Rahsia Duit Online | Tips SEO | Daftar Blog di Dalam Indeks Carian


Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..
Bila anda sudah membina blog, mungkin anda boleh dapat trafik dari promosi secara manual seperti memberikan URL ke pada kawan-kawan atau di signature forum. Dan trafik ini pastinya datang dari link yang anda letakkan di mana-mana website/blog. Tapi bagaimanakah nak dapat trafik yang berada luar daripada website/blog? Jawapanya adalah melalui SERP ( Search Engine Resul Page)

Untuk mendapatkan trafik percuma daripada SERP, anda harus menggunakan khidmat servis enjin carian seperti Google,Yahoo dan MSN.

Pada post kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendaftarkan Blog dalam indeks enjin carian. Jom kita belajar..

Apa Itu Indeks Carian
Maksudnya secara spesifik saya tidak berapa pasti. Namun begitu saya cukup memahami dengan apa yang indeks carian. Jika diterangkan maksud bagi pandangan saya, indeks enjin carian ni lebih mudah saya katakan sebagai library enjin carian. Apa itu enjin carian saya dah terangkan dalam post SEO di dalam kategori Tips Online Marketing. Jadi anda boleh rujuk pada entri tersebut. Enjin carian seperti Google dan Yahoo akan membuat carian blog/website berdasarkan keyword yang diminta dari pelawat. Semua keputusan yang terpapar adalah yang berdaftar dalam Indeks Enjin Carian. Jika blog/website anda tidak didaftarkan dalam enjin carian, maka Enjin carian tidak akan memaparkan blog anda langsung. Bagaimana Google dan Yahoo nak kenal blog anda jika anda tidak memaklumkan kepada Google/Yahoo akan kewujudan blog/website anda..Berikut adalah cara untuk daftarkan URL anda di Google dan Yahoo.

Cara untuk daftarkan blog ke dalam Indeks Carian.(Goggle)
2.Masukkan URL blog/website anda
3.Masukkan komen mengenai blog/website anda. Untuk ruangan komen, saya sarankan anda untuk meletakkan target keyword blog anda.

Cara untuk daftarkan blog ke dalam Indeks Carian( Yahoo)
2.Masukkan URL anda
3.Anda juga boleh masukkan Site Feed korang di dalam Yahoo Search Explorer.

Setelah anda mendaftarkan blog/website anda di dalam Indeks carian..anda boleh periksa sama ada blog anda tu dah didaftarkan ke belum dalam indeks carian dengan cara di bawah. Cara yang saya beri ini adalah untuk enjin carian Google. Cara ini adalah sama untuk digunakan pada semua jenis enjin carian dan directory.Search URL blog korang di ruangan Search. Sebagai contoh, saya menaip perkataan duitonlinesecret.blogspot di dalam enjin carian Google
  1. Jika sudah didaftarkan, blog/website korang pasti akan keluar dalam senarai hasil carian
  2. Bila blog andan dah tersenarai, maka anda boleh la memulakan langkah memanjat ke tempat ranking teratas bagi keyword blog anda.
Selama Mencuba..

p/s Jika blog/website anda masih lagi tak terpapar, anda tidak perlu risau kerana Enjin Carian memerlukan masa untuk update Indeks Carian mereka

2 ulasan:

mutiara dasar berkata...

Terima kasih kerana menyumbangkan ilmu untuk di kongsi bersama,

dpd :
alambatinmelayu.blogspot.com

Lady Nefiara berkata...

thanks a lot...

Catat Ulasan