Rahsia Duit Online | Affiliate | Jadilah Affiliate Yang Bijak


Salam sejahtera buat pembaca blog Rahsia Duit Online..
Mungkin pada Newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan affiliate marketer merasakan mereka boleh dapat duit yang mudah dengan hanya menjadi ejen jualan mana-mana produk. Kepada newbie, saya nak berkongsi serba sedikit pengalaman saya sendiri menjadi affiliate marketer.

Pada awal pembabitan saya dalam menjadi affiliate marketer saya menjadi excited kerana saya merasakan memang mudah jadi affiliate ni. Tak perlu ada produk, tak perlu nak belajar buat website, cuma iklankan saja. Oleh kerana saya ni jenis yang agak malas, saya telah memilih untuk menggunakan iklan Google Adwords sebagai medium pengikalanan saya. Just set up dan tinggal saja. Selepas sebulan dari pada itu, saya telah mengira keuntungan yang saya dapat melalui affiliate ni.

Komisyen Affiliate - Kos Google Adwords = Keuntungan
RM450 - RM1200 = -RM750

Hmm..-RM750 je yang saya dapat.. ni bukan keuntungan.. tapi kerugian yang saya dapat..Hoho..padan muka saya..dah la tiada ilmu. Gatal pula nak pakai Google Adwords. Menggunakan sistem pengiklanan Google Adwords sememangnya memerlukan kos yang agak tinggi. Lebih-lebih lagi kalau keywords yang kita guna untuk adwords tersebut mempunyai persaingan yang tinggi dari advertiser yang lain.

Berikutan dari kerugian yang saya alami, saya telah membuat sedikit kajian kenapa saya gagal untuk membuat affiliate dengan menggunakan Google Adwords. Akhirnya kesimpulan yang saya dapat adalah seperti berikut:-

Google Adwords tidak sesuai digunakan oleh affiliate marketer. Saya hanya dibayar komisyen yang sedikit. Kos membawa trafik ke web jualan dengan menggunakan link affiliate saya memang akan merugikan saya jika komisyen yang saya terima untuk satu jualan hanya RM50 kebawah. Ini berbeza jika saya mempromosikan produk yang mempunyai nilai komisyen RM100 dan ke atas. Nilai ini saya kirakan adalah amat berbaloi dengan kos Adwords yang perlu saya tanggung. Formula yang saya dapat adalah seperti di bawah:-

Kos Adwords untuk 1000 klik = RM800++(bergantung kepada competition advertiser)
Secara teorinya, 1% dari jumlah klik akan menghasilkan jualan.
(bergantung kepada web jualan)

1% = 10 orang x komisyen RM50 = RM500
1% = 10 orang x komisyen RM100 = RM1000

1% adalah nilai yang maksimum. Dan jarang-jarang untuk korang capai
kalau menggunakan Adwords. Alang-alang nak pakai Adwords,
lebih baik cari produk yang memberi nilai komisyen yang tinggi.

Sebenarnya pengiklanan menerusi Google Adwords adalah cara pengiklanan untuk para Internet Marketer. Apakah kerugian yang saya bakal terima jika mengiklankan untuk Google Adwords.? Saya hanya dibayar komisyen untuk saya melariskan jualan dan membina list yang percuma untuk pemilik produk tersebut. Menggunakan Google Adwords memang mampu untuk meningkatkat bilangan klik yang banyak, namun mungkin ada pengunjung yang melakukan klik tersebut tidak berminat dengan tawaran yang diberikan oleh beliau dan hanya mendaftarkan email untuk menjadi list sahaja. Disitu lah kerugian besar yang saya alami. Saya rugi kos pengiklanan dan saya rugi list. Jika selepas ini saya nak mengiklankan untuk produk yang lain, saya terpaksa membina list kembali. Aduh..Rugi2..

Tidak melakukan keyword research. Ini la kesilapan yang saya buat. Keyword research adalah perkara yang sangat penting dalam hal beriklan dengan Adwords. Jika iklan anda mengenai perniagaan kain langsir, adakah keyword yang anda patut letak adalah "kereta"?Jika anda menggunakan keyword kereta ini bermakna yang iklan anda akan dipaparkan di dalam blog-blog yang berkaitan dengan kereta melalui program Google Adsense. Adakah relevan iklan mengenai kain langsir berada di dalam blog tersebut. Pembaca setia blog kereta kereta tersebut yang membaca iklan anda akan dengan sengaja melakukan klik terhadap iklan tersebut. Dan secara tak langsung anda akan di kenakan bayaran untuk membawa pengunjung yang tiada potensi ke web jualan anda.

Disebabkan dari kerugian di atas, saya telah mempelajari sesuatu ilmu yang baru mengenai affiliate marketing. Affiliate yang bijak akan menggunakan kos yang minimum untuk pengiklanan dan mendapatkan komisyen yang maksimum untuk jualan. Jadi di sini saya ingin berkongsi bagaimana cara untuk menjadi Affiliate Marketer yang bijak.

Mengenal pasti margin keuntungan. Macam yang saya terangkan sebelum ni, kalau nak mempromosikan sesuatu produk, profit margin perlu diambil kira. Jika kos yang perlu dikeluarkan adalah sebanyak RM1, paling kurang korang kena hasilkan jualan sebanyak RM2 dan menerima keuntungan sebanyak RM1. Apabila profit margin bawah 50%, kita mungkin masih lagi mendapat keuntungan, tapi masa yang terbuang adalah tidak ternilai harganya.

Blogging. Mungkin ada yang tak sedar blogging merupakan cara yang paling bagus untuk meminimumkan kos pengiklanan. Ini adalah kerana, jika anda dah lama melibatkan diri dalam dunia blogging, anda pasti akan memiliki pembaca setia untuk blog anda. Di samping itu juga anda akan lebih mudah melariskan jualan kerana dari kalangan pembaca setia blog anda. Teori yang mudah. Pembeli akan mudah untuk membeli dari penjual yang dikenali.

Membina list sendiri. Bagaimana cara membina list sendiri? Cara yang paling murah adalah menggunakan subscriber form yang disediakan oleh Feed Burner. Dengan cara itu, anda boleh membina list dengan cara mudah. Kalau nak yang berbayar, anda boleh menggunakan Sistem Autoresponder berbayar seperti Get Response, Aweber dan Norabots. Disamping itu juga, dengan membina list, anda akan lebih mudah untuk menghasilkan jualan bagi produk2 baru.

Jika beriklan dengan Google Adwords, pastikan anda mengambil kira profit margin dan melakukan keyword research bagi meminimumkan kos pengiklanan anda. Tips Adword ini akan saya berikan pada post yang akan datang.

Sekian dulu post saya untuk kali ini. Saya berharap post yang tak seberapa ni dapat membantu anda mengelakkan diri dari mengalami kerugian yang saya alami. Akhir kata dari saya. Tingkatkat Ilmu Tingkatkan Nilai Diri..

Arios..

0 ulasan:

Catat Ulasan