Rahsia Duit Online | Google Adsense | Jangan Pilih Niche Goreng Pisang Panas


Salam sejahtera buat pembaca Blog Rahsia Duit Online.
Mungkin dari tajuk post ni pasti ada yang boleh meneka apakah yang akan saya sampaikan pada entri kali ni. Disamping gambar goreng pisang yang menggiurkan..hoho
Niche atau nama lainnya adalah bidang. Niche Market pula adalah bidang pasaran. Jika niche blog anda adalah tentang pewangi badan, maka dalam blog anda haruslah menceritakan tentang produk pewangi badan sahaja. Penentuan niche yang betul akan membantu blog anda dalam mencari ranking di enjin carian.

Jika membina membina blog dengan sesuatu niche, pasti anda mahu blog anda sentiasa ada pelawat betul even tak selalu di update.Untuk melakukan perkara ini, pemilihan niche yang betul akan memainkan peranan. Maksud saya adalah niche untuk long term use..contoh niche yang long term adalah 'kereta'..niche seperti ini pasti akan ada permintaan bagi setiap masa. Jika anda buat duit dengan Adsense, anda perlu membina blog dengan niche yang selalu menjadi permintaan ramai. Pemilihan niche yang hanya mempunyai permintaan yang sekejap adalah niche yang tak sesuai anda gunakan untuk buat duit dengan Google Adsense. Ini adalah kerana blog dengan niche yang selalu menjadi permintaan ramai akan menjana pendapatan pasif kepada tuan punya blog tersebut.

Google Trend harus digunakan dalam usaha mencari niche market yang mempunyai potensi dalam jangka panjang. Contoh niche goreng pisang panas adalah seperti World Cup, Krismas atau sebarang event yang hanya popular dalam masa tertentu sahaja..



0 ulasan:

Catat Ulasan