Utama Internet Marketer melakukan jualan yang banyak untuk setiap produk.


0 ulasan:

Catat Ulasan