Rahsia Duit Onlie | Tips Online Markerting | Email SPAM Kritikal



Sejak 2 bulan yang lepas, akaun email yahoo saya (material_steel@yahoo.com) telah banyak kali didatangi dengan email2 SPAM yang mempromosikan RMInfinity.com. Kehadiran email SPAM ini berikutan dari penjualan alamat email saya kepada ahli yang menyertai RMInfinity.com. Saya mengesyaki perkara ini adalah kerana kebanyakan email SPAM yang saya terima datangnya dari promosi produk yang sama. RMInfinity ni salah satu program reseller. Saya akan bincang tentang program ni di dalam kategori Reseller.

Melakukan email marketing secara SPAM lebih lengkap saya katakan sebagai tingkah laku yang tak bertanggungjawab dan tak beretika. Kerana apa, senarai penerima email bukanlah datang opt-in list yang di bina sendiri dan bukan lah dari prospek yang berminat, tapi sebaliknya dikumpul secara haram dan dijual kepada mereka yang tak bertanggungjawab dengan harga yang sangat murah. Kejadian ini berlaku kerana Spammer yang terlibat mahu menjimatkan modal untuk melakukan promosi dan modal untuk autoresponder. Dengan harga serendah RM50, mereka akan menerima 50,000 email list. Untuk pengetahuan anda, penggunaan list email yang dibeli ini tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada ahli perniagaan tersebut, sebaliknya akan mengundang menerima sumpahan dan makian dari si penerima email SPAM. Di bawah ni saya ada tulis kelebihan Email list yang dibina sendiri dan email list yang dibeli.

Email List Sendiri VS Email List Beli
Mempromosikan sesuatu produk melalui email list yang dibina sendiri adalah lebih mudah menghasilkan jualan berbanding email list yang diberi. Teori yang mudah adalah, promosi ke 1000 email list sendiri mampu menghasilkan 50% jualan berbanding email list yang dibina sendiri yang hanya mungkin menghasilkan jualan sekitar 1% atau tiada langsung. Ini adalah disebabkan, email list yang dibina sendiri merupakan email list yang benar dan meminati produk tersebut, manakala email list yang dibeli adalah secara paksaan.

Pengunaan email list yang dibeli juga bakal menjatuhkan kredibiliti sesuatu program duit online oleh kerana cara promosi yang tidak profesional. Sebagai contoh RMinfinity.com, kesan utama yang akan membuatkan kredibiliti program duit online ini jatuh adalah akan munculnya aduan dan artikel tidak puas hati di forum2-forum dan juga di blog-blog seperti yang saya sedang lakukan sekarang. Saya telah menyatakan rasa tidak puas hati saya tentang cara promosi yang dilakukan oleh ahli RMinfinity.com ni. Sekiranya pembaca blog saya ni membaca artikel ini, pasti ianya akan mengundang impression yang buruk terhadap program buat duit online tersebut.

Email list sendiri merupakan target prospek yang paling tepat kerana prospek telah mendaftarkan email mereka di borang opt-in di dalam web jualan. Manakala email list sendiri adalah email list yang dah expired yang dijual daripada IM yang lama kepada IM yang tidak mahu mengeluarkan modal dalam melakukan promosi.
Kepada sesiapa yang terlibat menjual list email yang dibina sendiri, anda ingatlah. anda telah berjanji untuk memegang amanah bagi melindungi privasi email pelanggan anda daripada terlibat dengan aktiviti SPAM. Tetapi apa yang berlaku? Anda telah mengkhianati amanah tersebut dengan cara menjual list email anda. Anda harus tahu, senarai customer anda pasti akan merasa syak terhadap anda kerana mereka pasti ingat kepada siapakah email mereka telah diberi. Ini secara tak langsung akan menjatuhkan kredibiliti anda juga wahai si penjual email list.

Kepada yang telah membeli list email tu atau bercadang nak membeli email list tu, seeloknya anda hentikan la.Memang mungkin anda dapat menghasilkan jualan dari 1% senarai list anda, tapi yang 99% lagi akan menghasilkan sumpahan dan cacian buat anda. Anda nak macam tu ker? So, pikir la seeloknya..jadi..sama-samalah kita hentikan email SPAM ni sebab saya dah penat nak delete sampai 10~20 email SPAM sehari. Katakan tidak pada SPAM




0 ulasan:

Catat Ulasan