Rahsia Duit Online | Program Duit Online | Cara Membuat Paypal


Salam Sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..
Kali ni saya nak berkongsi dengan anda apa itu Paypal. Mungkin ada antara anda pernah membuat transaksi secara online, anda mesti dah familiar dengan Paypal. Disini saya nak terangkan sikit pasal akaun Paypal ni dan kelebihannya..

Apa Itu Paypal
Paypal adalah satu perkhidmatan akaun simpanan duit di internet. Ia juga mempunyai fungsi yang sama seperti maybank2u dan CimbClicks. Cuma bezanya, Paypal boleh digunakan seluruh dunia berbanding maybank2u dan CimbClicks yang hanya boleh digunakan untuk beberapa negara sahaja. Paypal membolehkan kita melakukan urusan jual beli secara online dengan seluruh dunia. Pemindahan duit secara Paypal adalah melalui akaun Paypal ke Akaun Paypal.Paypal tidak melakukan transaksi dari akaun bank biasa ke atau Paypal penerima dan sebaliknya.

Ciri-ciri Paypal

Syarat yang mudah - Jika anda mahu membuka akaun Paypal, anda tidak akan dikenakan bayaran walau sesen pun. Pendaftaran adalah percuma. Selain itu, untuk membuka akaun Paypal, anda harus mempunyai alamat di negara yang menjalankan aktiviti kemasukan dan pengeluaran wang dengan menggunakan kad kredit atau kad debit.

Caj Paypal - Mungkin anda pelik bagaimana pihak Paypal tidak mengenakan bayaran terhadap anda langsung tatkala anda mahu mendaftar untuk membuka akaun di Paypal. Yang sebenarnya, pihak Paypal masih akan mengenakan charge terhadap anda. Caj yang saya maksudkan adalah caj transaksi. Bila anda menggunakan Paypal untuk melakukan sebarang transaksi secara online Paypal akan mengenakan caj terhadap transaksi tersebut. Caj ini Paypal akan kenakan pada pihak penerima. Ini bermakna, jika anda adalah sebagai pembeli yang ingin membuat bayaran melalui Paypal, anda tidak akan dikenakan caj. Sebaliknya si penerima akan dikenakan caj.

Cara transaksi - Jika anda mahu melakukan transaksi, disini ada beberapa situasi yang anda perlu faham. Jika anda membuat pemindahan wang dari akaun Paypal anda ke akaun Paypal yang lain, anda mungkin tidak akan menghadapi masalah untuk melakukan transaksi. Tapi jika anda menerima wang dari akaun Paypal yang lain, anda harus melakukan pengesahan kad kredit atau kad debit anda terlebih dahulu. Cara yang anda perlu buat adalah anda hanya perlu memasukkan no kad debit/kredit anda ke dalam akaun dan lakukan pengesahan. Selepas itu, anda sudah boleh menerima wang tersebut kedalam akaun Paypal anda. Tetapi anda harus melakukan pengesahan sepenuhnya dengan memasukkan nombor 4 digit yang dihantar oleh Paypal kepada penyata kad debit/kredit anda sebelum tempoh 30hari. Jika anda gagal melakukan pengesahan dalam tempoh yang diberi, pihak Paypal akan memulangkan kembali wang yang diterima oleh anda kepada pihak pemberi. Untuk melakukan pengesahan tersebut, anda akan di caj sebanyak USD 1.95. Setelah pengesahan sepenunya dilakukan, caj tersebut akan dipulangkan ke dalam akaun Paypal anda. Jika anda mahu melakukan pengeluaran secara tunai anda perlu memiliki kad debit yang mempunyai logo VISA dan keluarkan wang anda di mesin ATM

Refund Paypal - Perkara ini amat penting sekali jika anda adalah penjual yang menerima bayaran menerusi Paypal. Kemudahan Refund Paypal sesuai digunakan apabila pembeli mahu anda memulangkan kembali wang mereka jika mereka tidak berpuas hati dengan produk anda. Jika anda meletakkan TOS ke atas produk anda, anda harus meletakkan produk tersebut di bawah Refund Paypal dan memulangkan bayaran tersebut juga menerusi kemudahan Refund Paypal. Jangan melakukan refund wang pembeli secara manual. Ini akan menyebabkan pihak pembeli melakukan dispute terhadap transaksi bayaran tersebut.

Tahap keselamatan Paypal
Tahap keselamatan sama seperti internet banking yang lain. Iaitu sebarang transaksi akan diberitahu melalui email. Selain itu, jika akaun Paypal anda diceroboh dan berlaku kehilangan wang di dalam akaun anda, anda boleh mengemukakan aduan kepada Pihak Paypal dan jika didapati dakwaan anda benar, pihak Paypal akan mengantikan semula kesemua wang anda.

Tips Guna Akaun Paypal
Buat masa ini masih lagi tiada orang yang komplain dengan servis Paypal ni. Tapi bagi tujuan keselamatan yang korang mungkin tak boleh nak jangka, saya ada berikan beberapa tips bila anda mahu gunakan servis Paypal.

Jangan biarkan akaun Paypal penuh dengan duit. Seeloknya, keluarkan duit tersebut dan simpan di dalam akaun berasingan. Ini bagi mengelakkan anda bermasalah jika akaun anda diceroboh. Anda tidak perlu takut wang anda hilang biarpun akaun anda diceroboh.

Buat pembayaran melalui debit card. Kad debit tidak akan melakukan transaksi bila jumlah duit didalamnya tidak mencukupi. Dengan cara ini anda dapat mengawal pengeluaran duit anda. Berbanding kad kredit, nilai di dalam kad kredit selalunya banyak. Jadi jika pembayaran dilakukan dengan kad kredit, mungkin pembayarannya melebihi dari apa yang anda mahu.

Kerapkan menukar email untuk akaun Paypal. Jika anda nak lagi selamat, jangan gunakan email Paypal yang sama selama 6 bulan. Di khuatiri, penyangak yang hebat IT ni dapat menceroboh akaun email anda.

Jangan melaggar TOS Paypal. Kesilapan ini banyak yang dilakukan oleh pengguna Paypal. Antaranya menerima duit yang terlalu banya dalam satu masa. Pihak Paypal berhak menggantung akaun anda serta merta tidak kira berapa jumlah.


p/s Penggunaan Paypal masih lagi tidak begitu meluas di Malaysia. Tapi di US, ianya dah menjadi seperti fully trusted banking. Jadi saya rasa tiada masalah untuk anda menggunakan akaun Paypal ni untuk kemudahan dan keselamatan duit anda.




0 ulasan:

Catat Ulasan