Rahsia Duit Online | Google Adsense | Tips Buat Blog Yang Bagus Untuk Adsense

Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online

Sekarang ni ramai newbie yang baru-baru dalam Google Adsense ni membina blog hanya dengan tujuan untuk meraih pendapatan dari Google Adsense sahaja tanpa mengira kualiti sesuatu blog. Maksud kualiti yang saya ingin tekankan pada post kali ini bukanlah kualiti blog dari segi PR. Tapi kualiti blog dari segi design.

Untuk mendapatkan klik yang maintain pada iklan adsense anda, anda perlu mendapatkan pembaca setia untuk blog tersebut. Pembaca setia adalah golongan yang akan memberikan klik yang banyak pada iklan adsense anda berbanding pelawat yang baru. Blog yang harus anda buat janganlah blog yang mengandungi artikel(dari enzine article) dan iklan adsense semata-semata. Ini jelas menunjukkan kepada pelawat yang anda menghasilkan blog dengan tidak bersungguh2. Kesan utamanya adalah, pelawat tersebut akan melawat blog korang hanya untuk sekali sahaja. Ini adalah kerana sememangnya menjadi fitrah mata manusia yang suka pada pandangan yang indah. Bagi memenuhi fitrah ini, anda haruslah membina blog dengan cara yang betul. Berikut merupakan tips yang saya boleh kongsi tentang tips blogging yang simple.

Pilih design dengan tema yang betul dengan niche. Jangan biarkan blog anda nampak kosong dan tidak menarik. Seeloknya pilih warna putih sebagai background blog tersebut. Pemilihan warna gelap memberikan pandangan yang tidak jujur tentang blog anda.

Mengunakan template yang teratur. Jangan serabutkan kepala pelawat sehingga pelawat susah nak membaca info tentang blog korang. Kurangkan iklan bergambar dan lebihkan iklan berbentuk teks bagi menyenangkan pembaca.

Gunakan gaya tulisan yang profesional. Jangan gunakan font tulisan yang bersambung-sambung. Gaya tulisan juga haruslah teratur dan mudah difahami.

Banyakan gambar. Pelawat amat suka pada benda yang dilihat di gambar berbanding dari benda yang dibaca. Melalui gambar, dapat meberikan gambaran awal tentang sesuatu post tersebut. Jadi ini bakal memudahkan pelawat untuk menerima apa yang anda ingin sampaikan dalam post tersebut.

Mungkin anda pernah menghadapi masalah permohonan akaun Adsense tidak diterima Google Inc.Antara sebab utama adalah pihak Google Adsense akan membuat tinjauan untuk setiap blog yang memohon akaun Adsense secara manual, jadi..jika blog anda itu dilihat tidak menarik pada first impression, pastinya Google Inc tanpa segan silu untuk tidak meluluskan permohonan anda. Jadi, buatlah blog dengan bersungguh-sungguh..


0 ulasan:

Catat Ulasan