Rahsia Duit Online | Google Adsense | Akaun Adsense Susah Nak Dapat


Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online. Ramai sekarang yang nak buat duit online dengan Google Adsense. Ramai yang dah bina blog dengan pelbagai keyword. Namun, ketika hendak melakukan permohonan akaun Google Adsense, selalu ditolak. Dulu saya pun susah nak dapat akaun Adsense dari pakcik Google ni. Dan dah berpuluh kali permohonan saya ditolak. Kadang-kadang sampai rasa putus asa dalam usaha nak buat duit dengan Adsense ni. Disebabkan perkara itu, saya telah mula mencari jawapan mengapa permohonan saya asyik ditolak. Saya mula meneliti kriteria yang Pakcik Google perlukan sebelum memohon Akaun Adsense. Di bawah ni saya senaraikan punca utama permohonan akaun Adsense ditolak.

Blog Made For Adsense. Ini adalah perkara utama yang akan dilihat oleh Pakcik Google dalam mempertimbangkan kelulusan sebarang permohonan baru akaun Adsense. Anda harus tahu, apabila anda memohon untuk membuka akaun Adsense, pihak Google Adsense akan membuat review ke atas blog anda secara manual. Blog anda akan diteliti satu persatu oleh 2 mata. Jika blog anda tidak memuaskan dan dilihat seperti digunakan untuk memohon Adsense semata-mata, dengan senang saja permohonan anda akan ditolak oleh Pakcik Google.

Usia Blog kurang dari 6 bulan. Ini adalah termaktub dalam Term Of Service(TOS) bagi permohonan baru untuk Google Adsense. Undang-undang ini baru sahaja digubal oleh Pihak Google Adsense. Hal ini bagi mengelakkan permohonan yang tidak berkualiti dari mana-mana blog Made For Adsense.

Non Fresh Content. Ini juga undang-undang terbaru dalam permohonan akaun Adsense. Bagi menghentikan gejala copy paste artikel di kalangan penggiat-penggiat Adsense, Google telah mengenakan syarat ini bagi pemohonan baru akaun Google Adsense. Goolge sendiri melaporkan kebanyakan permohonan baru untuk akaun Adsense ini akan adalah datangnya dari blog menggunakan artikel yang diambil dari direktori-direktori artikel sebagai content dalam blog mereka. Google amat menitikberatkan ketulenan sesbuah artikel. Ini bagi mengurangkan kadar penciplak artikel dikalangan pengginat Adsense.

Kandungan blog tidak menggunakan bahasa yang disokong Google Adsense. Selain dari sebab fresh content, Google juga ada menetapkan bahasa yang disokong oleh Google Adsense. Bahasa Melayu memang tidak akan disokong oleh Google langsung. Haraf maklum. Google Adsense hanya menyokong 32 jenis bahasa sahaja. Sila lihat di TOS Google Adsense untuk anda mengetahu bahasa yang diterima oleh google Adsense. Namun begitu, saya percaya mungkin anda pernah lihat iklan-iklan adsense yang muncul dalam blog-blog Bahasa Melayu. Untuk pengetahuan anda, iklan-iklan itu tidak akan bertahan lama muncul di dalam blog tersebut kerana, ia akan hilang secara perlahan-lahan setelah pihak Google Adsense dapat mengesan kemunculan iklan tersebut dalam blog Bahasa Melayu. Silap-silap akaun Adsense tuan punya blog itu akan di ban serta-merta.

Profile pemilik blog tidak dipaparkan di dalam blog. Seseorang blogger yang memiliki sikap-sikap low profile, jarang untuk meletakkan profile mereka di dalam Blog. Bagi permohonan Adsense yang menggunakan blog yang tidak memaparkan profile pemilik blog, ia akan ditolak serta merta. Ini termaktub juga dalam TOS Google Adsense. Google Adsense tidak mahu bersekongkol dengan mereka yang tidak jujur. Jangan berhasrat nak menyembunyikan identiti diri jika anda mahu buat duit dengan Adsense.

Blog yang mengandungi unsur lucah dan keganasan juga akan ditolak serta merta. Blog seperti ini bukan sahaja tidak diterima dalam permohonan akaun Google Adsense, malah bakal di ban dan tidak diindeks oleh Google. Mungkin blog seperti ini paling mudah menarik pengunjung, namun ia tetap diharamkan oleh Google dan agama..hehe.

6 perkara di atas adalah perkara utama yang akan dilihat oleh Google dalam pertimbangan untuk meluluskan pemohonan Google Adsense. Jika anda mahu menjana pendapatan melalui Google Adsense, sila patuhi 6 syarat di atas terlebih dahulu. Bagi mereka yang baru sahaja ingin mendaftar dengan Google Adsense, saya ada tips untuk anda mudah diterima dalam permohonan akaun Adsense.

Guna Flixya.com sebagai platform pendaftaran akaun Adsense anda. Flixya adalah satu laman web yang membolehkan pengguna berkongsi gambar atau video dengan pengguna Flixya yang lain. Jika anda memohon melalui laman web Flixya, anda tidak perlu pening kepala untuk menulis artikel. Anda cuma perlu tangkap gambar yang menarik, dan upload ke dalam Flixya. Anda haruslah sentiasa kemaskini gambar anda bagi menarik pengunjung ke page Flixya anda. Setelah 6 bulan berlalu, anda sudah boleh memohon akaun Adsense dengan mudah. Ia akan di luluskan kurang dari pada 1 hari. Jadi, anda tunggu apa lagi, buat satu akaun Flixya sekarang dan aktifkan selama 6 bulan untuk membolehkan memohon akaun Adsense dengan mudah.

0 ulasan:

Catat Ulasan