Rahsia Duit Online | Tips Online Marketing | Komen Di Blog


Ramai netters yang suka baca blog. Suka follow up sesuatu blog yang diorang minat. Di samping itu ada yang tinggalkan komen di blog2 tersebut. Komen di blog yang lain adalah antara salah satu tips online marketing yang korang boleh gunakan untuk promote blog korang. Kenapa saya cakap macam tu..jom kita sama2 bincang benda ni..
Kelebihan Meninggalkan Komen Di Blog
  • Mendapat trafik percuma dari visitor blog yang anda komen - Bagi saya, fungsi meninggalkan komen di blog sama seperti anda meletakkan ads di website iklan percuma. Kerana dalam ruangan meninggalkan komen, anda akan diminta untuk meletakan username dan URL anda. Jadi ini akan membuatkan blog anda mendapat promosi yang percuma dari visitor blog yang anda komen. Setiap visitor yang mahu meninggalkan komen mereka, mereka pasti akan membaca previous komen terlebih dahulu. Jika komen anda menarik dan kontrovesi, pasti secara tak langsung ia mampu menarik minat visitor tersebut ke blog/website anda.
  • Mendapat backlink untuk menaikkan Page Rank blog anda - Menulis komen di blog juga mampu memberikan backlink percuma. Lagi banyak anda komen di blog bloggers lain, makin banyak la backlink yang anda dapat.
Tips Menulis Komen
Mesti anda tak sangka kan, komen di blog pun ader tips juga..ia semestinya kerana komen yang menarik akan membuat visitor membaca komen anda. Berikut adalah tips bagaimana nak menulis komen di blog.
  • Gunakan Username yang sama - Username merupakan perkara penting untuk dikenali di internet. Penggunaan username ketika memberikan komen akan menyebabkan subscriber blog tersebut akan mengenali korang berdasarkan username yang sama. Jika username korang selalu dilihat aktif di ruangan komen di entri2 yang lain, ini akan membuatkan visitor mengenali korang secara tak langsung.
  • Komen berbentuk info - Ramai komen yang saya lihat ketika melawat blog2 lain adalah komen yang biasa2. Contohnya,"Good entri, selamat maju jaya". Jika anda baca komen macam ni, adakah anda akan klik pada username dan melawat blog orang yang komen macam tu? Tentu tidak kan. Sebab komen yang diberikan terlalu pendek dan tidak memberi info langsung. Jadi, anda perlu meninggalkan komen yang mempunyai info. Sebagai contoh, jika entri yang anda baca adalah 'bagaimana nak pandu kereta dengan selamat', jadi pastikan komen anda mestilah mengandungi tips tambahan yang tiada dalam entri tersebut. Pastikan juga, tips itu tidak anda letakkan sepenuhnya, maksud saya, biarkan ianya dilihat seperti komen info yang tergantung. Info tergantung akan membuatkan visitor blog tersebut ke blog anda untuk mendapatkan tips sepenuhnya tentang 'bagaimana nak pandu kereta dengan selamat' yang diletakkan di blog korang.
  • Beretika ketika memberi komen - Sebelum meninggalkan komen, pastikan anda baca sepenuhnya entri yang ditulis oleh blogger, baru la anda tinggalkan komen. Ini kerana komen merupakan ruangan untuk feedback visitor terhadap sesuatu entri yang di post kan. Pastikan komen anda tidak lari tajuk dari entri yang anda komen. anda juga dilarang untuk meninggalkan komen yang berbaur negatif, seperti maki hamun, komen lucah dan komen kritikan yang terlalu melampau. Ini bagi mengelakkan komen anda tidak diapprove oleh blog yang anda tinggalkan komen. Selain itu, ianya juga akan menjatuhkan kredibiliti anda sendiri.
  • Pilih blog untuk komen - Jika blog korang mengenai panduan membeli kereta, pastikan blog anda adalah mengenai kereta. Jangan pula jika blog anda tentang kereta, anda pergi komen di blog masakan. Ini kerana untuk mendapatkan backlink yang berkualiti, pastikan, pastikan ianya datang dari blog yang sama atau berkait dengan niche anda. Selain itu, anda juga boleh memilih blog yang mempunyai high trafic dan page rank yang yang tinggi.
Akhir kata dari saya, rajin2 la komen di blog2 lain bagi mendapatkan trafik percuma. Hal ini diakui oleh banya internet marketer dalam mempromosi kan website/blog mereka. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ni..

0 ulasan:

Catat Ulasan