Kredibiliti Dalam Pemasaran Online

Salam Sejahtera buat pembaca setia blog Rahsia Duit Online. Post kali ni aku nak bercerita tentang kredibiliti di Internet.
Korang semua tahu yang internet merupakan hubungan secara maya seluruh dunia. Kita berhubung tanpa melihat dengan siapa kita berhubung. Kita berurusniaga dengan orang yang kita tak tahu akan kejujuran nya. Oleh itu, kredibiliti memainkan peranan penting dalam menyerlahkan kejujuran dan keikhlasan kita dalam ber urusniaga di internet. Tanpa kredibiliti yang tinggi, pengguna internet mudah melabelkan kita sebagai penipu Internet kerana kita tak di kenali di dunia Internet.

Apa Itu Kredibiliti?
Kredibiliti adalah tahap kepercayaan pengguna internet terhadap kita. Bila kita sudah mendapat kepercayaan, maka penguna internet akan tidak ragu2 untuk berurusan dengan kita. Kita ambil contoh Jutawan Internet Dr Irfan Khairi. Dr Irfan Khairi menjalankan perniagaan secara online. Antara produk beliau yang popular adalah ebook Rahsia Jutawan Internet, Seminar MLM Lipat Ganda, Bengkel Memulakan Perniagaan Internet dan macam2 lagi produk beliau yang laris di pasaran online. Dr Irfan Khairi mempunyai kredibiliti yang tinggi di kalangan pengguna Internet di Malaysia. Walupun ramai yang tidak pernah berjumpa dengan beliau, tapi beliau dipercayai dalam dunia online kerana kredibiliti beliau yang teserlah.


Kepentingan Kredibiliti dalam Perniagaan Online.

  • Memudahkan urusniaga di internet - Kredibiliti akan menarik kepercayaan client untuk menjalankan urusan kerjasama dengan kita. 90% usahawan Internet gagal menghasilkan jualan kerana gagal dalam pembinaan kredibiliti. Jika kita tak dipercayai atau diragui di Internet, sudah semestinya client tak akan berurusniaga dengan kita. Kalu korang sendiri menjadi client, adakan korang akan membeli produk dari orang yang korang tak kenal? Mesti tidak kan..Silap2 korang telah berurusniaga dengan SCAMMER.
  • Membentuk daya saing - Melalui kredibiliti juga akan membuatkan kita berdaya saing dengan internet Marketer yang lain. Setiap pelanggan kita di luar sana akan menilai produk kita berdasarkan kredibiliti kita. Sebagai contoh, jika korang pernah menghasilkan jualan dengan affiliate clickbank, dan korang menghasilkan ebook 'bagaimana nak buat duit dengan clickbank'. Dalam masa yang sama juga RahsiaClickbank.com juga menghasilkan produk yang sama dengan produk korang. Dan jika ada client yang mencari produk ini dan dia telah meneliti kedua2 produk dari korang dan RahsiaClickbank.com. Korang rasa siapa yang akan dapat menghasilkan jualan pada client tersebut? Korang atau RahsiaClickbank.com. Dari situlah client akan menilai dari segi kredibiliti korang berbanding dengan RahsiaClickbank.com. Jika kredibiliti korang rendah, maka korang akan kalah.
Korang dah faham ker apa yang dimaksudkan dengan kredibilti tu. Untuk berjaya dalam Internet kita mesti ada kredibliti. Aku akan post kan cara membina krediliti di Internet pada post yang akan datang. Jadi jangan lupa subscribe blog Rahsia Duit Online bagi mengelakkan korang terlewat mendapatkan cara membina kredibiliti di Internet.

Selamat Maju Jaya..


0 ulasan:

Catat Ulasan